Dec 15, 2008

Hadis Nabi s.a.w merindui umat akhir zaman

Salam

Minta bantuan ustaz takhrij hadis berikut

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka

Ana ada menjumpai hadis yang mirip dengan hadis tersebut di internet yang berbunyi:

اشتقت لأحبابى فقالوالي :او لسنا احبابك يا رسول الله؟ فقلت: انتم أصهابي, واحبابي قوم يأتون بعدي يؤمنون بي و لم يروني

''aku telah merindui kekasih-kekasih aku, maka mereka (para sahabat) berkata padaku.. bukankah kami (sahabat) kekasih-kekasihmu ya Rasulullah? Maka aku berkata, kamu semua sahabatku, dan kekasih-kekasih aku kaum yang datang selepasku, mereka beriman denganku tetapi tiada pernah melihatku''

Ana cuba cari sumber hadis di atas daripada kitab2 namun sama juga tidak ditemui. Yang ana temui hanya hadis

إن أشد أمتي حبا لي قوم يأتون من بعدي ، يؤمنون بي و لم يروني

itupun dinilai maudhu' oleh al-Albani.

Minta komentar dari yang lebih arif. Ana dahulukan dengan terima kasih.

***********************
alitantawi
sekadar pencarian...

- terdapat hadith yang mirip maksudnya seperti itu di dalam Sahih Muslim, Kitab Toharoh (bersuci) - hadith no.607 - yang merupakan hadith panjang. di tengah2 hadith itu disebutkan bahawa Nabi SAW mengucapkan

وددت أن رأينا إخواننا
maksudnya: 'aku berharap aku dapat bertemu dengan 'ikhwan' ku (saudara-saudaraku)

Para sahabat bertanya tentang 'ikhwan' itu dan Nabi SAW bersabda:

أنتم أصحابي وإخواننا الذين لم يأتوا بعد
maksudnya: Kamu semua adalah sahbat-sahabatku, ikhwanku adalah mereka yang belum datang lagi (mereka umat akan datang).

Maka sahabat-sahabat bertanya lagi tentang cara Rasulullah SAW mengenali mereka (ikhwan) itu di akhirat sedangkan Rasulullah SAW tidak bertemu mereka di dunia. Maka Rasulullah SAW menyatakan Baginda mengenali mereka dari kesan wudhu' mereka.

wallahu a'lam.
_________________
pembetulan:

وددت أنا قد رأينا إخواننا

4 comments:

Unknown said...

Sesiapa yg mengaitkan dirinya dgn Imam Mahdi, contoh sbg wakil utk mengumpulkan tentera, hukumnya Murtad. Dia akan di pancung leher oleh Imam Mahdi nanti.

nur e khoda said...

Www Dewanbagi.net

aminur rasyeed said...

mana dalil yang hukum murtad tu?? Jangan berbicara hanya dengan ilmu akal.

Unknown said...

Jika seseorang mendakwa dirinya imam mahdi, maka pihak-pihak yg bertanggungjawab perlu menegur orang itu dan dakwaannya akan disiasat kesahihan. Kalau berkaitan kumpul orang untuk menjadi tentera islam(tidak murtad). Perkara ni perlu dirujuk atau dibincangkan terlebih dahulu untuk memastikan keperluan bantuan(jika diizinkan) dan kebenarannya juga. Dan untuk menegakkan agama sebagai umat islam kena saling bantu-membantu. Tidak semestinya perang,derma juga salah satu bantuan.

Post a Comment