Dec 25, 2008

Janggut Dan Misai Menurut Sunnah

Assalamu'alaikum. Dalam hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, Rasulullah s.a.w. jelas mengarahkan agar memotong misai dan menyimpan janggut. Saya ada beberapa soalan yg berkaitan dgn hadis tersebut:

1.Bagaimanakah cara memotong misai menurut sunnah? Adakah mencukur sehingga licin atau menggunting sehingga pendek atau sekadar menggunting lebihan misai yg menutup bibir?

2.Apakah yg dimaksudkan dgn janggut dlm hadis tersebut? Adakah sekadar 'rambut' di dagu atau termasuk juga dgn jambang(bagi yg berjambang)?

3.Jika mengikut mazhab syafie, hukum menyimpan janggut adalah sunat. Tetapi ada pihak yg bukan bermazhab syafie yg berpendapat hukum menyimpan janggut adalah wajib dan mencukurnya adalah haram. Pendapat manakah yg rajih?

4.Adakah memotong misai dan menyimpan janggut bagi lelaki (bagi yg dah tumbuh ler) sbgmana yg disebutkan dlm hadis adalah wajib atau sunat sahaja?

5.Saya gemar mencukur misai dan jambang (sehingga licin) tetapi membiarkan janggut di dagu, apabila janggut saya panjang pula, saya akan mengguntingnya, maknanya panjang janggut saya tidak sampai segenggam penumbuk kerana saya suka mengguntingnya apabila panjang. Apakah perbuatan saya ini bertepatan dgn sunnah atau sebaliknya? Ini kerana saya pernah terdengar bahawa panjang janggut menurut sunnah ialah mengikut panjang segenggam penumbuk.

Sekian, terima kasih.

----------
wa'alaikumussalaam..

ana cuba jawab insya Allah...

1- terdapat kedua2 sekali dalam amalan salaf. ada yg cukur misai dan ada yang nipiskan misai. yang pasti, kalau dah lebih tu kena la cukur. Ibn Qayyim dalam bukunya Zad al-Ma'ad ada bincangkan perkara ni dan dalam kalangan imam mazhab 4 pun berbeza pendapat. wallahu a'lam. pada ana, zahir hadith menunjukkan bahawa ia adalah menipiskan sahaja dan bukan mencukurnya. Tambahan thtl tahqiq al-Qardhawi: pendapat pilihan ialah menipiskan atau memendekkan misai bukan mencukurnya sampai habis (F_Thaharah)

2- Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebut dalam bukunya Fath al-Bari huraian Sahih al-Bukhari bahawa jambang adalah termasuk dalam janggut. ia adalah maksud dari segi bahasa arab sendiri bagi perkataan 'lihyah' atau kita terjemahkan dgn janggut.

3- terdapat perbezaan pendapat tentang hukum menyimpan janggut. setakat pembacaan, didapati bahawa ulama terdahulu tidak menyatakan dgn jelas tetapi berdasarkan amalan mereka, mereka tidak pernah cukur janggut. sebenarnya ada ulama dalam mazhab syafie dan juga mazhab2 lain yg menyatakan sunat. tapi itu adalah ulama terkemudian. imam syafie sendiri tidak ada menyebut tentang perkara itu. lebih baik simpan daripada cukur. Tahqiq thtl: al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha' dalam bab wajibnya janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu'akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi.

4-soalan ni dah terjawab dgn jawapan soalan 3 tadi.

5- kadar ukuran segenggam bagi janggut itu adalah berdasarkan amalan sahabat yang pasti melihat Rasulullah SAW menyimpan sebegitu. dalam hadith lain, Rasulullah SAW dilihat daripada bahagian depan lalu lehernya terlindung dengan janggutnya. bagi saya, wallahu a'lam, anda tidak salah kalau ingin menipiskannya. pun begitu, membiarkannya dalam keadaan terurus adalah lebih menghampiri saranan dalam hadith itu. Tahqiq thtl: amalan sahabat yg dimaksudkan itu ialah Ibn Umar ra, ketika dia mengerjakan Haji, maka ketika dia bertahallul dari ihram, akan mencukur rambutnya dan memangkas janggutnya pada ukuran segenggam. itulah timbulnya kisah ukuran segenggam. Kita pun tahu betapa kuatnya Ibn Umar menekuni sunnah, maka sebab tu tabi'iin mengikuti dan menyibarkan hal ini. (syarh Kirmani ala Bukhari (21/111)
Oleh kerana dia hanya mauquf kepada Ibn Umar, maka ia dikembalikan kepada maksud hadith yang asal, boleh menyimpan panjang asalkan rapi spt mana kata alitantawi.

Hadis Etika Makan

Salam
Dlm sahih Bukhari Volume 7, Book 65, Number 320:

Narrated Abu Huraira: The Prophet never criticized any food (he was invited to) but he used to eat if he liked the food, and leave it if he disliked

Dlm keadaan yg mcm mana hadis ini diaplikasikan?
Dgn bersandarkan hadis ini bolehkah hujah ini digunakan ?

"Jangan terlampau berselidik dlm soal pemakanan hingga mewujudkan phobia. Jangan terlalu berprasangka atau was-was pada benda yang sukar untuk dipastikan Apa yang jelas haram jangan makan, apa yang tak boleh atau sukar dipastikan kandungannya, kalau suka nak makan maka makanlah , kalau tak nak then just tinggalkan saja .

TKasih

-----------
Wassalam

al-Jawab:

Matn asalnya: dari Abu Hurayrah:
ما عاب النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏طعاما قط إن اشتهاه أكله وإن كرهه تركه

" RasuluLlah saw tidak pernah mencela makanan, apabila berselera maka beliau akan makan, jika tidak beliau tinggalkan." (muttafaq alaih, Bukhari (5409), Muslim (2064)

Aplikasi hadith ini ialah pada etika makan Nabi saw, Imam al-Bukhari meletakkan pada bab al- Ath'imah (makanan) sub bab: nabi tidak mencela makanan. Ia juga menjadi etika kita semua, jangan sekali0kali kita mencela makanan. Ikuti baginda, jika makanan yg dihidangkan kepada baginda membangkitkan selera, baginda makan, jika tidak, baginda tidak makan dan tidak sepatahpun baginda kata sesuatu terhadap makanan yg beliau enggan makan. Hadith ini tak sesuai utk menjadi dalil dalam perkara yang anda sebutkan itu. itu bab halal dan haram dalam makan. sekian WA

Pakai Celak

Salam
Ana nk tahu apa hukum memakai celak?
Ana nak dptkan kepastian sbb ana dgr sunnah memakainya.
Ana pun ada dgr ini berkait dgn bid'ah.
Disebabkan kepala ana dh berputar, jadi sesiapa yg tahu, harap blh bantu.
Jazaakumullah khoiron jaza'!
- ps : Pempuan pun bolehke?
alitantawi

------------
Wassalam

terdapat hadith2 bertaraf sahih yang menyebut bahawa Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa celak yang datang daripada bahan bernama 'Ithmid' mempunyai khasiat mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut. Rasulullah SAW dilihat lebih kepada mencadangkan celak itu dipakai dan disebut bahawa dipakai ketika ingin tidur. ia tidak wajib bahkan ia hanyalah satu cadangan.

kalau kita nak pakai juga, kena pastikan ia bahan yg tidak merbahaya dan ia dipakai ketika tidur sahaja. wallahu a'lam.

perempuan di zaman Rasulullah SAW pula memnang menjadikan celak sebagai perhiasan di zaman itu dan Rasulullah SAW tidak melarang.

Hadis Solat Dhuha Bidaah Yang Baik?

Salam

Daripada athar riwayat Mujahid meriwayatkan: Aku, Zubair dan Urwah memasuki masjid. Abdullah bin Omar r.a. ketika itu berada di tepi bilik Aisyah r.a. dan orang ramai sedang mengerjakan solat Dhuha secara berjemaah. Kami bertanya kepadanya tentang solat mereka lalu beliau r.a. menjawab: “Itu adalah bid’ah yang baik.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Boleh kah tuan panel fiqh mengesahkan akan riwayat tersebut, dan syarahkan hadith tersebut sekali?

Jazakallah khair

---------------
Wassalam

al-Jawab:

Tidak ada athar yg demikian. Mujahid (w. 101H) menetap di Mekah. Dalam athar tsb dia mendakwa bersama al-Zubair bin Awwam (wafat dibunuh pada tahun 36H di Basrah), anaknya Urwah, salah seorang ahli fatwa Madinah, wafat 94H. Ibn Umar pulak wafat pada 74H.

Ungkapan "itu adalah bid'ah yang baik" masyhurnya keluar dari ungkapan Umar al-Khattab ra yang menghimpunkan orang ramai di mesjid dan solat sunat tarawih berjama'ah. Ia bukan Ibn Umar tapi ungkapan ayahnya Umar ra. Ia bukan solat Dhuha tapi solat tarawih.
Tidak mungkin para salaf berduyun-duyun ke mesjid pada waktu dhuha', kerana kebanyakan mereka sibuk mencari rezki. Ia hanya berlaku pada malam hari.
kami scan dalam sumber-sumber yg anda nyatakan tapi tidak ada bab solat dhuhaa berjama'ah, melainkan mengenai solat tarawih jua. WA

_________________
athar itu ada diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari no.1405 tetapi tidak disebutkan mereka solat dhuha berjemaah.
maksud bid'ah di sisi Ibn Umar di situ dihuraikan di dalam Fathul Bari karya Ibn Hajar dgn beliau meletakkan bahawa pengguanaan bid'ah itu adalah dengan maksud Ibn Umar tidak mengetahui bahawa Rasulullah solat dhuha secara jelas. sedangkan solat dhuha diriwayatkan oleh sahabat2 yg lain dan ia adalah hadith2 yg sahih.
satu lagi bentuk huraian oleh Ibn Hajar ialah maksud Ibn Umar itu ialah bid'ah dari segi solat beramai-ramai di masjid sedangkan ia elok dibuat di rumah. wallahu a'lam.

Hadis Kaki Kanan Masuk Dewan Solat

salam,

Seperti yang kita semua maklum terdapat hadis yang menunjukkan yang sebelum memasuki dewan solat/masjid hendaklah dimulakan dengan kaki kanan berserta dengan doa tertentu.Jadi soalan saya adakah ada hadis yang shahih mengarahkan kita keluar dari masjid dengan menggunakan kaki kiri?Berdasarkan penjelasan dari ceramah yang saya dengar pengajar mengatakan tiada hadis mengenainya cuma yang ada adalah kaedah yang ditetapkan oleh saidina abu bakr r.a menggunakan kaki kanan utk masuk dan kaki kiri utk keluar dari semua tempat yang baik?Dalam terjemahan shahih bukhari saya membaca yang saidina umar r.a mengatakan bila keluar dari masjid menggunakan kaki kiri.
Jadi minta pihak panel menerangkan berdasarkan sumber hadis shahih berkenaan hal ini?

-----------
Wassalam

Ssepanjang pencarian, terdapat hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan daripada jalannya diriwayatkan pula oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Baihaqi yang menyatakan bahawa sebahagian daripada al-sunnah ialah mendahulukan kaki kanan masuk ke dlm masjid dan ketika keluar mendahulukan kaki kiri.

Hadith ini adalah dhaif seperti mana disebut oleh al-Baihaqi menurut kaedah ulama terdahulu iaitu dgn sebab tafarrud syaddad ibn said.
apa yang penting, tidak ada hadith yg benar-benar sahih utk dijadikan dalil bagi menyatakan kita perlu mula masuk ke masjid dgn kaki kanan dan apabila nak keluar, mulakan dgn kaki kiri.

Namun begitu, terdapat bukti bahawa para salaf melakukan perkara itu dan ia disokong dgn kata-kata Ibn Umar (seorang sahabat) sendiri seperti yg disebut oleh al-Bukhari dalam bukunya Sahih al-Bukhari. seterusnya al-Bukhari menyebutkan pula hdith daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW suka memulakan dgn kanan iaitu pada perkara yg baik.

Kesimpulannya, ia adalah satu perkara yang diamalkan oleh salaf terutama sahabat dan ada dalil yg menyokong secara umum.

Hadis 9/10 Rezeki Dari Perniagaan

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20070605001522/Article/

adakah hadis ni sahih?
sbb pernah terdgr dari muhaddisin malizia kata itu bukan hadis.
benarkah?

syukran.

-------------
al-Jawab:

Matannya berbunyi, "Berniagalah kamu kerana
sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."

Hadith ini mursal sebagaimana disebut oleh Al Iraaqi dalam takhrij
Ihyaa' 2/79

Maka Al Albani juga melabelkan hadith ini sebagai dha'eef dalam
silsilah no 3402 dan dha'eef al jaami' no. 2434. sekian

Hadis Menjawab Azan

Salam

Ade seorg kawan mengirimkan artikel dgn meyatakan sebuah hadith.

Diriwayatkan sebuah hadith yg bermaksud : Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.

Apakah status hadith ini.

-------------------------
setakat ini, yang masyhur ialah hadith2 sahih tentang suruhan Rasulullah SAW utk kita menjawab azan. kata-kata yang dikatakan hadith ini telah lama disebut tetapi bukan dalam bentuk hadith. azab yang dijanjikan itu juga tidak setimpal dgn kesalahan. adakah sampai begitu sekali ? wallahu a'lam

Tambahan thtl:
Dalil hadith:

إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن

Dari Abu Sa' eed alKhudry ra, sabda saw

Jika kalian mendengar seruan (adzan), ucapkanlah seperti yang dilaungkan oleh muadzzin."[Muttafaq ' alaih, Muslim, #383]

Jangan Halau Kanak-kanak Dalam Saf Solat

Saya ada mendengar DVD SS Dr. MAZA dimana beliau menegur mentaliti sesetengah "orang-orang tua" yang tidak membenarkan kanak-kanak berada di saf yang sama dengan mereka semasa solat jamaah. Beliau ada menyebut tentang adanya hadith Rasulullah s.a.w melarang mengeluarkan seseorang dari saf nya. Malangnya, beliau hanya menyebut hadith tersebut secara "sekali lalu" atau secara ringkas sahaja.

Minta bantuan agar diberikan matan hadith tersebut serta takreej/ tahqeeq/ syarah nya sekali.

Jazakallah.


wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sodbaro dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith Riwayat Abdullah bin Umar ra,, Nabi saw bersabda :-

لا يقيم الرجل الرجل من مجلسه ثم يجلس فيه
"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Hadith ini umum. Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh menggunakan hadith ini untuk menunjukkan larangan kepada mereka yang menyuruh kanak-kanak yang telah berada di saf hadapan berpindah ke saf dibelakang. Kata beliau :-

والأصح أنهم إذا تقدموا لا يجوز تأخيرهم ، فإذا سبقوا إلى الصف الأول أو إلى الصف الثاني فلا يقيمهم من جاء بعدهم ، لأنهم سبقوا إلى حق لم يسبق إليه غيرهم فلم يجز تأخيرهم لعموم الأحاديث في ذلك ، لأن في تأخيرهم تنفيراً لهم من الصلاة ، ومن المسابقة إليها فلا يليق ذلك
"Pandangan yang benar adalah jika mereka sampai lebih awal, tidak dibenarkan menyuruh mereka duduk jauh dibelakang. Jika mereka sampai di saf pertama atau kedua lebih awal, maka mereka yang datang kemudiannya tidak boleh menyuruh mereka duduk di belakang, kerana mereka sampai disitu lebih awal, maka menjadikan mereka lebih berhak dari mereka yang sampai kemudian. Maka tidak dibenarkan menyuruh mereka duduk dibelakang, kerana terdapat hadith umum berkenaan dengan hail ini. Kerana menyuruh mereka duduk dibelakang akan membantutkan semangat mereka dari datang ke masjid dan bersaing kearah itu, dan perbuatan ini tidak sesuai". [Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399]

Sekian, wassalam

Dua Zikir Yang Hampir Sama

Salam

Saya ada sedikit kekeliruan yang perlukan sedikit penerangan. Boleh tak ustaz tolong ulaskan dua zikir daripada Nabi Muhammad Selawat yang diriwayatkan oleh imam-imam hadith yang hampir sama, hanya berbeza pada penambahan kalimah يحيي ويميت. Iaitu zikir ini:

لاإله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد، يحيي ويميت، وهو على كل شيء قدير

atau

لاإله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد،وهو على كل شيء قدير

Yang mana satu yang ada riwayat mengatakan ia disunatkan diulang 10 kali / 100 kali / pagi / petang?

Terima kasih..


Wassalam

yang ada penambahan tu adalah hadith riwayat antaranya oleh al-Tirmidzi no.3534 dan dinyatakan bahawa ia dibaca selepas solat sebanyak 10 kali.

yang tak ada penambahan tu pulak adalah hadith riwayat antaranya oleh al-Bukhari no.844 dan Muslim no.1366 dan dibaca selepas solat sebanyak 3 kali.

ada satu lagi hadith tanpa penambahan tu adalah riwayat antaranya oleh Muslim no.1371 dan dibaca selepas solat sekali.

ini adalah sekadar maklumat berkaitan bacaannya selepas solat. wallahu a'lam.

Hadis Golongan Yang Paling Mulia

Minta panel al-ahkam atau sesiapa saja yang tahu takhrij haids ini. Maaf, saya tak dapat lafaz bahasa Arabnya.

Nabi bertanya "Tahukah kalian siapa kaum yang paling mulia?"

Para sahabat menjawab, " Malaikat ya Rasul…"

"Mereka memang mulia, tapi itu karena mereka memang diciptakan untuk taat.."

"Kalau begitu, kamilah kaum tersebut ya Rasul…"

"Kalian, para sahabatku, memang mulia, tapi itu karena kalian dekat denganku, melihatku dan mendengarku…."

"Kalau begitu, siapakah kaum yang beruntung tersebut ya Rasul?"

"Mereka adalah kaum yang hidup jauh setelah aku wafat, yang tidak pernah melihatku, tapi percaya ucapanku. Yang tidak pernah melihatku, tapi mengerjakan ajaranku. Yang tidak pernah bercakap-cakap denganku, tapi merindukan aku…."


al-Jawab:

Hadith ini bertaraf hasan walaupun ada perbedaan dalam matannya. Demikian kata alhafidz Ibn Hajar dalam al Fath, jilid 7 ms 06. alZahabi menilainya sahih dalam tahqiq alMustadrak al-Hakim 4/ms 85. hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, darimi dan Tabrani dari pelbagai jalur periwayatan, antaranya dari Tsa'labah dan Abu Jum'ah.

Komentar alhafidz Ibn Hajar: walaupun maksud dzahirnya dinyatakan kelebihan umat akhir zaman mengatasi kelebihan para sahabat, tapi bila dihimpunkan kesemua hadith dalam bab fadhail sahabat, maka kelebihan para sahabat Nabi saw tiada tolok bandingnya yg tidak dapat diatasi oleh mana-mana genre manusia. Maksud kelebihan kaum akhir zaman itu ialah sesama manusia selain sahabat, Ini kerana kelebihan sahabat Nabi saw sudahpun maklum.

" kamu adalah umat yg terbaik yg dilahirkan utk manusia"AQT 3:110
alhadith: " sebaik-baik umat adalah pada kurunku" (sahih Bukhari # 3650)

sekian

Amalan Yang Mula-mula Dihisab Di Akhirat

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
-Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

Apakah sahih hadis di atas?
View user's profile Send private message


al-Jawab:

Matnnnya:

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة ، فإن صلحت صلح له سائر عمله ، وإن فسدت فسد سائر عمله

HR atTabrani dari Abdullah bin Qurth al-Azdi.
dinukilkan oleh sayyid Sabiq dalam Fiqh sunnah, 1/157

dinilai sahih oleh al-Albani dalam silsilah sahihah, 1358, juga oleh alHafidz alMundziri dalam Targhiib dan alHafidz alNawawi dalam alMajmu'.

sekian

Nabi Kena Sihir?

Salam,
ada seorang penulis telah menulis berkenaan hadis Bukhari yang mana Rasulullah telah disihir oleh orang kafir.

dengan pernyataan ini penulis berkenaan menyanggah hadis pasal nabi kena sihir berdasarkan kisah nabi musa.

penulis membuat perbandingan, takkan Nabi Muhammad penghulu segala Nabi tidak mampu melawan sihir sedangkan Nabi Musa yang bukan penghulu pun mampu lawan malah mengalahkan sihir sendiri.

soalannya

1) Bolehkah kita membuat perbandingan seperti penulis berkenaan?
2) Adakah status hadis itu di pertikaikan oleh ulama?
3)Jika tohmahan itu tidak benar, apakah jalan yg kita boleh ambil untuk membalas balik hujjah berkenaan.?

link hadis berkenaan
http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/073.sbt.html#008.073.089

_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith berkenaan Nabi saw disihir adalah sahih. Ia tidak boleh ditolak semata-mata dengan perbandingan logik dengan kisah Nabi Musa dan tukang sihir, Menurut Syiekh Ibn Jibrin bahawa :

a. Nabi saw tidak terkesan sihir itu secara fizikal, spiritual dan mental.

b. Tidak ada sesiapapun yang meriwayatkan bahawa terdapatnya perubahan didalam penghidupan beliau, samada apabila berurusan dengan baginda, samada didalam solat dan zikirnya atau pun pengajaran baginda.

c. Kesannya hanyalah beliau merasakan sudah melakukan hubungan intim dengan isterinya, akan tetapi sebenarnya beliau tidak melakukan, sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh A'isyah ra.didalam hadith tersebut.

d. Peristiwa ini merupakan Qada' dan Qadar Allah, dimana Allah menguji hambanya yang disayangi. [Al-Lu'lu al-Makin min Fataawa al-Syeikh ibn Jibrin, ms 65].

Mengenai persoalan Nabi sebagai penghulu Anbiya, mengapa ia tidak dilindungi? Syeikh Ibn Baaz rh. mengatakan bahawa sebenarnya Allah swt melindungi Nabi saw dari kaum kafir, dimana mereka tidak berjaya membunuhnya atau menghalang dari beliau menyampai mesej Islam. Disamping itu juga Nabi saw juga menjadi contoh ikutan yang terbaik, maka disana terdapat peristiwa Nabi saw cedera di Perang Uhud dsb. Peristiwa-peristiwa ini juga terjadi pada Nabi-Nabi terdahulu.[Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Ibn Baaz, rh, 8/149.]

Peristiwa Nabi saw kena sihir juga dilaporkan oleh ibn Kathir rh didalam Tafsirnya apabila membicarakan surah al-Falaq. Nabi saw telah diracun oleh lelaki Yahudi Labeeb ibn al-A'sam yang datang kepada baginda dan melakukan sihir keatasnya, menggunakan sikat, rambut yang tersangkut padanya dan kulit debunga pokok kurma jantan, Malaikat Jibril telah memberitahu Rasulullah saw apa yang berlaku kepada baginda. Jibril telah menyampaikan dua surah (al-Falaq dan al-Nas) agar baginda baca untuk perlindungan dari sihir, yang dinama surah al-Mi'wadhatain.

Kesimpulannya, peristiwa Nabi saw disihir itu benar, akan tetapi peristiwa tersebut tidak memberi kesan apa-apa keatas syariat. WA.

Sekian, wassalam

Hadis Qudsi Allah Rindu?

Salam
nk minta tlg tahqiq & tarjih hadith qudsi:

Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

sbb macam pelik, rindu itu sifat Allah? walhal rindu itu menunjukkan kelemahan si pemilik sifat tersebut.

jkkk.


Wassalam

al-Jawab:

Kami pohon kema'afan kerana mengambil masa terlalu lama dalam menjawab soalan ini. Kesulitan yang kami hadapi ialah untuk mengesan hadith yg matannya dalam bahasa Melayu, ternyata amat sukar sekali.
Tepi akhirnya kami dapat mengesannya juga dgn matan berikut:

أن الله يقول للملائكة انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا فإني أحب أن أسمع صوته

terjemahnya: Dari Abu Umamah alBahili, " Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, "Pergilah kamu kepada hamba-Ku, lalu kamu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku suka mendengar rintihannya." Boleh ditemui dalam Takhrij al-Ihyaa'Ulumiddin oleh alhafidz al-Iraqi, katanya Dha'if (lemah), juga alhafidz alMundziri dalam Taghriib,4/224. Tahqiq al-Albani dalam Silsilah alDha'ifah 4994, bahawa ia amat dha'iif (terlalu lemah)

Bila hadith dha'if, maka kami tidak akan syarah hadith ini apatah mengaitkan dengan sifat Allah rindu, yang mana rindu bukanlah asma'wa sifaat bagi Allah.
sekian

Sahihkah Hadis Ini?

"Imam Abdullah bin Al Mubarak telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal: "Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW."

Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata. Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah: "Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu: "Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima: "Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut: "Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku."

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:

"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum¡¯ah (ingin masyhur). aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya: "Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya dan aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku. Aku adalah Maha Mengetahui¡±.

¡°Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi".

¡°PengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu aku dengan amalnya ini?¡±

"Ia sebenarnya tidak menghendaki akan aku dengan amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu. Oleh kerana itu maka aku turunkan ke atasnya akan laknatKu."

Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, ¡°Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka."

Dan semua yang di langit turut berkata, ¡°Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat¡±.

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, ¡°Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?¡±

Sabda Rasulullah SAW, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan¡±.

Muaz bertanya kembali, ¡°Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hamba Allah bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?¡±

Bersabda Rasullullah, ¡°Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain¡±.
¡°Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing api neraka jahanam¡±.

Muaz berkata, ¡°Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?¡±

Jawab Rasulullah SAW, ¡°Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar¡±.


_________________
al-Jawab:

Hadith Maudhu' (palsu), mengikut penilaian al-Albani dalam Dha'if alTarghib alMundziri/27

Takhrij Hadis Petik Dari Berita Harian

Tuan,
tolong ana tahrijkan hadis yg ana petik dari bharian.

1]Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.”

2]Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) paling tinggi di sisi Allah pada hari kiamat berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.”

3]Dalam hadis Rasulullah SAW, Baginda ada menyebut mengenai orang yang tidak ada langsung membaca al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat al-Quran seperti rumah kosong daripada penghuni.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.”

4]Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) paling tinggi di sisi Allah pada hari kiamat berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.”

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20070210110023/Article/

**harap sesapa yg ada autoriti dapat menegur media massa supaya hadis2 yg dikeluarkan di dada akhbar dan tv disertakan dgn takhrijnya serta darjah kekuatan hadis tu samada sohih,hasan atau doif.
mufti perlis yg boleh tegur kot??? hehehe

***welcome home tuan haji thtl. ana benar2 rindukan sentuhan tuan.
moga2 dapat kongsi pengalaman tuan semasa menunaikan haji.
err ade cerita2 magic ke masa kat mekah tu?? mana la tahu sejibik mcm cerita2 magic by ust hj daud che ngah. hehehe



Takhrij dan tahqiq:

1) Statusnya Dha'if kata al-Albani dalam Dha'if Abu Daud (1453), Dha'if alTarghiib (861) dan Dha'if alJaami' (5762) dari jalur Sahl bin Mu'adz

2) Belum dapat dikesan, tapi besar kemungkinan juga Dha'if. (akan diupdate bila ditemui kelak)

3) Dha'if, penilaian al-Albani dalam Dha'if alTermidzi (2913) dan Dha'if alJaami' (1524) dari jalur Ibn 'Abbas ra.

BH ni sebuah akhbar harian nasional dan ia terbuka kepada semua jenis artikel dan semua jenis penulis. Jika kita tidak rajin tangan menghulur artikel, maka berleluasalah pelbagai jenis artikel yang seperti ini di dada harian perdana.

sekian

Bolehkah Beramal Dengan Hadis Maudu' Dan Dhaif

Adakah kita masih boleh beramal dengan hadis yg jelas maudu' dengan alasan bahawa hadis sohih pun mungkin ada antaranya yang x sohih... dan begitu juga dengan hadis maudu'...mungkin ada juga antaranya yang x maudu'????

Sekian, wassalam.


Wassalam

alJawab:

Ini adalah suatu alasan yang tidak benar sama sekali dan amat ganjil bunyinya. " Boleh mengamalkan hadith maudhu' atas alasan di luar sana ada hadith sahih yang berkemungkinan tak sahih." atau " Boleh beramal dengan hadith Dha'if kerana alasan masih ada hadith sahih yang tak sahih."

Untuk pengetahuan anakminang, Ilmu hadith telahpun sampai ketahap matang atau lengkap dan seseorang boleh menyimak kesahihan hadith secara Online dgn portal dan website hadith dengan berbekalkan sedikit ilmu bahasa Arab. Ini bukan zaman Hujjatul al-Ghazzali, di mana ketika dia mengarang al-Ihyaa', ilmu hadith masih bercampur aduk, sebab itulah kitab al-Ihyaa' mengandungi hadith-hadith lemah dan palsu tanpa disengajakan oleh alGhazzali.

Kita sudah ada koleksi Bukhari-Muslim yang sah autentik. Begitu juga kitab2 hadith yang empat (Abu Daud, anNasa'iy, Ibn Majah dan atTermidzi) juga telah ditahqiq sepenuhnya (terutama hasil kerja al-Albani). Juga Musnad Ahmad juga telah ditahqiq (oleh Syaikh Ahmad Syakir dan Syaikh al-Arnaouth). Jadi tak boleh kita mencipta alasan, aku ingin beramal dengan hadith dha'if atau palsu atas alasan hadith sahih mungkin tak sahih. Alasan ini ini tidak benar kerana koleksi hadith telahpun mantap ditahqiq dan ditakhrij serta dikod dgn cukup baik sekali. Maka dalam keadaan begini alasan yg dikemukakan itu tidak dapat diterima. Maka orang yg tak mengaji hadith tak boleh quote hadith secara sembrono tanpa mengetahui status hadith tersebut. Penggunakan hadith lemah apatah lagi palsu akan mengundang musibah dan malapetaka kepada umat Islam. Maka kita tidak boleh mencipta alasan yang rapuh dan tidak masuk akal apatahlagi bila melibatkan seorang Nabi yang amat mulia.
sekian

Hadis Setiap 100 Tahun Seorang Mujadid Diutus

Salam

Dalam sahih bukhari ( x pasti hadith no brp) ada menceritakan ttng umat akhir zaman di mana akan muncul seorang mujadid setiap seratus tahun...pemuda ini akan membina tapak untuk nabi Isa dan imam Mahdi..

minta tolong jelaskan dgn lebih detail ttng hadith ni...tafsirnya scr keseluruhan

syukran


Wassalam

alJawab:

Ia bukan hadith Bukhari tapi oleh Imam-Imam hadith yang lain spt Abu Daud, alBaihaqi, al-Hakim, matannya:

إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها

terjemahnya: "Sesungguhnya Allah akan mengutus kepada ummat ini seorang mujaddid terhadap agamanya setiap 100 tahun." (al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, # 4291)

Manakala hadith Nabi Isa dan Imam Mahdi itu adalah tanda-tanda menjelang akhir dunia atau amat dekatnya Qiamat. Adapun hadith mujaddid setiap 100 tahun ni adalah putaran tajdid (baikpulih) umat Islam dalam bentuk kefahaman, keimanan dan pelaksanaan Islam. Contoh mujaddid ialah Umar bin Abdul Aziz, Imam Syafi'iy, Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Syaikhul Islam Ali Syawkani...(al-Qardhawi, Tajdid fii Dhou'asSunnah (Pemurnian Agama menurut Sunnah), Majalah Markaz alBuhuth asSunnah, University Qatar, ms 29)

sekian

Adakah Fadhilat Solat Ini Betul?

kemusykilan dari saya....
adakah benda ni betul?? setahu sy yg tak berapa byk ilmu ni..rukun sembahyang pun ada khilafnya....

menulis "1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr lah. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!

p/s: diambil dari ukhwah.net ...hehehe (dan benda tu diluluskan oleh moderatornya utk tatapan umum)


alJawab:

sesiapa yang mencipta, menyibar dan moderator yg meluluskan dusta fadilat solat di atas telah menempah tempatnya di neraka. hadis fadilat solat itu memang menepati ciri2 sebuah hadith palsu, yakni buat satu amal atau ibadah dan pelakunya tak payah buat benda lain lagi.

Hadith yang anda ambil dari Ukhwah.net itu adalah intipati ajaran sesat di mana orang jahil hanya cukup dgn melakukan solat sahaja, kerana dengan terlaksananya solat, maka 13 fadilatnya sudah menjamin segala-galanya di akhirat. Tak payah puasasa, haji dan zakat atau berjihad.
Nama sahabat Abdulah bin Aamar dan kisah Friday the 13th hanyalah rekaan semata-mata.

Al Ikhlas Sepertiga Dari Al-Quran

Salam

Dulu waktu saya dengar baca al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Quran saya tak berapa faham... tapi hari tu ada baca somewhere (ke terfikir sendiri) disebabkan surah ini menekankan tentang tauhid La Ilaha Illa Allah (Allahu Ahad), Allah tidak lahir dan melahirkan... saya nampak sebab kalimah tauhid ini merupakan inti pati kepada semua ajaran para Nabi, yang merangkumi majoriti al-Quran, menafikan "Ana Rabbukumul 'Ala", oleh Firaun, sembahan berhala oleh bapa Nabi Ibrahim, sembelahan 5 jenis berhala oleh kaum Nabi Nuh,dan tentunya oleh Muhammad SAW.

Benarkan demikian?
Mohon pencerahan Mr. Green

Wassalam


Wassalam

Kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Tafsir surah al-Ikhlas, maksud sepertiga al-Qur:an ialah kerana al-Qur:an itu dibahagi kepada tiga bahagian: Tawhid, Hukum-hakam dan Kisah. Maka surah alIkhlas itu mewakili bab Tawhid.

sekian

Tafsir Surah Al Maaidah Ayat 44 45 47

Assalammualaikum.

Al Maaidah ayat 44:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir

Al Maaidah ayat 45:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al Maaidah ayat 47:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik

Minta tafsir ayat ini serta dikaitkan dengan Taubatan Nasuha supaya jadi mu'min semula dan bukan berada dalam golongan kafirin, zalimin, fasikin

muga kita mati dengan Aman


Wassalam

Tafsirnya:

Kalau nak tafsir 3 ayat ni memang panjang sekali dan inilah 3 ayat yang penting yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan takfiri (kumpulan pelampau yang mengkafirkan pemerintah Islam) atau kumpulan beraliran Khawarij. Bahkan Sayyid Qutub dalam tafsir fi Dzilalnya pun menganggap mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah telah kafir, murtad atau terkeluar dari millah (agama) (Fi Dzilal 2/972)

Adapun tafsiran yang benar tiada kaitan sangat dengan Taubat nasuha Din. ayat taubat disentuh dalam ayat lain. tiga ayat ini diturunkan menyelar sikap umat Yahudi dan muslim apabila mereka menolak hukum Allah. Maka boleh jatuh kafir, fasiq dan dzalim.

asbab nuzul ayat ini berkenaan Bani Israel di Madinah (bani Nadzir dan bani Quraidzah) yang datang meminta penghakiman dari RasuluLlah saw dan bila Nabi saw memberi hukuman dari Kitab ALlah, tapi mereka menolaknya. Walaupun ia ditujukan kepada Yahudi, namun pengajarannya juga terkena secara umum kepada umat Islam.

Menurut alSyaukani, kekafiran ialah bila umat Islam menentang hukum Allah. Jika tentang, maka jatuh hukum kafir. Barangsiapa yang mengaku kebeneran hukum Allah, tapi tidak melaksanakan maka jatuh hukum fasiq dan dzalim bukan kafir. Ini maksud ayat ini di sisi ahli sunnah. (Fath alQadir, 2/56) ini adalah tafsiran Ibn Abbas.

sekian

Tafsir Surah Al Anfaal Ayat 39

Assalammualaikum

Al Anfal ayat 39
Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya Agama itu semata-mata bagi Allah.
perangi orang kafir?
minta tafsir ayat ini.


Tafsir QS al-Anfaal: 39

" Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya Agama itu semata-mata bagi Allah."

Tafsir Fii Dzilaal:

ayat ini menjadi dasar peperangan dalam Islam. perang dalam Islam kerana agama semata-mata bukan kerana ingin menjajah, menguasai ekonomi, merampas bumi orang, tapi demi tawhid.

Tafsir Ib Kathir pun macam tu juga, ayat ini menjadi tujuan utama berlakunya peperangan kerana meletusnya perang ialah kerana meninggikan kalimah tawhid dan menghapuskan apa jua fitnah dan kezaliman dan penindasan terhadap kemajuan agama Allah.
sekian

Bacaan Tujuh Yang Berulang-ulang

Salam

Al Hijr,

15:87. Kami memberikan kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.

Kalau ikut terjemahan al-Quran versi Indonesia, maksudnya surah al-Fatihah yang berulang2 dibaca sewaktu solat.

Kalau ikut group antihadith,maknanya kisah Nabi-nabi Nuh,Ibrahim,Musa (ada tujuh Nabi) sebagai kisah yang selalu diulang-ulang sebagai peringatan.

Adakah kita boleh menerima tafsiran yang kedua-sebab memang betul.

Sebab kalau grup antihadith terima tafsiran pertama-dia kena menerima tatacara "solat ritual" yang ASWJ dan juga Syiah(baca fatihah ke) lakukan.

Wassalam


Tafsiran antihadith itu null and void sebab mereka tak ada autoriti mentafsir al-Qur:an. Cuba lihat peringatan sifoo zain di bawah tajuk jangan mentafsir AQ sesuka hati dan antihadith termasuk golongan tsb. Tafsiran yang betul mesti datang dari mufassir yang berautoriti sahaja dari kalangan ASWJ dan seboleh-boilehnya hendaklah tafsir bil makthur (tafsiran salaf)


Assalamu'alaikum

Firman Allah swt : hijr 15:87

وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعًا مِنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya." [Surah al-Hijr : 87]

Tafsir Ibn Kathir (Tafsir al-Quran al-Azim) mengenai 7 mathaani :

Pandangan pertama : '

(a )Ibn Mas'ud. Ibn Umar, Ibn Abbas, Mujahid, Saed bin Jubayr, AdDahhak dan lain mengatakan bahwa ini merujuk kepada 7 surah yang panjang ; al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', Al-Ma'idah, Al-'Anam, al-'Araf dan Yunus.

(b) atau al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau Baraa'ah (At-Taubah).

Pandangan kedua : Ia merujuk kepada surah al-Fatihah, yang terdiri dari 7 ayat. Diriwayatkan dar Ali, Umar, Ibn Mas'ud dan Ibn Abbas berkata :

وَالْبَسْمَلَة هِيَ الْآيَة السَّابِعَة وَقَدْ خَصَّكُمْ اللَّه بِهَا .
"Bismillah mempunyai 7 ayat dan Allah telah memberi secara ekslusif kepada kamu"

Dan hadith Abu Hurairah ra :-

أُمُّ الْقُرْآنِ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيم
"Umm al-Quran ialah 7 mathaani, dan al-Quran al-Azim"

Ibn Kathir mengatakan bahawa al-Fatihah ialah 7 Mathani dan juga al-Quran yang agung, dan ia tidak bercanggah dengan kenyataan 7 Mathaani adalah 7 ayat panjang, kerana ia juga berkongsi sifat-sifat ini.

Tafsir Jalalain juga merujuk bahawa 7 mathaani bermaksud 'al-fatihah' sebagaimana hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Tafsir Qurthubi juga merujuk kepada khilaf 2 pandangan mengenai 7 Mathaani, iaitu surah al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat dan 7 surah yang panjang (al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau At-Taubah)

Demikian sedikit info ringkasan tafsiran '7 mathaani' menurut 3 buku tafsir yang mukatabar

Sekian

Dec 20, 2008

Muhammad Ibn Ishaq Adil Atau Palsu?

1. Dalam darul kautsar disebutkan peranan ibnu ishaq dalam menyebarkan riwayat syiah, dan bagaimana beliau juga adalah syiah.

Dalam satu kuliah audio dr Asri ZA, beliau ada menyebut tentang 'kalamul akran', kata2 orang yang bersaing antara ibnu ishaq dan imam Malik- jangan diriwayat tetapi dilipat.

2. Dalam kuliah maulana asri yusof ada menceritakan yang abu sufyan sudah muslim sebelum hijrah. Tetapi dalam bukhari, dan dalam kuliar Dr MAZA sendiri menyentuh ringkas, yang abu sufyan masih belum muslim semasa perjanjian hudaibiyah (hadis hirakle).

Bagaimanakah perbezaan ini? Minta ilmuwan ahkam beri penjelasan.

JKKK

al-Jawab:

Sebenarnya Ibn Ishaaq (w.150H) tersepit antara penilaian madrasah ahli hadith dan madrasah ahli sejarah.

Ilmu sejarah dan ilmu hadith mempunyai disiplin ilmu yang berlainan dan yang pasti ilmu hadith lebih ketat pensyaratannya berbanding ilmu sejarah kerana hadith digunakan dalam pembinaan hukum-hakam.

Dari ilmu jarah wa ta'dil, Ibn Ishaaq memang tokoh sejarah yang kontroversi kerana mendapat kritikan parah dari Dua Imam Madinah yang besar: Imam Malik dan Hisham Bin Urwah bin alZubair (cucu Abu Bakar atau anak saudara kepada Aisyah, Ummul Mukminin).

Namun Ibn Ishaq merupakan perawi semua Imam Hadith yang enam, terutamanya Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith darinya. Keenam-enam penyusun kitab Sunan Sittah meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq.

Bagaimana menghadapi kontroversi yang ditimbulkan oleh Imam Malik, Hisham bin Urwah dan laman web al-Kautsar yang menolak total akan ketsiqahan (kewibawaan) Ibn Ishaq?

Prof al-Imam Dr al-Qardhawi dalam kitabnya Tarikhuna alMuftara alaih (kecelaruan sejarah kita) berpendapat Ibn Ishaq adalah termasuk dalam golongan akhbariyun atau reporter akhbar yang melapurkan apa saja yang ditemuinya tanpa penelitian terlebih dahulu.

Sebab itu Dr Qardhawi mahukan sejarah Islam terutamanya Seerah Nabawiyah disusun semula dengan memasukkan pendekatan tahqiq dan takhrij sumbernya untuk menapis cerita-cerita yang dibawa oleh Ibn Ishaq terutamanya.

Pendirian kami:

1. Ibn Ishaq memang tokoh yang kontroversi menurut ilmu Jarh wa ta'dil, namun seluruh ahli ilmu bersepakat akan ketokohan Ibn Ishaq dalam sejarah terutamanya sejarah Perang (maghazi) dan Imam Ibn Hajar Asqolani menggelarkan beliau sebagai Imam alMaghazi.

2. Walaupun seteruk mana penilaian orang ke atas kewibawaan Ibn Ishaq, beliau adalah perawi Penyusun Kutub Sittah antaranya Bukhari-Muslim yang meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq. Ini menunjukkan Ibn Ishaq ada makna dalam ilmu hadith. (alBukhari meriwayatkan dari Ibn Ibn Ishaq secara ta'aliq (sanadnya hilang, maka ia jatuh dha'if)

3. Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ibn Ishaq dalam pengumpulan sejarah bukanlah suatu yang perlu dilihat dengan negatif, malah kita berhutang budi dengan usaha-usaha awal beliau mengumpul bahan bukti sejarah kerana itulah asas yang baik utk kita memulakan projek mega memurnikan sejarah kita sendiri.

Inilah pendirian yang adil kepada Ibn Ishaq.

Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih

Salam

saya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan artikel ini. adakah benar bagai didakwa?? mohon perhatian dan tindakan segera. syukran jazilan.

Quote:
Kepalsuan hadis kelebihan Tarawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816 [no ni tiada dlm perkhidmatan]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

* Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

* Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

* Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

* Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

* Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

* Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

* Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.


wa'alaikumussalam.

Benarlah sebagaimana yang ditulis oleh artikel di atas. Status hadith ini adalah palsu (maudhu') dan tidak wajar ia disebarkan.


Hadis Palsu Abaikan Puasa Umat Muhammad

Assalamualaikum. Boleh tolong saya carikan petikan di bawah samada dari hadis atau mana2 riwayat.

"Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali."

Sekain. Terima kasih.

Wassalam

alJawab:

Kami yakini ianya palsu. kami akan berusaha menjejakinya dan jika ditemui, InsyaAllah akan dikhabarkan kemudian (KIV). kenapa kami berani berkata ia palsu? Kerana sekiranya meminta ma'af kepada ibubapa, suami-isteri dan penduduk sekitar itu benar dan syarat memasuki bulan Ramadhan, sudah tentu kita akan temui dalam kitab-kitab feqah, walhal tidak pernah dibincangkan. sekian


Assalamu'alaikum. Alhamdulillah.

Sekadar tambahan, Kemungkinan hadith yang hampir kepada hadith diatas adalah seperti berikut :

Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.

c. seseorang yang apabila disebut Nabi saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!

Sekian, wassalam

Kelebihan Hadis Hari Asyura

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

# ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
# ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
# Diciptakan lautan pada 10 Muharram
# Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
# Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
# Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
# Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
# Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
# Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
# Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
# Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
# Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
# Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
# Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
# Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
# Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
# Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
# Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
# Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
# Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

sahihkah hadis ini??


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaalah.

Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya sebagaimana yang terdapat didalam beberapa hadith-hadith sahih. Adapun fadhilat-fadhilat lain seperti memakai celak, bersedekah dengan sebagainya datang dari hadith-hadith lemah dan palsu sebagaimana yang di sebut oleh Syeikh Ibn Taimiyah didalam al-Fatwa al-Kubra (Jilid 5):-

لَمْ يَرِدْ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا عَنْ أَصْحَابِهِ , وَلا اسْتَحَبَّ ذَلِكَ أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ , وَلا غَيْرِهِمْ . وَلا رَوَى أَهْلُ الْكُتُبِ الْمُعْتَمَدَةِ فِي ذَلِكَ شَيْئًا , لا عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا الصَّحَابَةِ , وَلا التَّابِعِينَ , لا صَحِيحًا وَلا ضَعِيفًا , لا فِي كُتُبِ الصَّحِيحِ , وَلا فِي السُّنَنِ , وَلا الْمَسَانِيدِ , وَلا يُعْرَفُ شَيْءٌ مِنْ هَذِهِ الأَحَادِيثِ عَلَى عَهْدِ الْقُرُونِ الْفَاضِلَةِ . وَلَكِنْ رَوَى بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ فِي ذَلِكَ أَحَادِيثَ مِثْلَ مَا رَوَوْا أَنَّ مَنْ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ مِنْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَمَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَمْرَضْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَأَمْثَالِ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ,

"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura,"

Begitu juga dengan seperti matan hadith diatas yang tidak diketahui asalnya. Ibn Taimiyah rh mengatakan :-

وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ , وَرَوَوْا أَنَّ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ تَوْبَةَ آدَمَ , وَاسْتِوَاءَ السَّفِينَةِ عَلَى الْجُودِيِّ , وَرَدَّ يُوسُفَ عَلَى يَعْقُوبَ , وَإِنْجَاءَ إبْرَاهِيمَ مِنْ النَّارِ , وَفِدَاءَ الذَّبِيحِ بِالْكَبْشِ وَنَحْوَ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فِي حَدِيثٍ مَوْضُوعٍ مَكْذُوبٍ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم : أَنَّهُ مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ السَّنَةِ

"dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Asyura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

Kesimpulannya :- Bagi orang Islam, amalan sahih yang digalakkan pada hari Asyura hanyalah berpuasa.

Sekian, wassalam

Surah Yaseen Ayat 14

Salam

Surah Yasin ayat ke 14,

إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوۤاْ إِنَّآ إِلَيْكُمْ مُّرْسَلُونَ

Terjemahan Melayunya:

"Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang di utus kepadamu."

Alhamdulillah ! Saya kira ini adalah website yang terbaik buat saya mempelajari tafsir al-Quran dan mendapat tunjuk ajar dari mereka yang rata-ratanya ahli dalam bidang ini.

Peluang ini saya ambil dengan bertanya akan maksud dari ayat di atas tentang siapakah yang dimaksudkan dengan dua utusan serta siapakah utusan yang ketiga pula yang diperkuatkan oleh Allah perutusannya kepada kaum yang tidak beriman ?

Saya telah telusuri tafsir Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibn Abbas dan saya dapati dua utusan tersebut dinamakan dengan Simon the Canaaite (Sama'an) dan Thomas (Thuman), dan diperkuatkan oleh utusan yang ketiga dengan nama Simon Peter (Shama'un). Persoalannya adakah ketiga utusan atau Nabi ini terdapat dalam 25 Rasul yang wajib diketahui muslim.

Bagaimana dengan penjelasan dari kitab tafsir lain seperti Ibn Kathir.

Sekedar untuk pengetahuan buat diri, insyallah !

Wallahualam


wa'alaikumussalam

Didalam Tafsir Ibn Kathir rh., beliau mengatakan bahawa : "Telah berkata Ibn Juraij, dari Wahb bin Sulaiman, dari Syuib al-Jibaabii, katanya : Nama rasul yang pertama adalah Sham'uun (شَمْعُون), diikuti dengan Yuhanna (يُوحَنَّا) dan yang ketiga adalah Boulos (بُولُص), dan kampung tersebut nama adalah Anthaqiyah (أَنْطَاكِيَّة)."

Didalam tafsir Jalalain tidak pula menyebut akan nama-nama utusan tersebut. Ia lebih menceritakan akan kesungguhan para utusan tersebut menyampaikan risalah Allah dengan penggunaan Takhfif dan Tasydid didalam ayat tersebut :-

"إذْ أَرْسَلْنَا إلَيْهِمْ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا" إلَى آخِره بَدَل مِنْ إذْ الْأُولَى "فَعَزَّزْنَا" بِالتَّخْفِيفِ وَالتَّشْدِيد : قَوَّيْنَا الِاثْنَيْنِ
(Yaitu ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya) ayat ini keseluruhannya sebagai Badal dari lafal Iz(إذْ) yang pertama (kemudian Kami kuatkan) kedua utusan itu; lafal ayat ini dapat dibaca Takhfif sehingga bunyinya menjadi Fa'azaznaa (فَعَزَزْنَا) dapat pula dibaca Tasydid, sehingga bunyinya menjadi Fa'azzaznaa (فَعَزَّزْنَا) (dengan utusan yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata, "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepada kalian.")

Yang penting adalah ayat ini menceritakan setelah misi dakwah penghantaran dua utusan tidak berhasil, dan dikirim (diperkuatkan) pula utusan yang ketiga. Risalah mereka adalah agar penduduk Anthaqiyah dapat dibersihkan dari perbuatan syirik; iaitu membuang segala bentuk persembahan dan kembali kepada ajaran Tauhid. WA

sekian.

Fadhilat Haji Serta Umrah

Haji serta Umrah
Satu umrah ke Umrah yang lain merupakan penghapus dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali Jannah.(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Asbihani)

persoalannya adakah ianya juga melibatkan pengampunan atas kesalahan dosa besar?

kedua adakah seorang yang kembali dari mengerjakan haji, tetapi still kedekut, menunjukkan dia tak dapat haji mabrur. minta pencerahan?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih syeikh thtl. Kami (atau kamin) akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan ilmu yang terhad, Insyaallah.

Ada dua pandangan ulama' yang dapat kami kutipkan disini (mungkin lebih dari ini):-

a. al-Haafiz Ibn Hajar rh mengatakan bahawa hadith-hadith Umrah dan Haji (yang merujuk kepada kafarah dosa) jelas menunjukkan Allah swt mengampunkan dosa-dosa besar dan kecil. Ini juga merupakan pandangan al-Qurthubi dan al-Qaadi 'Iyaad.

b. Imam al-Tirmudzi rh menyatakan bahawa ia hanya menghapuskan dosa-dosa yang melibatkan Allah swt, dan tidak termasuk dosa-dosa yang melibatkan manusia. Ini juga merupakan pandangan al-Manaawi didalam Fayd al-Qadir.

Komentar Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

ظاهر الحديث أن الحج يكفر الكبائر ، وليس لنا أن نعدو الظاهر إلا بدليل ، وقال بعض العلماء : إذا كانت الصلوات الخمس لا تُكَفِّر إلا إذا اجْتُنِبَت الكبائر وهي أعظم من الحج وأحب إلى الله ، فالحج من باب أولى ، لكن نقول : هذا ظاهر الحديث ، ولله تعالى في حكمه شئون ، والثواب ليس فيه قياس
"Zahir maksud hadith ini ialah Haji menghapuskan dosa-dosa besar, dan kita tidak boleh menentang maksud zahir ini melainkan dengan membawa dalil. Ada beberapa orang dikalangan ulama' mengatakan : Jika solat 5 waktu tidak boleh menghapuskan dosa apa-apa melainkan seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar, dan perkara ini (solat) lebih mustahak dan disukai Allah berbanding dengan Haji, maka Haji jatuh kepada bab yang awal (ertinya : Haji tidak dapat menghapuskan apa-apa dosa melainkan seseorang tidak melakukan dosa besar). Akan tetapi kami mengatakan : Inilah maksud zahir hadith (menghapuskan dosa besar & kecil), demi Allah yang Amat Berhikmah dengan apa yang dia lakukan, dan kita tidak boleh menggunakan qias membincangkan balasan/ganjaran Allah" (Fataawa Ibn Utsaimin, 21/40.)

Kesimpulannya : sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh, kita terima makna zahir hadith yang mengatakan bahawa Allah swt mengampun dosa2 seseorang; tidak kira dosa besar atau kecil, dan apa-apa tafsiran yang lain memerlukan nas yang sahih untuk membuktikan sebaliknya.

Soalan kedua : adakah seorang yang kembali dari mengerjakan haji, tetapi still kedekut, menunjukkan dia tak dapat haji mabrur. minta pencerahan?

Sebagaimana kenyataan Ibn Utsaimin didalam isu diatas, hak Allah yang menentukan sesuatu ganjaran dan balasan hambaNya yang beramal. Ia tidak boleh di qiaskan dengan apa-apa kelakuan, peristiwa, pandangan dsb. Ganjaran dan balasan merupakan perkara ghaib. Menentukan Haji itu Mabrur (di terima) atau Matruk (di tolak), hanyalah hak Allah swt. Sebagai hamba Allah, kewajipan kita adalah melakukan syarat-syarat yang telah dinyatakan sebagaimana didalam firmannya :-

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَاب
"Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." [al-Baqarah : 197]

Sekian, wassalam

Baca Quran Sebelum Tidur

Tuan di sini ana ade beberapa soalan mengenai tajuk diatas,

1] benarkah nabi baca surah al-mulk dan as-sajadah tiap2 malam sebelum tido?

2]betulke nabi suruh kita hafal surah al-mulk dan as-sajadah supaya selamat dari siksa kubur?

3]mengenai surah al-waqiah,ade hadis mengatakan kalau kita baca surah ni tiap2 hari akan terhindar dari kepapaan.hadis ni ana baca dlm tafsir al-quran karangan ahmad sonhaji dalam menafsirkan surah al-waqiah.

4]adakah benar selepas kita membaca surah ad-duha ,sunat kita bertakbir .ini ana ambil dari tafsir sonhaji.sbbnya nabi terputus wahyu dlm jangka masa yg lama dan gembira jibril dtg menyampaikan surah ad-duha dan nabi bertakbir slps selesai jibril menyampaikan surah ad-duha.

5]dlm solat pula, ramai lulusan agama akan menyebut alaihissalam selepas imam membaca ayat terakhir [19:87] surah al-a'la.ana tanya mereka kenapa,mereka jwb,nak membezakan antara nabi musa dgn musa samiri iaitu musa yg membuat bahala lembu dari kalangan pengikut nabi musa a.s. betulke amalan tu dari nabi kita muhammad a.s

syukran.


الجواب

1] Benar, Nabi saw membaca dua surah tsb sebelum tidur (al-Albani, sahih Sunan atTermidzi, #2892, hadith Jabir ra)

2] Benar, itulah fadhilat dua surah tsb (alMulk dan asSajdah, kata azZahabi dan al-Albani (Kitab Surah Tabarak, oleh syaikh Yusof alBadri, terjemahan syaikh Abdullah alQari)

3] hadith fadilat surah alWaqi'ah itu dikeluarkan oleh alhafidz Ibn Asakir, dinilai dha'if oleh al-Albani dalam Silsilah adDha'ifah, # 389

4] Bertakbir selepas membaca surah alDhuhaa ini adalah khilaf. Ini kerana al-Hafidz Ibn Kathir kata al-Syafi'iy ra berpendapat sunat berbuat demikian. Tapi kata Ibn Kathir, sanadnya tak dapat dipastikan dari mana Imam Syafi'iy mengambil dalilnya. Oleh kerana ini adalah pendapat Syafi'iy, maka memang betul lah Ust Sonhajie dari Singapore tu kata macam tu.

5] Sesungguhnya ini baru pertama kali saya mendengar hal ini. Anihnya dalam banyak set tafsir dalam perpustakaan ana, tidak ada perbahasan mengenainya. Buat masa ini ana tidak dapat mengesahkan, kita KIV dulu, mungkin jika terjumpa kemudian atau ada maklumat dari panelis al-ahkam yang lain (sifoo, alitantawi dan hj kamin)

Penjaga Huruf Al Quran

Salam

nak tanya, adakah nas2 yg sahih yg menyatakan bhw setiap huruf dlm al-quran ada khasiat nya, dan ada 'penjaga'/penunggu nya?

jkk.


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri MissCadbury dengan kadar kemampuan ilmu yang terhad, Insyaallah.

Banyak sekali hadith-hadith palsu yang di reka-reka menceritakan tentang Khasiat-khasiat huruf, kombinasi beberapa huruf atau surah-surah tertentu didalam al-Quran. Ada juga yang mendakwa bahawa setiap huruf itu ada penjaga-penjaganya yang khusus. Kenyataan ini semua tidak mempunyai asas melainkan ia didasarkan kepada nas-nas yang sahih.

Jelas didalam al-Quran sendiri bahawa Allah swt sendiri yang akan menjaganya dan bukannya 'jin' atau makluk halus tertentu. Firman Allah swt :-

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." [Surah al-Hijr : 9]

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ. فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ. ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ.
"Sungguh, Kamilah yang akan mengumpulkannya (ayat-ayat Al Qur'an) dan membacakannya, maka apabila telah Kami bacakan ikutilah pembacaannya, kemudian Kamilah yang akan menjelaskannya." [Al Qiyamah: 17,18, 19]

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
"Tidak disentuh oleh kebatilan dari depan ataupun dari belakang (secara terang-terangan ataupun secara samar-samar). Ia (Al Qur'an) diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji." [Fushshilat: 42]

Apakah ayat-ayat al-Quran ini mempunyai khasiat tertentu? Pada umumnya memanglah al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai PETUNJUK bagi kita menjalani penghidupan seharian. Penyelesaian-penyelesaian kepada permasalahan manusia yang berdasarkan al-Quran merupakan satu khasiat yang besar, tanpanya manusia-manusia akan menjadi makluk-makluk yang sesat, bahkan lebih sesat dari binatang ternakan. al-Quran sebagai petunjuk orang Islam merupakna khasiat sebenar al-Quran!

Huruf-huruf al-Quran juga mempunyai khasiat spitirual jika dibaca...Setiap huruf didalam al-Quran yang dibaca, Allah swt akan memberi ganjaran pahala kepada seseorang itu, iaitu kepada mereka yang benar-benar ikhlas didalam agamanya. Sabda nabi saw :-

من قرأ حرفاً من القرآن فله به حسنة ، والحسنة بعشر أمثالها
"Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Quran maka keatasnya satu kebajikan (hasanah), dan ahsanah ini akan digandakan 10" [Hadith Riwayatal-Tirmudzi dan dl-Daarimi dengan Isnad Sahih].

Inilah manhaj kita Ahli Sunnah wal Jamaah jika ditanyakan tentang perkara ini. Siapa yang menjaga al-Quran? Jawab : Allah sendiri, sebagaimana didalam surah al-Hijr ayat 9. Apakah setiap huruf al-Quran ada khasiat? Jawab : Ada, barangsiapa yang membacanya, Allah akan memberi ganjaran pada setiap 1 huruf. WA

wassalam

10 Mayat Tidak Rosak

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu i tu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku
dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
:
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."

artikel ini ana petik dari tko.
soalan:adakah betul ape yg dinyatakn di dlm artikel ini??


Jawapan berikut saya berikan sekadar mampu dan apa yang ditulis (tidak ditemui) maksudnya ialah tidak saya temui dalam pencarian menggunakan buku2 hadith n program hadith (search engine). Tidak ditemui bukan bermaksud ‘tidak ada’, harap maklum.

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

(tidak ditemui)

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

(maksud yang ada di dalam hadith sahih riwayat al Bukhari, no.136 dan Muslim, no.603)

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu i tu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku
dan hamba-hamba Ku.

(tidak ditemui)

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
(ada di dalam hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.2790) bahawa para Nabi tidak mati dan mereka hidup di alam kubur)

2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

(tidak ditemui kecuali ada hadith2 yang menceritakan bahawa orang yang syahid balasannya syurga, pemimpin yg adil akan dilindungi di akhirat, orang yang azan akan mendapat kelebihan di akhirat, wanita yang mati kelahiran anak dianggap syahid dan juga orang yang mati pada hari atau malam jumaat dapat kelebihan bebas daripada azab kubur. Itu sahaja dalam hadith sahih sekadar pencarian, wallahu a’lam)

satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
:
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."

(tidak ditemui)

Balasan Minum Arak

Hadis Qudsi
“Tiada muslim yang minum khamar di dunia melainkan Aku (Allah) beri dia minuman neraka (Hamim) sebagai balasan, apakah ia akan diazab terus ataukah akan diampuni kemudian. Dan aku beri kesempatan ia meminum khamar di akhirat sekiranya ia meninggalkannya di dunia semata-mata tempat yang maha suci (Hodhiratul Qudsi, Jannah). Riwayat Thabrani dari Ibnu Umar

Minta tahkik cerita ini. dah dua kali saya dengar

Abdullah Al-Aziz El-Madani bercerita-"Pada suatu hari. Aku bermaksud hendak pergi ke masjid. Di tengah perjalanan, ku dengar suara tangisan dari sebuah rumah, lantas aku masuk ke rumah itu, ku bertanyakan apa yang menyebabkan mereka menangis. Keluarga yang menangis itu mengatakan bahawa seorang ahlinya sedang sakit tenat, hampir maut. Telah berulang kali mereka menalkinkan ke telinganya, tetapi tidak mahu dibalas mengucap akan si sakit itu. Aku hampiri si sakit itu dan ku ajarkan berulang kali ke telinganya akan kalimah " lah ilaaha illallah " tetapi sia-sia belaka. Ku perkuatkan ucapan itu berulang-ulang kali, namun tiada berbalas, tetapi tidak lama kemudian akupun merasa gembira kerana akhirnya si sakit membukakan matanya. Aku fikir akan diucapkannya kalimah itu. Tetapi alangkah sedihnya kerana bukan itu yang diucapkan si sakit malah ia menyatakan telah keluar daripada Islam dan diucapkannya kalimah kafir, dan selesai ucapannya itu iapun meninggal dunia."

"Aku pun segera keluar dari bilik tersebut dan kuceritakan kepada keluarganya hal itu, dan mereka pun sangat kesal dan bersedih. Ku bertanyakan apakah amalan dan kerjanya ketika hayat lalu dijawab bahawa tiada suatu pekerjaan yang mungkar dikerjakannya, hanya setahu mereka beliau seorang yang sering dan biasa meminum arak dan kamar. Begitulah tanggungan peminum arak itu, dan sesungguhnya arak itu air najis, pekerjaan syaitan yang sewajibnya dijauhi."


Kisah itu tidak dapat saya temui sekadar pencarian yang lemah ni...
Tapi minum arak tidak menjadikan seseorang itu kafir. Ia memang dosa besar tetapi peminumnya tidak dihukum kafir kecuali ia menghalalkan arak. Wallahu a’lam.

Berikut adalah beberapa hadith yang saya temui berkaitan arak, mungkin ada kaitan dalam menjawab persoalan di atas:

Hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.3344) bermaksud: Arak itu ibu segala kekotoran, sesiapa yang minum arak, tidak diterima solatnya 40 hari dan jika ia mati dalam keadaan arak itu masih di dalam perutnya, ia mati dalam keadaan jahiliyyah.

Hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.4553) bermaksud: Setiap yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang minum arak di dunia lalu mati dalam keadaan dia masih mengamalkan minum arak dan tidak bertaubat, dia tidak akan dapat meminum arak di dalam syurga.

Hadith sahih (Sahih al Bukhari, no.5578) bermaksud: Dan tidaklah seseorang itu minum arak kecuali dia tidak beriman semasa meminumnya. (masih Islam tetapi tidak beriman)

Wallahu a’lam.

Hadis Mansuh

Assalamualaikum,

Saya terdengar orang pernah sebut tentang Hadis mansuh,
apakah hadis mansuh ini?
dan kenapa ia dimansuhkan??

Wassalam.


Wassalam

الجواب
alJawab:

Mansukh ertinya dihapuskan, maksudnya hukum yang terkandung dalam hadith itu dihapuskan oleh hadith yang datang kemudian. (syarh alfiah syuyuthi/274)

Contoh:

1. Nabi saw pernah pengharamkan makan daging kurban selepas tiga hari (maksudnya daging korban boleh dimakan dalam tempoh tiga hari sahaja), kemudian pada akhirnya baginda membenarkan menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

2. Pada mulanya Nabi mengharamkan ziarah kubur, tapi selepas itu baginda membenarkannya.
Hadith yang datang kemudian dan memansuhkan hukum terdahulu dinamakan hadith nasikh (kerana ia menghapuskan hukum dalam hadith terdahulu)

sekian

Hadis Mencarut

Salam

Ini isu lama tapi sebab ada orang tanya berkenaan ngan matan hadis ni ana tak boleh jawab

Hadis:

Saidina Ali pernah berkata pergi balik jilat bontot berhala kamu kpd seorang Yahudi yang nak cium tangan RasuluLlah SAW. Rasulullah saw tak kata apa-apa (yakni tidak menegur perbuatan Ali mencarut di hadapan baginda)

Ana dengar ucapan TG Nik Abdul Aziz (MB Kelantan) berkenaan dengan isu mencarut. Nak mintak panel al-Ahkam bagi tahu berkenaan dgn isu mencarut.
NAK MINTAK PANEL AL-AHKAM BAGITAU MATAN HADIS DAN PERAWINYA

JZKL.

Wassalam

الجواب
alJawab:

Kami telah lama mencarinya dan hanya menemui kisah yang semisalnya dalam Seerah perjanjian Hudaibiyah. Ia terdapat dalam seerah Ibn Isyhaq (tokoh sejarah yang ditolak oleh Maulana kita) dari jalur azZuhri.

Ia diungkapkan oleh Abu Bakar as-Siddiq kerana celuparnya utusan Quraish yg bernama Urwah bin Mas'ud alTsaqafii ketika menyindir dan melemparkan kata-kata penghinaan kepada RasuluLlah saw. Antara ucapan Urwah ialah," aku jamin bahawa orang-orang yg mengelilingi kamu ini (para sahabat) akan cabut lari menjelang pagi esok."
Mendengar kata-kata itu, Abu Bakar meninggikan suaranya dan mencarut secara spontan:

امصص بظر اللات أنحن ننكشف عنه
terjemahnya:
" Hisaplah olehmu kemaluan patung Latta, apakah kami akan bertempiaran meninggalkannya?"

Kisah ini disahihkan oleh Lujnah pentasyhih tafsir Ibn kathir, cetakan Daar Ibn Haitham, 4/2649. Adapun kisah Ali itu kami tidak pernah mendengarnya dan kami akan beritahu kelak jika kami kemungkinan menemuinya dalam pengkajian kami dari masa ke semasa.

Maka dalam kontek perang di atas, apa yang diungkapkan oleh Abu Bakar itu dianggap wajar kerana kecintaan yg luhur akan Abu Bakar kepada kekasihnya Muhammad saw.

Surah Ra'd Ayat 34

Assalammualaikum
Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab di akhirat adalah lebih keras dan tiada bagi mereka seorang pelindung dari azab Allah. (Ar-Ra'd: ayat 34) .
Minta tafsir ayat ini


Wassalam

alJawab:

Tafsir Ibn Kathir:

"azab dlm kehidupan dunia" maksudnya ialah bg kaum musyrikin, azab di dunia ialah melalui tangan kaum mukminin ketika mereka ditawan atau dibunuh.

"azab akhirat lagi keras" maksudnya berbanding dengan kehinaan atas mereka di tangan kaum mukminin, azab akhirat jauh lebih keras.

HR Muslim (#1493) dari Ibn Umar,
" azab dunia adalah lebih ringan dari azab akhirat."

kerasnya azab akhirat dijelaskan dalam surah2 lain, antaranya:
al-Fajr (89) : 25-26 dan alFurqaan (25): 11-15

[tafsir alQur:an alAdziem, cetakan Daar Ibn Haitham, Cairo, 2005, Jld 2]

Surah Al Anfaal Ayat 65

Assalammualaikum.
Ayat 65 Al-Anfaal

Wahai Nabi , perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang dari golongan yang kafir disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti**.

**Yakni disebabkan mereka tidak beriman dan tidak megerti akan perkara-perkara yang membawa kepada mencapai keredhaan Allah Azza wa Jalla yang mengurniakan kemenangan


Tafsir Ibn Kathir: AQ 8:65

Allah menghiburkan orang mukmin, walaupun ketika Badar, jumlah tentera mereka sedikit dan peralatan perang yg minimal, namun jika ada 20 orang yang sabar dapat mengalahkan 200 orang musuh (1 dapat tewaskan 10 musuh!!) (Tafsir Ibn Abi Hatim, 5/9143, juga sahih Muslim # 1901). Ibn Mubarak memetik tafsir Ibn Abbas, ketika turun ayat ini, maka tentera Islam merasa berat dan sukar, lalu Allah meringankan beban mereka kerana berdepan dgn tugas getir (satu kena lawan 10), maka ayat berikut menasakhkan bebanan ini, di mana 100 tentera Islam boleh mengalahkan 200 orang musuh (1 cuma kena lawan dua musuh). Jika musuh lebih dari itu maka mereka tidak wajib memerangi musuh. (sahih Bukhari # 4652 , 4653)

Ayat ini penting dalam perbahasan rukhsyah dan berubahnya fatwa kerana berubahnya zaman atau disebabkan kedha'ifan atau kelemahan umat Islam. Dr Qardhawi membahaskan ayat ini dalam kitabnya awamil assa'ah wal almurunah fi alsyari'ah (keluasan dan keanjalan dalam syari'ah)
sekian

Surah An Nisaa' Ayat 110

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nisaa': ayat 110)

adakah dosa akibat maksiat yang disabitkan dengan hukuman Hudud boleh juga diampuni Allah setelah Taubatan Nasuha?.

alJawab:

Tafsir Ibn Kathir:

Dari Ali bin Abi Thalhah dari Ibn Abbas ketika mentafsir ayat ini bahawa Allah mengampuni semua dosa baik kecik atau besar, hatta dosanya sebesar langit dan bumi atau sebesar gunung-ganang. [disahihkan Syaikh Ahmad Syakir, tafsir Tobari, atsar no 10424]

Juga dari Imam Ahmad dari hadith riwayat Abu Bakr asSiddiq ra," mana-mana musli yang terjebak dengan dosa, selepas itu mengambil wudhu' kemudian solat dua raka'at lalu memohon keampunan, niscaya diampuninya, kemudian Nabi saw membaca ayat ini dan ayat 135 dalam surah Ali Imran." [ dinilai sahih oleh pentahqiq Daar Ibn Haitham atas tafsir Ibn kathir]

sekian

Surah An-Nisaa' Ayat 116

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannNya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang menyekutukanNya, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (An-Nisaa': ayat 116)

persoalan:
adakah mereka yang tersalah pergi jumpa bomoh (bukan Darul Syifa'), masih berpeluang bertaubat. sebab ada seorang ustazah tu dia pergi jumpa bomoh di dengkil Selangor. sebelum tu dia kata dia pergi darul Syifa'. masih adakah peluang dia bertaubat. satu lagi contoh seorang isteri pergi jumpa bomoh supaya suaminya tak kahwin lain. selepas dia tahu dia silap dia bertaubat. adakah masih ada peluang taubat baginya setelah jumapa bomoh tersebut, dia tak tahu yang bomoh tu tak ikut syariat cara rawatannya, senang cerita cara salah bukannya saya rawatan assyifa' seperti di amalkan darul syifa'.
dalam suatu kejadian, ada seorang perempuan telah menjalankan perniagaan restoran. rakan partnernya seorang lelaki telah pergi jumpa bomoh pelaris 9nyata haram dalam Islam). bila balik bomoh tersebut telah minta baju dari perempuan tadi. lalu rakan niaga tadi dapatkan baju dari perempuan tadi, katanya untuk proses pelaris. setelah perempuan tersebut tahu bia bertaubat dan cuba berubat di darul Syifa' Bangi. perempuan tadi telah menjamu makan anak yatim yang seramai 10 anak yatim ke atas. adakah Perempuan tadi berpeluang bertaubat dari kesilapannya bersubahat dalam cari pelaris tadi. soalannya adakah dia beropeluang untuk bertaubat?
sebab berdasarkan ayat di atas, allah tak mengampuni dosa syirik.


Maksud dosa syirik tak diampun itu ialah orang yang tak mahu taubat dan kembali kpd tauhid selepas pintu taubat ditutup, yakni bila nyawa berada dihalqum (Hadith Termidzi, alAlbani, Sahih alJaami' # 1425)

Jika taubat sebelum nyawa dihalkum, maka semua do'a bisa diampun.
Dalil:
surah azZumar: 58 (Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya)

Fatwa Lajnah Daimah, Jilid 5/317.
Fatwa Syaikh Saleh alMunajjid dalam Urridu an Atuuba, walaakin
Fatwa Dr alQaradhawi dalam Taubat ilaLlah.