Jan 22, 2009

Terjemahan Al Quran Dalam Mandarin

asslamualaikum.... saya ade satu permintaan. dimanakah saya boleh mendapatkan buku-buku dan terjemahan Al-quran dalam bahasaa mandarin, cantonese, tamil?
_________________
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Buku-buku terjemahan bahasa Mandarin mengenai pengenalan kepada Islam banyak terdapat di PERKIM. HQnya terletak di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh dan e-mailnya ialah : perkim@jaring.my. Boleh bertanya kepada Ustaz Pendekar juga kerana beliau adalah sebagai Ustaz di Perkim.

Al-Quran terjemahan didalam pelbagai bahasa boleh didapati di Kedutaan Arab Saudi yang diedarkan oleh Rabitah Alam Islami. Ia diberi dengan percuma. Biasanya kalau ada surat dari pejabat, surau atau persatuan menjelaskan al-Quran terjemahan bahasa apa, berapa jumlah naskah yang dikehendaki, prosesnya menjadi lebih mudah. Alamatnya :

Royal Embassy of Saudi Arabia
7 Jalan Kedondong Off Ampang Hilir 55000 Kuala Lumpur
TelNo : (603) 4257 9825 Fax :(603) 4257 8751

wassalam

Hadis Musa a.s. Tumbuk Malaikat

Assalamualaikum....

Mohon panelis yang boleh rujuk hadis ini dalam sahih muslim ada ke tidak hadis ini( Saya tidak memiliki kitab sahih muslim)

Al-Bukhari dan Muslim dalam kitab Sahih mereka dengan isnadnya sampai kepada Abu Hurairah yang berkata:
“ Malaikat maut datang menemui Musa (‘a.s), dia berkata kepadanya: Sahutlah seruan Tuhanmu. Katanya: Maka Musa menumbuk mata (‘ain) malaikat maut sehingga terkeluar biji matanya. Malaikat maut kembali kepada Tuhan dan berkata: Sesungguhnya Engkau (Tuhan) mengutuskanku kepada hamba-Mu yang tidak mahu mati maka dia telah menumbuk sehingga terkeluar mataku. Katanya: Allah lalu memulihkan matanya semula dan berfirman: Pergilah kembali kepada hamba-Ku dan katakanlah: Kalau engkau mahu terus hidup, cekupkanlah tanganmu di belakang badan lembu. Sebanyak mana bulu yang engkau genggam dengan tanganmu itu, sebanyak itulah bilangan tahun umurmu dilanjutkan.”

Persoalan Betul ke hadis ni ada. Betul ke Nabi Musa tumbuk mata malaikat Maut. Secara Logiknya Tapi ada dalam hadis sahih?

Dalam Muslim, Sahih,II, h.309 (bab Fada’il Musa, Kitab al-Fada’il); al-Bukhari, Sahih, (Kitab bid’i al-khalq; bab wafat Musa), selepas hadith al-Khaydir, lebih kurang dua halaman, lihat juga dalam II, h.163; dalam Sahih, I, h.158, (Bab man ahabba al-dafn fi al-ard al-muqaddasah; Bab al-Jana’iz).

***********
ziy@d

Salam

saya sertakan sanad dan teks hadith:

‏ ‏و حدثني ‏ ‏محمد بن رافع ‏ ‏وعبد بن حميد ‏ ‏قال ‏ ‏عبد ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏ابن رافع ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الرزاق ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏معمر ‏ ‏عن ‏ ‏ابن طاوس ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏
‏أرسل ملك الموت إلى ‏ ‏موسى ‏ ‏عليه السلام ‏ ‏فلما جاءه ‏ ‏صكه ‏ ‏ففقأ ‏ ‏عينه فرجع إلى ربه فقال أرسلتني إلى عبد لا يريد الموت قال فرد الله إليه عينه وقال ارجع إليه فقل له يضع يده على متن ثور فله بما غطت يده بكل شعرة سنة قال أي رب ثم مه قال ثم الموت قال فالآن فسأل الله أن يدنيه من الأرض المقدسة ‏ ‏رمية بحجر ‏ ‏فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فلو كنت ثم لأريتكم قبره إلى جانب الطريق تحت ‏ ‏الكثيب ‏ ‏الأحمر ‏

(sahih muslim)

Juga disebutkan oleh bukhari dlm sahihnya pada bab ‏بدء الخلق‏.

Dipetik dari Tulisan Hafiz Firdaus (Hadith Musykil)

Kemusykilan:

Dari hadis di atas timbul beberapa kemusykilan:

1. Bagaimana mungkin makhluk malaikat memiliki wajah dan mata sepertimana manusia, boleh ditampar sehingga terkeluar biji matanya ?

2. Kenapakah Nabi Musa ‘alaihi salam berlaku kasar terhadap malaikat tersebut ? Bukankah sikap seperti ini menjauhi budi pekerti yang mulia bagi seseorang Rasul ?

3. Bukankah ajal seseorang itu adalah ketetapan Allah Subhanahu waTa’ala, maka bagaimana pula seseorang makhluknya dapat memilih-milih bilakah ajal tersebut ?

Penjelasannya:

Kemusykilan pertama:

Bagaimana mungkin makhluk malaikat memiliki wajah dan mata ?

Penjelasan:

Makhluk malaikat sememangnya tidak memiliki ciri-ciri jasad sepertimana manusia akan tetapi mereka dengan izin Allah Subhanahu wa Ta‘ala dapat berubah dan menjelma dalam bentuk manusia. Terdapat beberapa bukti dalam al-Qur’an al-Karim tentang hal ini, salah satu darinya ialah dari kisah Maryam ‘alaihi salam apabila dia didatangi malaikat Jibril ‘alaihi salam:

Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Qur’an ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami (malaikat Jibril) lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Maryam berkata: “Sesungguhnya aku berlindung kepada Ar-Rahman (Allah) daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.” Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci.” [Maryam 19:16-19]

Di atas jelas kepada kita bahawa seseorang malaikat itu dapat menjelma sebagai seorang manusia dengan jelmaan yang sempurna sehingga tidak dapat dibezakan sama ada ia adalah manusia atau tidak.

Demikianlah juga halnya apabila Malaikat Maut mendatangi Nabi Musa ‘alaihi salam, ia telah menjelma dalam bentuk manusia seperti kita semua sehingga dapat disentuh secara fizikal.

Kemusykilan kedua:

Kenapakah Nabi Musa ‘alaihi salam berlaku kasar terhadap malaikat tersebut ?

Penjelasan:

Nabi Musa ‘alaihi salam pada asalnya tidak mengetahui bahawa yang mendatanginya itu adalah seorang malaikat. Yang diketahuinya adalah seorang lelaki yang datang untuk mengakibatkan kemudaratan ke atas dirinya. Cuba kita umpamakan jika seorang lelaki datang kepada kita seraya terus mengancam untuk menzalimi atau menganiaya kita, adakah kita akan menerima dia dengan penuh kemesraan ?

Apatah lagi ketika itu Nabi Musa hidup bersama masyarakat Bani Israil yang terkenal dengan sikap degil, ego, suka menzalimi dan tidak kurang juga yang suka membunuh Nabi-nabi mereka. Maka tidak asinglah jika Nabi Musa bertindak sedemikian, bukan kerana zalim tetapi untuk mengelak dari dizalimi.

Tidak mustahil jika Nabi Musa tidak mengetahui bahawa yang mendatanginya itu adalah seorang malaikat. Hal ini pernah berlaku kepada Nabi-nabi lain sepertimana yang diungkapkan oleh al-Qur’an. Berikut adalah salah satu darinya, iaitu ketika Nabi Lut ‘alaihi salam dilawati oleh beberapa orang lelaki, tidak disangkanya bahawa mereka adalah malaikat sehinggalah diberitahu:

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan.” Dan kaumnyapun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal ?”

Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.” Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).”

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata): “Wahai Lut ! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat ?” [Hud 11:77-81]

Kemusykilan ketiga:

Bagaimana pula seseorang makhluknya dapat memilih ajalnya padahal ia adalah urusan Allah sahaja ?

Penjelasan:

Tidak dinafikan bahawa ajal setiap seseorang telahpun ditentukan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Firman Allah:

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya. [‘Ali Imran 3:145]

Ketentuan ajal ini tidak boleh diubah suai tempohnya:

“Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup hingga ke suatu masa yang tertentu; kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui.” [Nuh 71:04]

Ajal juga tidak boleh ditolak, ia tetap akan datang kepada semua yang hidup:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. [al-Nisaa’ 4:78]

Kini persoalannya, bagaimana mungkin Nabi Musa ‘alaihi salam menafikan ajalnya? Jawapannya adalah tidak, Nabi Musa tidak menafikan ajalnya kerana Malaikat Maut yang mendatanginya itu bukanlah untuk menarik nyawanya tetapi sekadar bertanya sama ada Nabi Musa mahu menerima kematian di saat itu.

Buktinya boleh dilihat daripada aduan Malaikat Maut kepada Allah ‘Azza wa Jalla apabila ia kembali kepada-Nya: “Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menghendaki kematian.” Aduan Malaikat Maut ini menunjukkan bahawa dia sendiri pada asalnya tidak diutus untuk menarik nyawa tetapi untuk bertanya sama ada Nabi Musa menghendaki kematian.

Lebih dari itu, seandainya benar Malaikat Maut diutuskan untuk menarik nyawa Nabi Musa ‘alaihi salam, ia akan melakukan tugas tersebut dalam keadaan dirinya yang asal tanpa menjelma dalam bentuk manusia. Kedua, ia akan melakukan tugas tersebut dengan cekap lagi sempurna, tanpa bertanya atau teragak-agak terlebih dahulu. Firman Allah:

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hamba-Nya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal, sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). [al-An‘aam 6:61]

Persoalan seterusnya, bagaimana mungkin Allah Ta‘ala memberi pilihan kepada Nabi Musa ‘alaihi salam dalam urusan ajal ? Jawapannya, pilihan tersebut adalah antara kurnia dan keutamaan yang Allah Tabaraka wa Ta‘ala berikan kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya, sepertimana firman-Nya:

Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi pengetahuan-Nya. [‘Ali Imran 3:73]

Keluasan limpah kurnia Allah tidak boleh diminta atau ditolak oleh sesiapa kerana ia adalah antara sifat Allah yang Maha Luas Limpah Kurnia-Nya, dan kepada siapa Allah memberikan kurnia tersebut juga tidak boleh dipersoalkan kerana ilmu kita tidak sedikitpun dapat menjangkaui ilmu Allah yang Maha Tinggi.

Keistimewaan dan kemuliaan Nabi Musa ‘alaihi salam tidak perlu dipersangsikan lagi, kepada beliau Allah kurniakan pelbagai mukjizat, dari yang kecil seperti tangan yang bercahaya sehinggalah yang besar seperti membelah Laut Merah. Lebih dari itu kepada Nabi Musa sahajalah Allah berkata-kata secara terus tanpa perantaraan. Dengan pelbagai kelebihan yang Allah kurniakan kepada Nabi Musa ini, tidaklah asing jika Allah memberi pilihan kepada dia tentang ajalnya. Kerana itulah Imam Muslim rahimahullah, apabila beliau menyusun hadis ini di dalam kitab Sahihnya, beliau meletakkannnya di bawah judul “Keutamaan (fada‘il) Nabi Musa ‘alahi salam.”

_________________
saya petik dari sahih muslim bi syarh an-nawawi (صحيح مسلم بشرح النووي)

قال المازري : وقد أنكر بعض الملاحدة هذا الحديث , وأنكر تصوره , قالوا كيف يجوز على موسى فقء عين ملك الموت ؟ قال : وأجاب العلماء عن هذا بأجوبة : أحدها أنه لا يمتنع أن يكون موسى صلى الله عليه وسلم قد أذن الله تعالى له في هذه اللطمة , ويكون ذلك امتحانا للملطوم , والله سبحانه وتعالى يفعل في خلقه ما شاء , ويمتحنهم بما أراد . والثاني أن هذا على المجاز , والمراد أن موسى ناظره وحاجه فغلبه بالحجة , ويقال : فقأ فلان عين فلان إذا غالبه بالحجة , ويقال : عورت الشيء إذا أدخلت فيه نقصا قال : وفي هذا ضعف لقوله صلى الله عليه وسلم : " فرد الله عينه " فإن قيل : أراد رد حجته كان بعيدا . والثالث أن موسى صلى الله عليه وسلم لم يعلم أنه ملك من عند الله , وظن أنه رجل قصده يريد نفسه , فدافعه عنها , فأدت المدافعة إلى فقء عينه , لا أنه قصدها بالفقء , وتؤيده رواية ( صكه ) , وهذا جواب الإمام أبي بكر بن خزيمة وغيره من المتقدمين , واختاره المازري والقاضي عياض , قالوا : وليس في الحديث تصريح بأنه تعمد فقء عينه , فإن قيل : فقد اعترف موسى حين جاءه ثانيا بأنه ملك الموت , فالجواب أنه أتاه في المرة الثانية بعلامة علم بها أنه ملك الموت , فاستسلم بخلاف المرة الأولى . والله أعلم .

Berkenaan dgn hadith itu, al-maziri memberi komentar: “Sbhgn kaum atheis mengingkari hadith itu seraya berkata,"bagaimana mungkin Nabi Musa A.S diperbolehkan menjolok mata malaikat maut?“ Al-Maziri menyertakan bbrp jawapan para ulamak mengenainya:

1.Tidak menutup kemungkinan bahawa Nabi Musa A.S telah mendapat izin dari Allah utk memukul mata malaikat itu sehingga ini merupakan ujian bagi yg tertonjok (malaikat). Allah S.W.T berbuat apa sahaja yg sesuai dgn dikehendakiNya, juga dia berhak menguji siapa sahaja yg diingininya.

2. Hadith itu mesti difahami secara majaz di mana maksudnya adalah bahawa Nabi Musa A.S memenangi perdebatannya dgn malaikat. Di dlm pepatah arab, disebut قفا فلان عين فلان إذا غالبه بلحجة – fulan telah memukul mata di fulan, ertinya orang itu telah mengalahkan si fulan dgn berhujjah. Al-Maziri memberi sedikit komentar mengenai hal ini, “Di dlmnya mengandungi kelemahan kerana terdapat perkataan, ’...Maka Allah S.W.T mengembalikan matanya.’ Sehingga apabila dikatakan spt di atas, sukar utk diterima

3. boleh terjadi pada awalnya Nabi Musa A.S tidak mengetahui jika yg datang kpdnya adalah malaikat yg diutuskan Allah S.W.T adalah seorang manusia yg akan membunuhnya sehingga terjadi perkelahian antara keduanya yg mengakiatkan malaikat menjadi buta. Jadi, Nabi Musa A.S tidak sengaja memukul matanya. Ini adalah jawapan imam abu bakr bin khuzaimah dan para ulama terdahulu. Jawapan ini juga dipilih oleh al-maziri dan al-qadhi iyadh.
===============
Pendapat kontra:

Syaikh Muhammad Al-Ghazali dlm buku sunnah an-nabawiyyah baina ahl fiqh wa ahl hadith, menyangkal pendapat al-maziri yg mengatakan bahawa mereka yg mengingkari hadith ini dianggap sbg atheis. pada pandangannya, hadith ini matannya rosak.

Wallahu taala a'lam.

Jan 21, 2009

Siapa Sebenarnya Ahlil Kitab

Salam,

Seperti yg ana fahami, ahli kitab bermaksud golongan yang diberikan kitab, iaitu Yahudi dan Nasrani (Kristian). Di dalam AQ juga sering mention tentang mereka. Bahkan, mereka ini mandapat keistimewaan berbanding kaum musyrik yg lain dlm beberapa hukum hakam seperti sembelihan dan perkahwinan.

Persoalannya,
1. Adakah ahli kitab ini bermaksud mereka yang berpegang kepada ajaran asal nabi isa dan musa?

2. Wujudkah ahli kitab yg 'ori' pada zaman rasulullah?
Ada yang megatakan Waraqah bin Naufal merupaka seorang yang berpegang kepada ajaran asal nabi isa. sedangkan ada cerita (tidak pasti kesahihan) mengatakan dia adalah seorang penterjemah injil dari hebrew (atau greek-tidak pasti) kepada arab. maka, kitab injil version apakah yg diterjemah sedangkan kitab injil dibukukan oleh Paul dan telah mengalami beberapa perubahan/pencemaran pada kandungannya.

WA

************************
thtl
Founder

Wassalamualakum

al-Jawab:

1. Takrifan Ahlil kitab

Ahlil Kitab adalah istilah AQ. Takrifannya ialah kaum yang beragama berdasarkan salah satu kitab Samawi dan beriman dengan salah seorang di antara para Nabi-nabi AS. yang dimaksukan secara terperinci ialah golongan Yahudi yang beriman dgn Musa AS (Moses) dan menerima kitab Taurah (Torah) dan golongan Kristian yan menerima kitab Injil (Bible) dan beriman dengan Isa AS (Jesus). (Prof Dr Nasih Ulwan, Hurriyatul I'tiqod fii syari'atial Islamiah, Cairo: darusSalam, 1985)

Kata al-Qardhawi, istilah 'ahlil kitab' bukanlah brmaksud keimanan, tapi indikasi mereka adalah umat yang menganut agama samawi (semitic religion) dan mereka memiliki keistimewaan dalam syari'at Islam berbanding umat yang lain. ( al-Qardhawi, Mauqiful Islam al-'Aqdi min kufril Yahudi wan nasaara, cairo: maktabah wahbah, 2000)

Maka bila disebut ahlil kitab, ada di kalangan mereka yang mukmin dan di kalangan mereka yg kufur. Tapi ahlil kitab merangkumi keseluruhan mereka. Dalilnya:
AQT 3. 70. "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya)."

2. Ahlil kitab yang ori memang ada di zaman RasuluLlah saw, cthnya waraqah. Maksud ahlil kitab yang ori ialah:

3. 113. Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (sembahyang)

3. 199. Dan sesungguhnya diantara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit.

Itulah maksudh ahlil kitab yang ori, yakni mereka sentiasa menunggu-nunggu ketibaan Nabi akhir zaman walaupun mereka membaca kitab Injil dan Torah yang sudah diselewengkan, tapi dasar2 keimanan mereka masih murni.

Kesimpulan al-Qardhawi ialah, ahlil kitab ni istilah itu masih berdiri dan hukum2 hakam seputar ahlil kitab masih belum dimansuhkan. sekian WA

Surah Al Furqan Ayat 63

Salam

saya ada sedikit kemuykilan.minta panel al-ahkam boleh beri sedikit penjelasan..

di dalam surah al furqan ayat 63(sifat2 ibadurrahman) Allah ada menjelaskan berkenaan apabila org jahil menyapa dgn sapaan yg kurang beradab ataupun biadab hendaklah kita jawab atau kita balas dgn perkataan yang baik(selamat).

setelah meneliti beberapa kitab tafsir saya mendapati apabila sesiapa sahaja yg bersikap buruk terhadap kita(memaki,mengutuk,mengeluarkan perkaatn yg telalu biadab dll) hendaklah kita membalas dgn perkara yg baik dan bukannya membalas balik dgn kata2 yg tidak elok biarpun apa sahaja yg diucapkan kpd kita kerana org yg bersabar pasti menang.

timbul persoalan disini , ada org berkata nabi s.a.w pernah berkata kpd abu lahab,abu jahal dgn perkataan semoga Allah melaknat kamu.ini berlaku kerana mereka mengeluarkan kata kesat kpd nabi dan nabi membalas dgn kata kesat juga.tetapi dlm banyak kisah nabi , nabi tdk pernah membalas kejahatan dgn kejahatan sebaliknya nabi membalas dgn kebaikkan.saya mohon pihak al ahkam sudi memberi sedikit penjelasan terhadap hal ini.saya akhiri dgn ucapan ucapan jazakkallahu khairan katsira..

************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصجبه ومن والاه أما بعد

Rasulullah SAW pernah berdoa dengan menyebut perkataan laknat terhadap beberapa individu kafir tertentu, tetapi perbuatan baginda ditegur oleh Allah Taala.

Daripada Ibn Umar, katanya: Dia mendengar Rasulullah SAW apabila bangkit daripada rukuk pada rakaat terakhir solat Fajar, baginda menyebut: Ya Allah, laknatlah si polan, si polan dan si polan. Iaitu selepas membaca (samiallahu liman hamidah, Rabbana Lakal Hamd). Lalu turun ayat: (yang bermaksud): "Tiada sedikitpun campur tangan kamu dalam urusan mereka, atau Allah menerima taubat mereka, atau ALlah mengazab mereka". (Ali Imran 128).
HR: Bukhari (no: 3842).

Di dalam hadis lain, baginda berdoa pada hari peperangan Uhud: Ya ALlah, laknatilah Abu Sufian, laknatilah al-Harith bin Hisyam, dan laknatilah Safwan bin Umayyah. Lalu turun ayat Quran tersebut.
HR Tirmizi (no: 3004).

Maka difahami bahawa menyebut perkataan LAKNAT terhadap individu tertentu secara khusus adalah dilarang. Manakala menyebut kepada kuffar secara umum, dibolehkan tanpa khilaf.

rujukan:
-Tafsir Tabari 2/114
-Tafsir Ibn Kathir 2/115, dan 1/473

Takhrij Hadis Khutbah Rasulullah SAW

Dari Salman Al-Farisi r.a. berkata, “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya : Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa di siang harinya, menjadikan solat Tarawih sebagai sunat di malamnya. Sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan dirinya kepada Allah) dengan mengerjakan salah satu amalan kebaikan yang fardhu maka Allah menggandakan pahalanya sebanyak 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan amalan sunat maka pahalanya seperti mengerjakan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Ramadan adalah bulan sabar, sedang balasan bagi sabar adalah Syurga. Ramadan adalah bulan muwasaah, bulan yang di dalamnya ditambah rezeki bagi orang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang berbuka puasa, maka amalan itu merupakan pengampunan bagi dosa-dosanya, menyelamatkan dirinya dari api neraka dan baginya sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu. Para Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami mampu untuk memberi orang untuk berbuka puasa”. Rasulullah saw menjawab, “Allah memberi pahala tersebut (walaupun) kepada seseorang yang memberi buka puasa kepada seseorang yang berpuasa (walaupun) dengan sebiji buah kurma, secawan air kosong atau seteguk susu. Sesungguhnya Ramadan adalah bulan dimana awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka. Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadan 4 perkara. Dua perkara darinya menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu. Dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya. Dua perkara yang menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu ialah kamu (mengucapkan) mempersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu meminta keampunan dariNya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya iala kamu memohon Syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan dari Neraka” (hadis riwayat Ibnu Khazimah).

**********
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW

Lafaz hadis tersebut:

عن سلمان قال : خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في آخر يوم من شعبان فقال : « أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر مبارك ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، وقيام ليله تطوعا ، من تقرب فيه بخصلة من الخير ، كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، وهو شهر الصبر ، والصبر ثوابه الجنة ، وشهر المواساة ، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن ، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار ، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء » ، قالوا : ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم ، فقال : « يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة ، أو شربة ماء ، أو مذقة لبن ، وهو شهر أوله رحمة ، وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار ، من خفف عن مملوكه غفر الله له ، وأعتقه من النار ، واستكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بهما ربكم ، وخصلتين لا غنى بكم عنهما ، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا إله إلا الله ، وتستغفرونه ، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما : فتسألون الله الجنة ، وتعوذون به من النار »

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam sahihnya, tetapi dengan katanya: "Jika sahih hadis ini".

Status hadis: Kata Albani: "Mungkar". Kerana terdapat perawinya 'Ali bin Zaid adalah Dhaif.

Kata Ibn Khuzaimah mengenai 'Ali bin Zaid ini:

" لا أحتج به لسوء حفظه "

"Aku tidak berhujjah dengannya kerana buruk ingatannya'.

Rujukan:
- Sahih Ibn Khuzaimah: 3/191
- Silsilah Dhaifah: 2/263

Wallahu a3lam

Surah Ali Imran Ayat 286

Salam (soalan/situasi panjang sikit Yellow Confused )

Quote:
2: 286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

1) Saya pernah disoal oleh seorg kapey psl ayat ke-286 surah Al-Baqarah. Kenapakah di dlmnya ada do'a minta supaya Allah tidak membebankan kita dan kenapa Dia nak bebankan org terdahulu, sedangkan kita tahu bhw Dia tidak membebani hambanya. Saya pikir2 & terasa nak jwb terus soalan dia iaitu, ''ayat tu kata jgn bebani kami dgn beban yg berat, maksudnya beban tetap ada, cuma Allah Mengetahui apa kadar beban sesuai utk kita!''~ betul ke cara saya tu?.
Tp sbb sy tak layak langsung nak menafsir, kena postpone jwb dia dulu. Minta tetuan terangkan dari sudut Asbabunnuzul & Objektif ayat nih:-

2) Setahu saya nak mentafsir AQ x boleh dgn sesuka hati/akal kerana terdapat byk rukun2 atau pre-requisite ilmunya. Tapi katakan saya diajukan soalan oleh org kapey ttg maksud sesuatu ayat yg mudah/direct, sedangkan saya tau jwpnnya mengikut pertimbangan akal saya, adakah saya masih perlu menangguh jwpn kpd soalan mereka? Tidakkah apabila byk soalan yg diajukan, setiap kali itu sy kena tangguh (sbb nak cari rujukan dahulu & sbb saya x qualified nak tafsir on the spot) akan menunjukkan saya org Islam yg lemah/dungu??

Wassalam

***********
thtl
Maqam 7

Wassalam

al_Jawab:

1) Ayat-ayat AQ ni ada dua jenis, ayat muhkam dan mutasyabihat. Ayat muhkam adalah ayat yang jelas dan mampu difahami oleh akal yang sihat. Sebab tu ramai non-muslim convert bila mereka membaca AQ kerana mereka bertemu dgn ayat-ayat yg jelas dan terang. Ayat mutasyabihat adalah ayat yang tak jelas maksudnya dan ia memerlukan anda pause dan bertanya ahli tafsir atau membuka kitab tafsir.
Ayat yg anda quote di atas adalah ayat muhkam..kerana ia ayat do'a meminta diringankan beban atau KPI atau workload perjuangan dan kehidupan berbanding dengan umat yang terdahulu. Takkanlah orang kapey tak tahu maksud bebanan kerana setiap manusia pasti ada bebanan, diri, keluarga, syarikat, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Ayat2 muhkam anda boleh jelaskan secara terus. Pastikan anda memiliki naskhah terjemahan Dr Muhsin Khan atau Yusof Ali kerana mereka ada footnote utk menjelaskan kalimah2 al-Qur:an spt beban. apa maksud beban.

2) Jika anda tahu pembahagian yang mana ayat muhkam dan mutasyabihat, maka anda boleh terus jawab sahaja menggunakan akal anda bila mereka bertanyakan ayat2 yg muhkam.
Cth ayat muhkam:

"Tidak Aku jadikan Jinn (genie) dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku" AQT adZariyat: 56

ini ayat yg jelas.

Cth lain: " hai orang-orang beriman Kami jadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan beretnik-etnik agar kamu saling kenal mengenali) alHujurat: 13

ia juga ayat yg jelas dan telus. Ini tak payah pause.

Tapi bila depa tanya pasa Harut dan Marut, pasal Gog dan Magog, maka kenalah buka tafsir dulu...sekian

Surah Al Mujadilah Ayat 58

Assalamualaikum warahmatullah ,

Apakah yang dimaksudkan dalam ayat berikut dengan "mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai "

اتَّخَذْواْ أَيْمَـنَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ اللَّهِ فَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Jazakallahu Khairan Katheera

*************
thtl
Maqam 7

Wassalam

al-Jawab:

Surah 58 al-Mujadilah ni diturunkan selepas surah al-Munafiquun. Ia adalah surah Madaniyyah dan isu yg disentuh pada ayat 14 ke atas ialah isu kaum Munafiqin Madinah pimpinan Abdullah bin Ubay bin Salul. Jadi ayat 16 tu kena dimulakan dari ayat 14 lagi, baru kita tahu cerita. Dan kalau boleh disambung dari surah al-Munafiqun.

Salah satu ciri utama kaum munafiqin dalam ayat 14 ialah mereka menjadikan sumpah sebagai penguat pembohongan mereka. Manakala ayat 16 ialah sumpah dijadikan perisai. Istilah penggunaan sumpah yg berleluasa ni dinamakan al-ghamus. Kaum munafik bersumpah dgn teman setia mereka, kaum Yahudi dan Nasrani Madinah, kemudian mereka juga menggunakan sumpah untuk memperdayakan kaum muslimin. Jadi sumpah adalah senjata mereka. Tafsir Ibn Kathir.

Pengajarannya: Kita kena elakkan budaya ghamus, bersumpah kerana nak tegakkan dusta dan bersumpah sebagai perisai yakni melindungi segala kejahatan kita kerana ini adalah sifat kaum munafik dan dalam ayat2 tsb Allah mengancam dgn siksaan. Ini kerana sumpah bukan benda ringan dan boleh buat main-main. Orang yg main-main dgn sumpah utk menutup kebatilan ialah kaum munafik. sekian

Maksud Al-Bayan

Assalamualaikum wbt. Mengapakah di dalam ayat kelima surah Ar-Rahman diterjemahkan al-bayan sebagai berkata-kata/berbicara sedangkan jika dilihat di dalam kamus bermaksud penjelasan, penerangan? Mohon berkongsi ilmu.

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Ayat-ayat Quran mestilah difahami sebagaimana para salaf memahaminya, iaitu dgn merujuk kpd tafsiran mereka yg muktabar. Kaedah usul tafsir menyebut: 'tafsiran para salaf mestilah dihukum dengannya bukan dihukum ke atasnya'.

2- Berkaitan tafsiran 'al-Bayan', pendapat masyhur ialah sebagaimana yang anda sebutkan iaitu: pertuturan/percakapan. Ia bertepatan dengan makna al-Bayan dalam ilmu bahasa Arab.

-Al-Jauhari berkata: Al-Bayan: kefasihan
-Al-Jarjani berkata: Al-Bayan ialah: seseorang yang bertutur menyerlahkan kehendaknya kepada pendengar.

Oleh itu, tafsiran salaf bertepatan dengan bahasa Arab.

3- Ada juga tafsiran lain, antaranya: bayan ialah: halal dan haram. Jadi maksud 'Allamahul Bayan' ialah mengajarkannya halal dan haram. Tetapi yg ditarjihkan oleh Ibn Kathir ialah: pertuturan. Manakala Tabari pula mentarjihkan makna yg lebih umum, iaitu: Bayan ialah segala yg diperlukan oleh insan dalam kehidupan dunia dan agamanya, seperti halal dan haram, kehidupan, pertuturan dan lain-lain.

Rujukan:
-Tafsir Tabari 22/8
-Tafsir Ibn Kathir 7/489
-Al-Sihah oleh Jauhari 5/1682
-Al-Ta'rifaat m/s 38

**********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Tak perasan Ustaz Umair dah jawab soalan ini. Razz Saya tambah sikit sahaja. Merujuk kepada surah al-Rahman (terjemahan Bahasa Melayu, Kerajaan Arab Saudi) :-

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
"Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. " [Surah al-Rahman : 4]

Menurut Ibn Kathir rh, maksud ayat tersebut adalah : "Hasan berkata : Ia adalah sebaik-baik perkataan. Ia merujuk kepada Allah swt (al-Rahman) mengajar al-Quran, iaitu mengajar hamba-hambanya bagaimana membaca dan menjadikan mudah untuk mereka bertutur dan menyebut huruf-huruf dari pelbagai tempat dibahagian mulut, seperti dihalkum, lidah dan bibir." [Tafsir al-Quran al-Azhim, 4/327].

Maksud BAYAN menurut Ibn Kathir didalam konteks ayat ini secara umum adalah Allah swt mengajar manusia "kepandaian berbicara", yakni kepandaian membaca dan menyebut ayat-ayat al-Quran dengan cara yang betul. WA.

Sekian, wassalam

Hadis Berkaitan Bangsa Parsi

Ada penceramah membaca Hadis dibawah di kuliah di surau kg saya.

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1476

Quote:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4618

Apa keistimewaan Bangsa Parsi ni selain dahulu melahirkan ramai ulama?
Disebut sendiri oleh Rasulullah?

*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :-

لو كان الدين عند الثريا لذهب به رجل من فارس أو قال من أبناء فارس حتى يتناوله
"Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya" [Hadith Riwayat Muslim]

Hadith ini sebenarnya merujuk kepada kelebihan yang ada pada sahabat Nabi saw; Salman al-Farisi ra. Beliau merupakan anak orang kaya yang mempunyai latar belakang Majusi dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Melalui agama Kristian beliau telah mengambara ke Syria, Mosul, Nasibin dan 'Ammuriyah mendalami agama dari tokoh-tokoh Kristian

Daripada tokoh-tokoh Kristian ini, Salman mengenali ciri-ciri Nabi akhir zaman, Muhammad saw. Dari Syria beliau telah pergi ke Wadi al-Qura untuk bertemu Nabi saw, akan tetapi didalam perjalanan tersebut beliau telah ditipu oleh Badwi Kalbi, yang akhirnya beliau dijual kepada Yahudi. Kemudian beliau telah memeluk agama Islam dan dibebaskan oleh Nabi saw daripada penghambaan.

Hadith ini dikelasifikan oleh Imam Muslim didalam katetgori kelebihan para sahabat. Ulama' mengatakan ia menggambarkan seorang pemuda yang begitu tekun mengembara mencari ilmu dan kebenaran. Kegigihan ini juga telah digambarkan didalam sebuah hadith lain yang laporkan oleh Ibn 'Abbas, riwayat Ahmad didalam al-Musnad (5/441) dimana ulama' mengatakan sanadnya sahih.
----------

Walaubagaimanapun. ada puak yang cuba mengambil hadith ini didalam menjustifikasikan apa yang berlaku di Iran, dengan merujuk kepada pemuda Parsi. Hadith diatas ini ditujukan kepada manusia mulia yang bergelar sahabat Nabi saw, dan bukan manusia biasa masa kini. Hadith ini mengabadikan kelebihan sahabat Nabi saw yang bernama Salman, yang berbangsa Parsi.

Agak ironik sekali puak-puak yang mencaci Abu Hurairah ra., tiba-tiba bila bertemu hadith ini, terus menggunakannya bagi kepentingan puak-puak mereka. WA.

Sekian, wassalam.

Hadis Allah Melihat Hati Kamu

Salam

setahu saya ada satu hadis yg matannya "Allah tidak melihat kepada wajah dan harta kamu semua, tetapi Allah melihat kepada hati2 kamu dan dan amalan2 kamu"

mintak tlong bagi syrah bagi hadis ini kerana ada pihak yang cuba mengekploitasikan hadis ini untuk tjuan peribadi..sekian. Wassalam

**************
thtl
Maqam 7

Wassalam

al-Jawab:

Matn asalnya dalam sahih Muslim (# 4651) dari Abu Hurayra ra:

إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم . ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم

Kata al-Qurthubi:

Ini ada sebuah hadith yg agung yang membawa maksud tidak boleh terburu-buru dalam menilai baik/buruk seseorang dengan hanya melihat amalan zahirnya. Ini kerana hanya Allah SWT saja yang tahu akan isi hatinya.

Maka tidak boleh keterlaluan menyanjung seseorang kerana ketekunannya melakukan pelbagai amal soleh, begitu juga tidak boleh menghina seseorang kerana melakukan perbuatan yg buruk. Ini kerana hatinya kita belum tahu. Demikian ulas al-Qurthubi dalam tafsirnya.

Hadith ni memang benar telah dimanipulasi oleh golongan tertentu untuk melanggar hukum Islam, contohnya, mereka enggan menutup aurat lalu menggunakan hadith ini, bahawa iman itu dihati, bukan luaran (menutup aurat). Belum tentu orang yang menutup aurat itu baik hatinya.

Kalau kita ikut panduan Imam al-Qurthubi, kita tidak mencela golongan yang berkata demikian kerana kemungkinan mereka masih belum jelas akan isu aurat dan kewajiban menutupnya.

sekian

Hadis Berkenaan Lukisan/Ukiran

Salam

Setelah membaca fatwa Syeikh Al-Qaradhawi, barulah saya paham status lukisan/ukiran/karikatur/etc di sisi syara'. Cuma saya perlukan maklumat tambahan berkenaan bbrp hadith/athar lain barangkali byk tetapi tidak dinyatakannya.

i) Ada ustaz beraliran tradisional ni sebut satu hadith psl Aisyah buat jahitan pada sarung bantal (kalu x silap) bergambar burung. Lalu Nabi saw menyuruhnya membaringkan bantal tsb n tidak meletakkannya tegak. Rasanya hadith ni Dha'if, kan? Minta verifikasi tetuan

ii) Apa-apa athar para sahabat & tabi'in yg mengHARUSkan lukisan di zaman mereka itu, kalau ada? Apa contoh2 lukisan tsb, if any?

syukran
Salam

***************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya (11:14):
Telah berkata Aisyah r.a:

كَانَ لَنَا سِتْرٌ فِيهِ تِمْثَالُ طَائِرٍ وَكَانَ الدَّاخِلُ إِذَا دَخَلَ اسْتَقْبَلَهُ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَوِّلِي هَذَا فَإِنِّي كُلَّمَا دَخَلْتُ فَرَأَيْتُهُ ذَكَرْتُ الدُّنْيَا

"Kami pernah mempunyai tirai yang terdapat lukisan burung. Dan jika seseorang masuk (ke dalam rumah kami) dia akan menghadapnya. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadaku: alihkan ini kerana setiap kali aku masuk aku melihatnya aku akan mengingati dunia."

2. al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr as-Siddiq salah seorang Tujuh Fuqaha di Madinah antara mereka yang membenarkan gambar pada kain.

Dalil mereka dari Abu Talhah r.a:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ
قَالَ بُسْرٌ فَمَرِضَ زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ فَعُدْنَاهُ فَإِذَا نَحْنُ فِي بَيْتِهِ بِسِتْرٍ فِيهِ تَصَاوِيرُ فَقُلْتُ لِعُبَيْدِ اللَّهِ الْخَوْلَانِيِّ أَلَمْ يُحَدِّثْنَا فِي التَّصَاوِيرِ قَالَ إِنَّهُ قَالَ إِلَّا رَقْمًا فِي ثَوْبٍ أَلَمْ تَسْمَعْهُ قُلْتُ لَا قَالَ بَلَى قَدْ ذَكَرَ ذَلِكَ

"Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat gambar. Kata Busr: Kemudian Zaid bin Khalid telah jatuh sakit, maka kami pergi melawatinya, kami dapati tirai bergambar di rumahnya, maka aku bertanya 'Ubaidullah al-Khaulani: Tidakkah dia menceritakan perihal gambar-gambar? Kata: Dia telah berkata: Kecuali lukisan pada kain, tidakkah kamu mendengarnya? Aku berkata: Tidak. Kata: Bahkan beliau telah menyebut demikian." (H.R Bukhari & Muslim)

Rujukan:
-Syarah Muslim oleh Imam Nawawi: 7/205
- Fathul Bari: 17/63
- al-Islam wa al-Fan oleh Qardhawi: m/s: 92

Wallahu a3lam

Mematahkan Salib Membunuh Babi

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Demi Dia yang menggenggam diriku, sesungguhnya bahawa putra Maryam (Isa a.s) akan turun di antara kalian (orang-orang Muslim). Ia akan menjadi hakim yang adil bagi manusia dengan berdasarkan AL-Quran dan akan mematahkan salib serta membunuh babi; ia akan menghapuskan juzyah (pajak yang diambil dari non-Muslim yang berada di dalam perlindungan pemerintahan Muslim) akan mendatangkan kemakmuran sedemikian rupa sehingga tidak akan ada orang yang mahu menerima sedekah."
(Riwayat Imam Bukhari)

Minta Panelis jika boleh syarahkan sedikit agar lebih jelas tentang hadis ini, ana pernah dengar yg:

maksud mematahkan salib itu bukanlah nabi Isa pergi ke setiap gereja dan memusnahkannya, tetapi ialah gereja2 akan kosong (maknanya tiada org yg akan menganut agama lain kecuali Islam)

maksud membunuh babi pula ialah tiada lagi org yg akan memakannya walau untuk apa tujuan sekalipun.

Kalu tak silap ana ada tgk vcd debat ant mantan kristen dan mantan muslim tak lama dulu,

Wallahu'alam,

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mematahkan Salib:
Maksudnya: Nabi Isa a.s. benar-benar akan mematahkan salib, dan menghapuskan amalan Kristian yang memuliakan salib. Ertinya: baginda akan membatalkan agama kristian. (Syarah Sahih Muslim 2/190, Fathul Bari 6/491)

Benar apa yg anda sebut, pada zaman itu gereja akan menjadi kosong kerana masing2 berbondong-bondong akan masuk Islam. Tetapi, menakwilkan makna tersirat dengan menafikan makna tersurat adalah satu bentuk takalluf. Maka nas hadis hendaklah difahami secara zahir disamping makna simbolik daripadanya. (melenyapkan agama kristian).

membunuh babi:
Zahir daripada nas ini ialah menghapuskan babi-babi, kerana pada zaman itu tiada lagi org yang akan memakannya, kerana semua menganut Islam.

Kata Ibn Hajar: Maksudnya: memerintahkan dilenyapkan babi-babi, sebagai menyerlahkan ia haram dimakan. Ia juga membawa erti celaan kepada kristian yg mendakwa pengikut Nabi Isa kemudian mereka menghalalkan makan babi dan menyukainya. (Fathul Bari 4/414).

Apa yg anda sebut iaitu iaitu takwilan hadis itu ialah sekadar menunjukkan tiada org makan babi, dengan tidak menyebut peranan Nabi Isa dalam menghapuskannya adalah jauh daripada makna sebenar hadis. Wallahu A'lam.

Menghapuskan jizyah:
Ada beberapa tafsiran ulama,
1) Kerajaan dan umat Islam ketika itu tidak memerlukan lagi jizyah, kerana kekayaan melimpah ruah.
2) Tiada lagi pilihan bagi mereka untuk membayar jizyah. Samada mereka memeluk Islam ataupun mereka akan diperangi. Inilah yg dipilih oleh Imam Nawawi. (Syarah Sahih Muslim 2/190).

rujukan;
-Fathul Bari
-Syarah Sahih Muslim Nawawi

Permainan Nardasyir

Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya r.a., katanya Nabi SAW bersabda : "Siapa yang bermain permainan Nardasyir (sejenis catur), maka seolah-olah dia melumuri tangannya dengan daging dan darah babi."
(riwayat Imam Muslim)

Adakah mutlak diharamkan catur atau chess?

mohon pencerahan,

JKK..

****************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Oleh kerana hadis itu berkaitan dengan NARDASYIR/NARD, dan soalan pula ialah hukum main CATUR, maka kami akan sebut kedua2nya secara ringkas. Kerana Nard dan Catur/Chess ialah dua permainan berbeza.

Kalau catur merupakan permaianan yg bergantung kepada kebijakan dan kecerdikan, Nard pula sebaliknya. Ia bergantung kepada menyerah nasib, dan tawakal semata2, sepertimana permainan buah dadu.

Mungkin ramai tak kenal permainan ini, kerana ia lebih masyhur di negara2 arab dan timur tengah. lihat gambarnya:
http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%B7%D8%A7%D9%88%D9%84%D8%A9

HUKUM CATUR:
Tiada nas daripada hadis Nabi SAW yg sahih tentang larangan bermain catur.

-Kata Ibn Qayyim: Hadis-hadis tentang mainan catur samada harus atau haram semuanya adalah DUSTA terhadap Rasulullah SAW. Yg sabit cuma larangan daripada sahabat. al-Manar al-Munif m/s 134

-Kata al-Munziri: Ada beberapa hadis tentang permainan catur, tiada satupun yg aku tahu sanadnya sahih atau hasan. Al-Targhib Wal-Tarhib 3/181.

Oleh itu, kami lebih cenderung kepada pandangan yg mengatakan catur adalah HARUS/MAKRUH, cuma menjadi HARAM dengan sebab-sebab luaran, seperti:
-ada perjudian/pertaruhan
-menyebabkan lalai daripada kewajipan solat dan lain2
-permainan yg diiringi dengan maksiat spt kata2 mencarut, mengeji dll.
-membawa kepada permusuhan/ perbalahan.

HUKUM AL-NARDASYIR/AL-NARD:
oleh kerana hadis larangan permainan ini adalah SAHIH (Muslim) lagi JELAS, maka hukumnya pun adalah jelas iaitu HARAM.
Dan inilah yg dipegang oleh kebanyakan ulama (keempat2 mazhab). Hatta mazhab Syafie (yg mengharuskan catur) pun mengHARAMkan permaianan Nard ini.
-al-Hawi al-Kabir 17/187
-Syarh Kabir Ibn Qudamah 12/44

Wallahu A'lam.

Albani vs Muslim

Hadis : Nabi SAW bersabda : ''Allah SWT berfirman bahwa 'Aku akan menjadi musuh dari tiga kelompok orang :

1). Orang yang bersumpah dengan nama Allah namun ia merusaknya,
2). orang yang menjual seseorang sebagai budak dan memakan harganya,
3). Dan orang yang mempekerjakan seorang pekerja dan mendapat secara penuh kerja darinya (sang pekerja -pent) tetapi ia tidak membayar gajinya

(HR. Bukhori no. 2114 -versi bahasa arab, atau lihat juga versi bahasa inggris 3430 hal. 236).
Al-Albani menyatakan bahwa hadis ini dhoif dalam 'Dhoif Al-Jami' wa Ziyadatuhu', 4111 no. 4054'. Sedikitnya apakah ia tidak mengetahui bahwa hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Bukhori dari Abu Hurairah ra.

Hadis : 'Kepercayaan paling besar dalam pandangan Allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang tidak mengumumkan rahasia antara dirinya dan istrinya'

(HR. Muslim no. 124 dan 1437).
Al-Albani menyatakan bahwa hadisini 'Dhoif' dalam 'Dhoif Al-Jami' wa Ziyadatuhu, 2192 no. 1986'. Sekalipun hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, dan Abu Dawud.

ape komen ahli panel??ini risalah email yg saya dapat..

************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

HADIS PERTAMA:
Penilaian Albani terhadap hadis ini pun berbeza-beza dalam kitab2nya.
-Dalam Irwa' al-Ghalil (1489) beliau berkata: "Hasan atau hampir kepadanya".
-Dalam kebanyakan kitabnya menDHOIFkan hadis ini seperti Dhaif Ibn Majah (no: 482), Dhaif Jamik (no: 2575).

Kenapa Beliau Mendhoifkannya?
Kerana bersandarkan kepada sanad Bukhari itu sendiri yg terdapat di dalamnya perawi bernama YAHYA BIN SULAIM. Diperselisihkan kedudukannya dalam periwayatan. Sebilangan salaf menDHOIFkannya.

Jawapan:
1) Secara umum, kitab Sahih Bukhari telah diterima oleh umat sebagai kitab sahih. Dan seluruh muslimin telah ijmak menerima kitab ini sebagai kitab sahih.

2) Perbuatan Imam Bukhari memasukkan hadis ini dengan sanad ini dalam kitab Sahihnya menunjukkan beliau menerima periwayatan Yahya Bin Sulaim.

3) Sesetengah muhadditheen (spt: Nasaie, al-Sajiy) menDHOIFkan Yahya secara taqyid, bukan mutlaq. iaitu apabila dia meriwayatkan daripada Ubaidullah Bin Umar al-Umari. Sedangkan hadis Bukhari ini, bukan daripada riwayat Ubaidullah itu.

......................................
HADIS KEDUA:
Beliau mendhoifkan hadis ini dalam beberapa karangan beliau seperti: Irwa' Ghalil 7/74, katanya: riwayat Muslim dan lain-lain, dan terdapat kecacatan padanya (ma'lul). Begitu juga dalam Adab Zifaf m/s 70.

Kenapa beliau mendhoifkannya?
Bersandarkan kepada sanad Muslim itu sendiri, iaitu terdapat perawi bernama Umar bin Hamzah al-Umary.
Dalam Taqrib: dhaif.
Dalam Lisanul Mizan: Dinilai Dhoif oleh Yahya bin Maien dan Nasaie.
kata Imam Ahmad: Hadis2nya munkar.

Kata Albani: Sehingga sekarang aku tidak mendapati suatu yg boleh menguatkan (menaik taraf) status hadis ini.

rujuk: Adab Zifaf oleh Albani m/s 70.

Jawapan:
1) Secara am, seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim adalah kitab Sahih yg diterima oleh seluruh org Islam spnjang zaman.

2) Dalam ghunyatul Muhtaj (Khatm Sahih Muslim) oleh Sakhawi, beliau menukilkan Muslim berkata: "Aku memasukkan dalam kitabku ini (Sahih), apa yg mereka IJMAK ke atasnya".

3) Berkenaan perawi yg dikatakan dhoif, sebenarnya ada perselisiahan padanya. Perbuatan Muslim memasukkan hadis ini dalam Sahihnya menunjukkan beliau menerima periwayatan beliau.

Wallahu A'lam.

Keperluan Hafal Quran

Salam

i) Benarkah anggapan umum bhw hati seseorang itu MESTI bersih kalau hendak berusaha menghafal Qur'an cover-to-cover? Sebab jadi satu mcm alasan oleh mereka yg sengaja x nak hafal/baca lebih byk ayat2 AQ. Sedangkan para orientalis atau yahudi yg berhati 'kotor' tu pun ramai yg tahfiz AQ...

ii) Betulkah pelajar tahfiz kena jaga dietary regime diorg, dan juga tidak boleh/digalakkan tengok TV? Sbb sy pernah encounter bbrp org budak tahfiz di sebuah restoran selamba je diorang bedal apa2 makanan, siap tengok astro pulak tu..

jkk

Salam

*******************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

i- Dimaklumi daripada nas dan realiti bahawa antara faktor melemahkan hafalan ialah banyak melakukan maksiat.

-Firman Allah Taala:

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ لَعنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً

ertinya: Kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. (Al-Maidah: 18).

-Imam Malik apabila melihat kecerdikan dan hafalan luar biasa anak muridnya Imam Syafie, beliau berpesan: "Aku melihat Allah telah mencampakkan nur (cahaya) dalam hati kamu, maka janganlah memadamnya dengan maksiat".

-Imam Syafie pernah berkata (syair):
Aku mengadu kepada Waqie (gurunya) tentang buruk hafalanku,
Lalu beliau menyuruhku meninggalkan maksiat,
katanya, ilmu itu adalah cahaya,
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada org bermaksiat.

Oleh kerana al-Quran adalah ibu segala ilmu, dan cahaya kepada segala cahaya, maka untuk menghafalnya amatlah memerlukan sekeping hati yg tidak tercemar dengan kekotoran.

ii- Tidak ada masalah bagi seorang muslim, samada hafiz atau bukan hafiz untuk melakukan apa2 aktiviti atau makan apa2 makanan selagi ia adalah HALAL. Yang tidak bolehnya ialah yg haram.

-contoh: tengok tv tak kiralah astro atau tidak, bergnatung kepada rancangan, kalau rancangan halal, maka halal menonton, kalau rancangan haram, maka haram menonton. Pun begitu, jangan sampai melalaikan daripada kewajipan dan mengulangi al-Quran.

Syeikh Uthaimin menyebut antara faktor menyebabkan lupa ilmu ialah:

1) maksiat
2) tidak menjaga apa yg dihafal (kalau quran, tidak mengulang)
3) banyak kesibukan
4) tidak beramal dengan ilmunya

http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=112037

Takhrih Hadis Ramadhan

Salam

berikut merupakan beberapa hadith yg saya temukan tanpa disertakan status hadith2nya. kebetulan saya terbaca dan ada permintaan utk dicarikan takhrij hadith2 tersebut. harap panel2 AAN dapat membantu. jazakumullahu khairan katsira..

~~~~~~~~~~begin~~~~~~~~~~~
fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

*Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

*Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

*Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

*Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.

*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.

*Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

~~~~~~~~~end~~~~~~~~~~
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

Quote:
*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

Asal hadis yg menyebut tentang Pintu Rayyan dalam syurga diriwayatkan oleh;
Bukhhari dan Muslim.

Tambahan yg anda sebutkan diriwayatkan oleh Nasai (no: 2236).
Dan diriwayatkan dengan lafaz yang sedikit berbeza oleh: Tirmizi (no: 765), dan Ibn Majah (no: 1640).
Kata Tirmizi: Hadis ini HASAN, SAHIH, GHARIB.
Dan dinilai SAHIH juga oleh Ibn khuzaimah (no: 1902).

Quote:
Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

'Puasa merupakan Perisai'
HR Bukhari (no: 1805) dan Muslim (no: 163).

“Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan'

HR Ahmad (no: 16278), Nasai (no: 2231), Ibn Majah (no: 1639).
Dinilai SAHIH oleh Ibn khuzaimah dalam Sahihnya (no: 1891), Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 3649).
kata Syuaib Arnauth dalam tahqiq Ibn Hibban 8/409: Sanadnya SAHIH, di atas syarat Muslim.

Tetapi kami tidak menemui tambahan "selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”

Quote:
Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

HR Ibn Majah (no: 1753) daripada Abdullah bin Amru bin Al-'As, al-Hakim dalam Mustadrak (no: 1535)
Dinilai DHAIF oleh Albani dalam Irwa' 4/41.

Quote:
Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Dinilai oleh Albani sebagai: SANGAT DHAIF. Sililah Dhaifah 8/286

Quote:
Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.

Hadis Umamah diriwayatkan oleh Tabarani dalam Mukjam Kabir (8/284) tanpa perkataan 'setiap malam'.

Dimasukkan oleh Suyuti dalam al-Laali al-Masnu'ah (Himpunan hadis Palsu) 2/86, katanya: "Kata Baihaqi: hadis ini GHARIB, pada periwayatan perawi senior daripada perawi junior, iaitu riwayat A'masy daripada Husain bin Waqid".

Dan daripada Abu Hurairah (tanpa perkataan 'ketika berbuka'), riwayat Tirmizi (no: 682), Ibn Majah (no: 1642).

Dan juga riwayat Ibn khuzaimah (no: 1883), Baihaqi (no: 8284), al-Hakim (no: 1532) tanpa perkataan 'setiap malam ketika berbuka'.

Quote:
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.

HR Ibn Majah (no: 1745).
dinilai DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 3811).

Diriwayatkan juga daripada hadis Sahl bin Saad -tanpa perkataan "Puasa merupakan separuh kesabaran"- HR Tabarani dalam Mukjam Kabir 6/193). Kata al-Haitami dalam Majma' Zawaid 3/421: "di dalamnya ada perawi bernama Hammad bin al-Walid, seorang DHAIF".

Quote:
Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

HR Ahmad (no: 27061), Tirmizi (no: 785), Nasai dalam Sunan Kubro (no: 3267), Baihaqi (no: 8296).
Kata Tirmizi: Ini hadis hasan SAHIH.

Balasan Buruk Meninggalkan Solat

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zuhur:
Rezekinya tidak diberkati..

Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:
Tidak dihormati oleh anak-anaknya.

Isya':
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..


P/S: Minta tolong nilaikan. Kalau boleh sertakan beberapa balasan bagi mereka yang meninggalkan solat dari hadith-hadith sahih. Terima kasih.

***************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة واالسلام على رسول الله وبعد

Berikut adalah jawapan daripada Markaz Fatwa di bawah kelolaan Dr Abdullah Faqeh

Selepas kajian yang lama terhadap sumber-sumber hadis, kami tidak menjumpai asal bagi hadis tersebut. Memadai untuk menakutkan orang daripada meninggalkan sembahyang dengan firman Allah dalam al-Quran:
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً.


ertinya: Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Maryam: 59).


فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ

ertinya: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Al-Ma'un: 4-5).

sabda Nabi SAW;

من ترك صلاة العصر فقد حبط عمله

ertinya: Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya. HR Bukhari (no: 528).

rujukan:
http://www.islamweb.net.qa/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=33458&Option=FatwaId

wallahu a'lam

Adakah Ini Khutbah Nabi

Salam

Kepada ahli panel ahkam yang dihormati, boleh kah antum mentakhrij "khutbah" nabi ini?

Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi makanan kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)

Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”

(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)

P/s: Maaf, tiada dalam teks arab, tetapi "khutbah" ini agak popular di laman-laman blog.

Jazakumullah khair

shah2873
Adelaide

******************
Abu_Umair


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

Setakat ini kami tidak menemui khutbah Nabi dengan lafaz-lafaz tersebut. Cuma, ada satu hadis yang hampir iaitu daripada Salman al-Farisi yang menyebut bahawa Nabi SAW berkhutbah pada hari terakhir bulan Syaaban (sebelum masuk Ramadhan), yang terkandung di dalamnya beberapa fadhilat berkaitan dengan Ramadhan, puasa, dan amal ibadah pada bulan ini.

hadis khutbah tersebut diriwayatkan dalam Sahih Ibn Khuzaimah (no: 1887). Tetapi beliau tidak menjazamkan kesahihan hadis itu, malahan membuat tajuk 'Bab: Fadhilat-fadhilat Bulan Ramadhan, sekiranya hadis ini sahih'.
Kata Ibn Hajar: Status hadis ini berlegar sekitar perawi bernama Ali bin Zaid bin Jad'an, DHAIF. Dan perawi Yusuf bin Ziyad pula SANGAT DHAIF.
Dalam Silisilah Dhaifah, Albani mengatakan: MUNKAR. (no: 871).

Sebahagian daripada isi kandungan khutbah tersebut sama dengan khutbah yang anda bawa dalam soalan, seperti:

Quote:

Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.

Kami mengesyaki -Wallahu A'lam- khutbah yang dibawa itu adalah campur aduk antara beberapa hadis, kerana di dalamnya terdapat beberapa perkara yang sahih, yang munkar dan yang diperselisihkan kesahihannya.

antara yang sahih ialah:
Quote:

“Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma.

diriwayatkan -dengan lafaz 'separuh biji kurma'- oleh Imam bukhari (no: 1351), Muslim (no: 1016).

wallahu a'lam

Koleksi Hadis

Assalamualaikum,
Ni 1st post aku dlm ahkam. Br ptg tadi dpt jd member.
Kepada sesiapa yang arif, ada tak koleksi hadis2 sahih, dhoif dan palsu dibukukan dan diindex supaya senang dirujuk? Dan apabila seseornag quote hadis tu mestilah disertakan dengan index no dia mcm AlQuran jugak.

*************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

ahlan, welcome, selamat datang ke alAhkam, dunia fiqh cyber anda.

Kami juga merasa senang kerana anda memilih bidang hadith kerana ini suatu cabang ilmu Islam yang hebat dan menjadi teras kepada ilmu2 Islam yang lain, terutamanya akidah dan fiqh.

Mengenai pengumpulan dan pengkodan hadith sudah disempurnakan, malah sudah ada edisi DVD (syamila) ada search engine di internet (kementerian waqaf KSA, Dorar.net. MSA, dan portal hadith al-ahkam pun ada)

Kitab sahih alJami' alBukhari pun di susun dgn sistematik oleh Imam Bukhari sendiri, disempurnakan pengkodan dan indeksnya oleh Imam Ibn Hajar. Disempurnakan lagi oleh Syaikh Fu'ad abdul Baqi dan Syaikh Muhsin Khan. Kemudian ada ringkasannya oleh al-Zubaidi dan al-Albani.

Himpunan hadith sahih juga diusahakan oleh al-Albani, silsilah al-Sahihah
kumpulan hadith dha'if dan palsu juga di susun oleh alAlbani, silsilah al-Dha'ifah....search engine al-albani pun ada kat internet. pendek kata persoalan penkodan dan pengindeksian hadith ni dah pun lengkap.

sekian

Hadis 40 Hari Sekali Makan Daging

salam kpd semua.

benarkah hadis ini.
iaitu nabi melarang umatnya makan daging dalam masa 40 hari. i mean dalam masa 40 hari,hanya sekali sahaja makan daging. maaf krn x dapat menyatakan matannya. yg bercakap ttg hadis ini pun seorg ustaz juga.
mohon pencerahan.

**************
thtl

salam kembali kpd anda,

Hadith 40 hari ni tak ada dalam penelitian saya, yg paling hampir ialah matannya spt di bawah:

و إياكم و لحومها ، فإن لحومها داء

terjemahnya: Dari Ibn Mas'ood ra, " ...jauhilah daging lembu kerana sesungguhnya ia mendatangkan penyakit." [dikeluarkan oleh al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami', # 4061, Mulla ali al-Qari alHind, Syarh Musnad Imam Abu Hanifah]

Fiqh alHadith (pengajaran hadith):

Maksud hadith itu ialah jangan kerap makan daging lembu (red meat), bukan tak bagi makan langsung. Ini kerana Nabi saw menganjurkan korban haiwan dan baginda menyebut haiwan lembu boleh dijadikan haiwan korban. Ini bermakna boleh menyembelih lembu dan makan dagingnya, tapi bukan sekerap makan ikan dan ayam.
Makan daging lembu tidak boleh kerap dan jumlah yg banyak kerana terbukti dari sains nutritional (pemakanan), bahawa daging lembu membawa mudharat kepada kesihatan manusia.

Tapi tidaklah terperinci baginda menjelaskan cara nak makan daging, misalnya 40 hari sekali. Nabi saw dgn mukjizat yg beliau miliki telah mengetahui bahaya daging lembu mendahului pakar-pakar sains pemakanan. SubhanaLLah. sekian

Lupus Keratan Quran Lama Dengan Shradder

Salam

Merujuk kepada Soal Jawab SU-00022 Al-Quran dan Keratan Al-Quran Yang Lama (http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10424&highlight=bakar&sid=30484d029abd807ffb00395e9fafc3ec), bagaimana pendapat Tuan mengenai penggunaan paper shredder pada zaman moden ini? Adakah boleh dinisbahkan pada perbuatan membakar ayat suci Al-Quran? Kerana nampak ianya lebih mudah dan bersih.

Terima kasih!

**************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Fiqh Islami itu sentiasa berubah dgn berubahnya zaman.
Pada hari ini pembakaran terbuka sudah diharamkan kerana ia memudaratkan alam sekitar, maka sudah tentu penciptaan (paper) shredder machine adalah yang terbaik kerana kertas itu dapat dikitar semula (re-cycle) memandangkan kita sedang menghadapi krisis alam sekitar dan sumber alam yg semakin berkurangan.

Rumusan:

Kaedah pembakaran sudah diharamkan, maka kaedah terbaik ialah penggunaan paper shredder kerana ia tidak mencemarkan alam sekitar, mengurangkan bahaya kebakaran bangunan, dan kertas dapat dikitar semula.
Paper shredder akan menghilangkan rupa asal isi kandungannya. sekian

Hadis Email Layang Ramadhan

mintaak maaf salah dan silap
malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat

**************
thtl

Dah lama kita perhatikan ia beredar di kalangan umat Islam bila tiba bulan Ramadhan sejak dua tiga tahun ni.

Kita tidak dapat mengesan akan keujudan hadith ini dalam kitab2 yg membicarakan bab Puasa. Antara adab umat Islam bila tibanya bulan Ramadhan ialah mereka saling mengucap tahniah dan kegembiraan sesama mereka. Kemungkinan ia surat layang yang direka oleh puak zindik utk menakutkan umat Islam bila tibanya Ramadhan.

Hadis Kurma Dan Kismis

Salam

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

adakah hadis2 di atas shahih??

Wassalam

**********
Abu_Umair

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

berikut adalah sedikit takhrij ringkas hadis2 di atas. Diharap dapat ditambah dan disempurnakan oleh panel2 lain.

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Terdapat hadis yg lafaznya ialah: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan".
HR Muslim (no: 2046).

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Hadis ini tidak kedapatan dalam kitab2 hadis utama. Dihukum PALSU oleh;
-Ibn Jauzi dalam Maudhuaat 3/27
-Ibn Qayyim dalam al-Manar al-Munif m/s 25
-Albani dalam Silsilah Dhaifah 1/407
rujuk juga:
-Kasyful Khafa' m/s 134
-Talkhis Maudhuaat al-Zahabiy m/s 256

Quote:
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Saya keliru dengan gelaran ABU ABDILLAH, siapakah beliau?
Sebahagian hadis ini iaitu lafaz: "Tamar Ajwah adalah antara buahan syurga". HR Ahmad (no: 22938), dan kata al-Haitami dalam Majmak 5/143: "Perawi2nya adalah perawi2 sahih". Kata Albani dalam Silsilah sahihah 2/545: "Sandanya semua perawi2 thiqah dan perawi 6 kitab sunan, cuma terdapat satu kecacatan yg sangat halus".

Diriwayatkan juga oleh Nasai dalam Sunan Kubro (no: 6718), dengan lafaz: "ajwah daripada syurga, dan ia ubat racun".

Quote:
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Hadis di atas KECUALI LAFAZ: "Dan tidak diganggu setan", adalah hadis sahih riwayat Bukhari (no: 5130) dan Muslim (no: 2047).

Quote:
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Setakat ini, kami tidak menemui lafaz ini drpd Jaafar. Cuma ada beberapa athar yg hampir memberi makna yg sama, antaranya;
hadis ibn Abbas "Makanlah tamar di atas air liur, sesungguhnya ia membunuh cacing".
Dihukum PALSU, lihat:
-Al-Maudhuaat 3/25
-Talkhis Maudhuaat m/s 256
-Silsilah dhaifah 1/403

dan athar Ali r.a. katanya: "Sesiapa makan setiap hari 7 tamar Ajwah, ia akan membunuh segala penyakit dalam perutnya".
Disebut di dalam Kanzul Ummal 10/86, katanya: Ada perawi majhul dan perawi matruk.

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Quote:
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Hadis Ali r.a. ini, tiada disebut dalam kitab2 hadis utama. Disebut dalam Kanzul Ummal 10/86, dan katanya: Ia riwayat Abu Nuaim, ada perawi matruk dan majhul.
Di dalam Kasyful Khafa' 2/116: "Tanda2 kepalsuan hadis ini jelas zahir, maka hendaklah dirujuk balik".

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Takhrij hadis ini SAMA seperti hadis Ali di atas. Kerana ia sebahagian daripada hadis tersebut yg panjang.

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Ada satu hadis yg hampir sama makna dengan hadis di atas, iaitu: "Sesiapa minum madu tiga kali setiap bulan, di tidak akan ditimpa dengan bala2 yg besar".
Diriwayatkan dalam Mukjam Ausath (no: 408), dan kata Ibn Jauzi dalam al-Maudhuaat 3/215: "Hadis ini tidak sahih". Begitu juga dihukum DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (2/183).

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

madu sebagai ubat, disebut dalam Quran (Al-Nahl ayat 69) dan sabit dalam beberapa hadis sahih, termasuk hadis Bukhari dan Muslim (kisah seorg yg kena cirit birit).
Cuma, kelihatan dalam lafaz hadis di atas beberapa ciri kepalsuan seperti didoakan oleh 70 Nabi. Wallahu A'lam.

Kerana ia hampir sama dengan satu hadis PALSU lain, iaitu: "Kamu hendaklah memakan adas, kerana ia diberkati, boleh melembutkan hati, dan didoakan keberkatan oleh 70 Nabi".
lihat: al-Maudhuaat 2/294, Al-Laali Suyuti 2/179.

(hadis dengan lafaz dalam soalan di atas, sangat masyhur di kalangan syiah dan banyak disebut dalam buku2 dan laman web mereka. Kerana dikatakan ia riwayat Ali r.a., ataupun ia adalah kata2 Ali).

Last edited by Abu_Umair on Sep 12, 2007 - 03:14 AM; edited 1 time in total

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Hadis ini tidak kedapatan dalam kitab2 hadis utama.
Di dalam Kasyful Khafa' 2/319, disebut hadis ini daripada Aisyah r.a., diriwayatkan oleh Dailami.

Quote:
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

hadis ini juga tiada dalam kitab2 hadis utama.
Di dalam kitab Jamik imam suyuty (no: 45523), beliau membawa hadis ni, katanya: riwayat Dailami.

Status Hadis Separuh Kecantikan Yusuf

Salam

Saya bertemu hadith ini dalam buku "kisah shahih Teladan Para Nabi" oleh Syaikh Salim Ied Al-Hilali.

Sabda Rasulullah saw: "Kemudian aku berjalan melewati Yusuf dan ternyata dia telah diberi setengah dari ketampanan."

Dari buku itu dikatakan bahawa Yusuf mempunyai ketampanan setengah dari ketampanan Adam.

Saya cuba mencari kesahihan hadith ini tapi belum berjumpa. Mungkin panel ahkam boleh menolong saya.

Terima Kasih.

************
Abu_Umair

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

Hadis yg menyebut Nabi Yusuf diberikan separuh kecantikan adalah sahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya.
rujuk: Sahih Muslim, Kitabul Iman, Bab: Israk. m/s 1/145 no: 162

lafaznya:

فإذا هو قد أعطي شطر الحسن
ertinya: "Tiba2 didapati bahawa beliau (Yusuf) dikurniakan separuh kecantikan".

cuma ada dua penafsiran yg masyhur:
i- diberikan separuh kecantikan seluruh manusia. yakni: Yusuf lebih cantik daripada semua manusia hatta lebih cantik daripada Nabi Muhammad SAW. inilah yg difahami dari zahir hadis Muslim itu. dan disokong oleh riwayat Tabarani, sabdanya: "Tiba2 aku bertemu dengan seorang lelaki (Yusuf) yang paling cantik diciptakan oleh Allah".

ii- diberikan separuh kecantikan Nabi Muhammad SAW. yakni: Nabi kita lebih cantik daripada Nabi Yusuf a.s.
Tafsiran ini disokong oleh dua perkara:

1- Hadis Nabi:
"Tuhan tidak mengutuskan seorang Nabi pun, melainkan wajahnya tampan, suaranya sedap. Dan Nabi kamu adalah yang paling tampan wajahnya dan paling merdu suaranya". Tirmizi dalam Syamail.

2- Kaedah dalam usul:
'Orang yang bercakap tidak termasuk dalam umum pertuturannya'. Yakni: Apabila Nabi berkata Yusuf diberikan separuh kecantikan manusia, ia tidak merangkum Nabi SAW yg menuturkannya.

wallahu A'lam.

Hadis Berjabat Tangan

Assalamualaikum kepada panel al-ahkam,

"Benar, dia ada komen tentang Hadis berjabat tangan (musalsal bil musofahah), tetapi hadis itu ada dua jenis. Ada hadis musalsal bil musofahah anasiyah dan ada hadis musalsal bil musofahah mu'ammariyah.

Adapun musalsal bil musofahah (berjabat tangan) anasiyah, maka hadisnya sahih. Tiada lagi persoalan tentangnya kerana diriwayatkan daripada orang-orang yang dipercayai"

quotation diatas daripada Ustaz Mukhlis

soalannya
1) bolehkan dengan jasa baik pihak Tuan untuk memberikan komen para ulama hadis yang muktabar berkenaan kedua2 hadis diatas?

2) bolehkah beramal dan menyebarkar hadis ini?
_________________
Abu_Umair

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

Yang dimaksudkan oleh muhadditheen dengan hadis musalsal bil musofahah al-Anasiyyah iaitu hadis yg diriwayatkan secara musalsal, iaitu setiap perawi bersalaman dengan gurunya sehingga kepada Anas bin Malik, dan Anas berkata:

ما مسست حريرا ولا ديباجا ألين من كف النبي صلى الله عليه وسلم ولا شممت ريحا قط أو عرفا قط أطيب من ريح أو عرف النبي صلى الله عليه وسلم

maksudnya: Aku tidak pernah menyentuh sutera dan pakaian sutera yg lebih lembut daripada tapak tangan Nabi saw. dan aku tidak pernah mencium bau yg lebih harum daripada bau Nabi SAW.

-Matan hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya 3368, tetapi tiada musalsal.
-Manakala musalsal secara bersalaman dalam hadis ini pula, banyak jalan dan riwayat yg berbeza2. tetapi kebanyakannya adalah lemah sebagaimana dinukilkan oleh al-Ayyubi dalam kitabnya: Al-Manahil Al-Silsilah (42).

Tetapi, musalsal bil musofahah dalam hadis ini pula, TIADA MENYEBUT TENTANG MASUK SYURGA. Cuma, perawi2 bersalaman antara murid dan guru sehingga akhir sanad. Itu sahaja.

Manakala Musalsal bil Musafahah al-Muammariyyah pula, selain daripada PALSU, terdapat kejanggalan dan keganjilan pada matannya, iaitu berkaitan dengan MASUK SYURGA.

Quote:

2) bolehkah beramal dan menyebarkar hadis ini?


Hadis yg disebutkan diatas (hadis Anas) diriwayatkan oleh Bukhari, maka ia SAHIH. Maka setiap muslim digalakkan menyebarkan apa2 jua yg sahih daripada Nabi SAW. Cuma, riwayat secara musalsal, ia tidak memberi apa2 kesan jika anda mahu mengambilnya secara musalsal. Faedahnya: cuma mahu mentatbiqkan (praktik) salah satu jenis dalam ulum al-hadeeth.

wallahu a'lam.


rujuk:
al-Mabahith fil Hadith al-Musalsal 4/21

Hadis Bersembang Waktu Azan

Imam Malik bin Anas meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwata’ hadith daripada Tha’labah bin Abi Malik al-Qurazi :


أنهم كانوا في زمان عمر بن الخطاب يُصَلُّون يوم الجمعة حتى يخرج عمر ، فإذا خرج عمر وجلس على المنبر وأذن المؤذنون قال ثعلبة جلسنا نتحدث . فإذا سكت المؤذنون وقام عمر يخطب أنصتنا فلم يتكلم منا أحد

Maksudnya lebih kurang: “Adalah mereka di zaman Omar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah ‘Omar masuk ke dalam masjid, apabila ‘Omar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Tha’labah : “Kamipun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu ‘Omar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kamipun diam dan tidak ada seorangpun daripada kami yang berbicara.” (Muwata’ Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307)
thtl
Maqam 7
Maqam 7


Joined: Aug 22, 2001
Posts: 12112
Location: KL/WP/Mal

Post Posted: Aug 29, 2007 - 02:47 PM Reply with quote Back to top
alJawab:

Apa yang dipaparkan itu bukanlah hadith Nabi saw, tapi sunnah khulafa' arrasyidin atau perilaku yang berlaku di zaman Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua Islam, ia juga dinamakan atsar.

Imam al-Zurqani (w. 1122H) adalah pensyarah kitab al-Muwatta' karya Imam Darul Hijrah, Imam Malik bin Anas, sebanyak 4 jilid dan atsar itu dimuatkan di bawah bab perihal Hukum bercakap-cakap ketika Khutbah. Jika khatib yakni Umar sudah berdiri di atas mimbar utk berkhutbah, maka amalan para sidang Juma'at ketika itu ialah mereka tidak lagi bercakap-cakap. Inilah budaya yang diamalkan mereka sejak zaman Nabawi lagi. Bila Nabi berdiri utk berkhutbah, maka ketika itu haramlah bersembang.

Atsar ini menguatkan dalil-dalil hadith yg banyak perihal terlarangnya kita bersembang ketika khatib berkhutbah. manakala sebelum dan selepas khutbah boleh berbual. (Fiqh Sunnah, 2/274) sekian

_________________
[img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:ecf040282f]
View user's profile Send private message Visit poster's website
kamin
Panel Feqh
Panel Feqh


Joined: Sep 11, 2001
Posts: 2423
Location: HeiTech Village, Subang Jaya, Selangor

Post Posted: Aug 29, 2007 - 03:24 PM Reply with quote Back to top
wa'alaikumussalam

Tambahan sedkit

Dikeluarkan oleh Imam Malik didalam Muwata' 1/103 (Kitab Jumaat), al-Syafie didalam Musnadnya (#409, 1/139), al-Baihaqi didalam Sunan (3/192), dimana pada sisi al-Syafie kalimah Muazzin ditukar menjadi Muazzinuun dan Imam al-Nawawi mengatakan athar ini sahih didalam al-Majmu', 4/550.

Sekian, wassalam

Adakah Hadis Ini Palsu?

Salam

adakah " hubbul watan minal iman" adalah hadis palsu. Sbb ade yg kate palsu. so nak mintak tahqiq dr ahli pnel sekalian

klu dpt disenaraikan hadis2 palsu spy tdk mudah kite mempercayai ape yg org lain ckp terutama bg org yg cetek ilmu agama hendak kembali kpd islam tulen.

- syukran di atas semue jawapan2 atas semue tanda-tanya / permasalahan sy . Moga Allah swt membalas kebaikan yg setimpal kpd semue mod 2 .

************
izrail

Bismillah
Wassolatu wassalam a'la Rasulillah SAW,

Hadis: حب الوطن من الإيمان

" Cinta kepada watan adalah sebahagian dari Iman"

- Imam Sakhawi dan Imam Sayuti mengatakan mereka tidak menjumpai hadis ini.

- As-Saghani dan Syeikh Albani dll meletakkan hadis ini sebagai hadis palsu.

Imam Sakhawi berkata: Makna hadis ini adalah betul. Tetapi pendapat ini telah dibantah oleh al-Qari dan al-Albani. Kerana cinta kepada watan bukanlah ciri-ciri iman, cuma yang boleh dikatakan ialah iman tidak menentang kecintaan terhadap watan.

Himpunan hadis-hadis palsu telah dikumpul oleh ramai ulama antaranya Ibn Jauzi, Sayuti, Syawkani, Albani dll. Mungkin juga terdapat buku himpunan hadis-hadis palsu dalam Bahasa Melayu di pasaran sekarang.

Contohnya di sini terdapat himpunan hadis-hadis dhaif dan palsu:
http://www.blogger.com/feeds/24964809/posts/default

Rujukan:
- al-Maqasid al-Hasanah oleh Sakhawi: m/s: 100
- ad-Durar al-Muntathirah oleh Sayuti: m/s: 9
- Kasyfu al-Khafa' oleh Ajluni: 1/345
- Silsilah Dhaifah wal Maudhu'ah oleh Albani: 1/110

Wallahu a3lam

Hadis Potong Kuku

Salam

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "barang siapa yg mengerat kukunya pada: hari sabtu nescaya keluar dari dlm tubuhnya ubta dan masuk kepadanya penyakit.hari ahad nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.....hari jumaat keluar doss-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk rahmat ALLAH.."

saya nak bertnya ttg status hadis ini??dan adakah sunnah yang sabit jika kita memotong kuku pada hari jumaat akan mendapat rahmat??

Wassalam

***********
kamin

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah,

Tidak ada hadith sahih yang menceritakan mengenai kelebihan dan kesialan memotong kuku pada malam-malan tertentu. Kenyataan diatas itu tidak boleh ditsabitkan dengan Nabi saw. Begitu juga terdapat hadith yang bertaraf Dhaif Jiddan yang mengarahkan agar kuku-kuku tersebut ditanam.

Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah, atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim. Anas meriwayatkan bahawa :

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim #258].

Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.

Secara khususnya, memang tidak ada hadith khas berkenaan dengan memotong kuku pada hari Jumaat. Secara umumnya, amalan memotong kuku ini termasuklah amalan membersihkan diri bagi persediaan solat Jumaat. Umat Islam dituntut agar membersihkan diri pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Sabda Nabi saw :-

من غسل يوم الجمعة واغتسل وبكَّر وابتكر ومشى ولم يركب ، ودنا من الإمام فاستمع ولم يَلْغُ ، كان له بكل خطوة عمل سنة أجر صيامها وقيامها
"Barangsispa yang membuat isterinya mandi dan dia pun mandi (kerana bersetubuh) pada hari Jumaat dan keluar rumah awal, berjalan kaki dan bukan menunggang, dan berada dekat dengan Imam dan mendengar (khutbah) tanpa gangguan, akan mendapat setiap langkah dia ambil menyerupai berpuasa dan bersolat malam bagi satu tahun" [hadith Riwayat Tirmudzi].

al-Hafiz Ibn Hajar rh menyatakan "bahawa apa yang kami paparkan semuanya menandakan bahawa dikifaratkan dosa dari satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang adalah tertaluk kepada kondisi2 seperti Mandi, membersih diri seseorang, memakai minyak wangi, memakai baju yang terbaik, berjalan secara tenang dan terhormat, tidak melangkah orang lain, tidak menolak diantara 2 orang, tidak menyakitkan hati orang lain, bersolat sunat, tekun mendengar (khutbah) dab mengelak dari cakap-cakap kosong"

Demikianlah kalau dilihat memotong kuku pada hari Jumaat didalam konteks pembersihan diri yang menjadi amalan orang Islam sebelum menghadirkan diri ke solat Jumaat. WA.

Sekian, wassalam

Hadis Payung Emas Di Syurga

Asalamualaikum!

Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?

***********
kamin

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan silek dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه‌
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-

ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb. WA.

Sekian, wassalam