Dec 18, 2008

Amalan Yang Benar Mengikut Sunnah

Assalamualaikum...

Yang mulia ustaz,

banyak sekali perkara-perkara yang terdapat di dalamnya pelbagai ikhtilaf @ perselisihan pendapat mengikut ulama' @ mazhab tertentu pada masa kini. Dari yang saya pelajari, bagi mengambil jalan yang paling selamat di dalam apa jua masalah yang ada ikhtilaf, ialah dengan kembali kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ini bermakna kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w tanpa mengikut mana-mana mazhab @ rakyu ulama' muktabar.

adakah di sana terdapat syarat-syarat @ peraturan yang perlu kita patuhi sebelum kita mengamalkan terus sunnah Rasulullah s.a.w.? - memang tak de halangan untuk mengamalkan sunnah Rasulullah, cuma kedapatan kita di hari ini yang begitu jauh dengan zaman Rasulullah yang mana sukar untuk mengenalpasti mana satukah ajaran sunnah Rasulullah yang sahih...

sekian, wassalam...

Wassalam

Jawab:

Ikhtilaf atau Perselisihan di kalangan fuqaha' dan madzhab telah berlaku sejak dulukala. Ada perselisihan dalam masalah usyul (dasar) dan ada perselisihan dalam masalah furu'iyah (rantingan).
Mungkin apa yg dapat saya fahami dari yg tersirat ialah anda ingin keluar dari perselisihan dalam masalah rantingan (furu'). Terbentang dihadapan kita ialah empat madzhab besar fiqih yg lengkap dan detail huraiannya. Madzhab Hanbali, Maliki dan Syafi'iy terkenal dgn madzhab ahli Hadis, manakala mazhab Hanafi terkenal dgn ahli rakyu. Dalam madzhab Hanbali ini ada suatu aliran yg dinamakan Salafiya yg mendakwa sebagai aliran ahli Hadis tulin.

Kebanyakan umat Islam sejak abad ke 4Hijriyah berada dalam salah satu madzhab besar fiqih tsb (Hanafi-Maliki-Syafi'iy-Hanbali) dan terdapat trend budaya toleran (fleksibility) antara madzhab2 tsb pada hari ini. Empat madzhab ini adalah muktabar (berotoritas dan sah) dan terbukti kitab2 induk mereka tidak keluar dari nas-nas alQur'an, asSunnah dan Ijma'. Dalam hal ini madzhab ahli rakyu dan ahli Hadis saling lengkap-melengkapi.

Jika anda ingin benar2 berhajat mencari penyelesaian pada isu2 yg diperselisihkan, maka ia dinamakan medan tarjih dan tahqeeq. Ia dinamakan juga fiqh almuqarran (kajian perbandingan), yakni secara umum bermaksud kajian komprehensif dan menyelami nas-nas secara teliti dan terperinci.

Apakah boleh kita membaca kitab2 Sunnan (sunnah) dan terus beramal dgnnya? Dalam hal ini ahli tahqeeq (penanalisis) berselisih. Ahli Hadis tulin berpendapat boleh jika dipastikan hadis2 itu sahih baik mutawatir atau hadis Ahad, boleh diamalkan terus tanpa ragu2, Antara yg berpendapat demikian ialah alMuhaddith Albani. Manakala ahli Fiqih tulin berpendapat tidak boleh diamalkan terus sebarang hadis tanpa dilihat dari sudut fiqihnya. Antara tokohnya ialah Dr Qardhawi dan Syaikh Muhamad alGhazali.
Syaikh alGhazali berkata," Tidak ada fiqih tanpa Hadis, dan tidak ada hadis tanpa Fiqih."

Oleh itu kami bersetuju dgn pendapat Syaikh Qardhawi dan alGhazali bahawa orang biasa tidak boleh terus beramal hanya dengan zahir Hadis walaupun sahih tanpa melihat dari aspek Fiqihnya terlebih dahulu, 'ala kulli hal...oleh kerana usia ilmu Islam telah begitu matang dan luas, maka hendaklah kita lengkapkan diri dalam perkara2 badihi (asasiah) terlebih dulu. WA

0 comments:

Post a Comment