Feb 7, 2009

Hadis Tukang Lawak, dan Saf Wanita

salam,

saya pernah terbaca satu hadis dalam satu artikel yang nyatakan, "lelaki yang berkata-kata untuk menyebabkan orang sekelilingnya gelak akan dilaknat Allah"..apakah status hadis ini?

soklan kedua,boleh terangkan hadis di bawah:

Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim).

saya tidak jelas tentang saf wanita,

harap sape2 dapat membantu

**********************
albaruhiyy
Panel Feqh

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله : أما بعد

1. Hadis tersebut berbunyi :

وعن بهز بن حكيم عن أبيه عن جده رضي الله عنهم قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ويل للذي يحدث بالحديث ليضحك به القوم فيكذب ويل له ويل له
رواه أبو داود والترمذي وحسنه والنسائي والبيهقي
Maksudnya : “Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.
Direkodkan oleh Abu Dawud, al-Tirmizi dan dihukumkan HASAN olehnya, serta direkodkan oleh a-Nasa’i dan al-Baihaqi.
(Rujuk al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-tarhib, hadis no 2994, jil 3/74)

2. Hadis yang disebutkan ialah hadis sahih, namun di sisi sebahagian ulama, ia ditanggungkan atas keadaan ketika mana tiada halangan/tabir antara saf lelaki dengan saf wanita.
Maka, sekiranya wanita itu terlindung atau terpisah dengan lelaki, maka sebaik-baik saf wanita tetap saf pertama dan seburuk-buruknya ialah saf paling akhir.

Justeru, mereka (wanita) juga perlu mengutamakan saf hadapan seperti lelaki kerana berdasarkan umum hadis berkenaan.
Wallahualam.

[Majmuk Fatawa Ibn Baz (25/145)]
(http://www.islamqa.com/ar/ref/118155)

0 comments:

Post a Comment