Dec 25, 2008

Jangan Halau Kanak-kanak Dalam Saf Solat

Saya ada mendengar DVD SS Dr. MAZA dimana beliau menegur mentaliti sesetengah "orang-orang tua" yang tidak membenarkan kanak-kanak berada di saf yang sama dengan mereka semasa solat jamaah. Beliau ada menyebut tentang adanya hadith Rasulullah s.a.w melarang mengeluarkan seseorang dari saf nya. Malangnya, beliau hanya menyebut hadith tersebut secara "sekali lalu" atau secara ringkas sahaja.

Minta bantuan agar diberikan matan hadith tersebut serta takreej/ tahqeeq/ syarah nya sekali.

Jazakallah.


wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sodbaro dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith Riwayat Abdullah bin Umar ra,, Nabi saw bersabda :-

لا يقيم الرجل الرجل من مجلسه ثم يجلس فيه
"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Hadith ini umum. Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh menggunakan hadith ini untuk menunjukkan larangan kepada mereka yang menyuruh kanak-kanak yang telah berada di saf hadapan berpindah ke saf dibelakang. Kata beliau :-

والأصح أنهم إذا تقدموا لا يجوز تأخيرهم ، فإذا سبقوا إلى الصف الأول أو إلى الصف الثاني فلا يقيمهم من جاء بعدهم ، لأنهم سبقوا إلى حق لم يسبق إليه غيرهم فلم يجز تأخيرهم لعموم الأحاديث في ذلك ، لأن في تأخيرهم تنفيراً لهم من الصلاة ، ومن المسابقة إليها فلا يليق ذلك
"Pandangan yang benar adalah jika mereka sampai lebih awal, tidak dibenarkan menyuruh mereka duduk jauh dibelakang. Jika mereka sampai di saf pertama atau kedua lebih awal, maka mereka yang datang kemudiannya tidak boleh menyuruh mereka duduk di belakang, kerana mereka sampai disitu lebih awal, maka menjadikan mereka lebih berhak dari mereka yang sampai kemudian. Maka tidak dibenarkan menyuruh mereka duduk dibelakang, kerana terdapat hadith umum berkenaan dengan hail ini. Kerana menyuruh mereka duduk dibelakang akan membantutkan semangat mereka dari datang ke masjid dan bersaing kearah itu, dan perbuatan ini tidak sesuai". [Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399]

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment