Jan 13, 2009

Hadis Mengenai Saput Muka

Salam

soalan masalah hadis lagi (saya bukan nak tanya sunnah ke tak kalau sapu muka)...

syeikh ibn utsaimin di dlm kitab mustolah al-hadis (mukas surat 15 cetakan dar ibn aljauzi) di bawah tajuk hadis hasan lighairihi memberi contoh hadis hasan lighirihi dengan hadis berikut:

"dari umar bin alkhattab ra berkata: nabi saw apabila menadah kedua tangannya dalam doa, tidaklah dia mengembalikan/menjatuhkan tangannya sehingga dia menyapu mukanya dengan tangannya" (dikeluarkan oleh tirimizi, ada syawahid dari sisi abu daud dan selainnya)

kata ibn utsaimin, hadis ini dhaif tetapi dinaiktaraf jadi hasan lighairihi.

soalan saya:

mengapa dalam majmuk fatawa ibn utsaimin, beliau kata:
"Apa yang saya berpendapat mengenai menyapu muka selepas do'a ialah ianya bukan sunnah. Sebagaimana yang masyhur, bahawa Nabi saw bersolat istisqa' (minta hujan) semasa khutbah Jumaat dan mengangkat kedua tangannya, akan tetapi tidak diriwayatkan pula menyapu muka bersama2 mereka. Begitu juga dengan beberapa hadith2 yang mengatakan bahawa Nabi mengangkat tangan, akan tetapi tiada dalil yang menunjukkan dia menyapu mukanya" - [Majmu' Fatawa Ibn Utsaimin 14/Soalan #781].

macam mana status hadis hasan lighairihi di atas, seolah2 fatwanya bercanggah dengan hadis yg dinilai hasan oleh dirinya sendiri.
adakah tidak boleh beramal dengan hadis hasan lighirihi?
-----

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Yang masyhur daripada pendapat Syeikh Uthaimin dalam masalah menyapu muka selepas doa ialah tidak masyruk, kerana beliau lebih cenderung kepada menilai hadisnya sebagai DHAIF. Dalam masa yang sama tidak boleh mengingkari orang yang melakukannya kerana ia masalah khilaf.

Pendapat beliau ini boleh dirujuk dalam banyak karangannya seperti:
- Majmuk Fatawa Wa Rasail
- Syarah Mumti'
- Silsilah Liqaa'at
- Fatawa Nur Ala Al-Darb

Manakala yang disebut dalam kitab Mustalah Hadis tersebut, beliau membawa satu hadis yang boleh dibuat contoh untuk hasan lighairih. Dan penilaian hadis itu sebagai Hasan Lighairih, beliau nukilkan daripada Ibn Hajar Al-Asqalani.

Katanya dalam kitab itu:

قال في "بلوغ المرام": وله شواهد عند أبي داود وغيره، ومجموعها يقضي بأنه حديث حسن.

Maksudnya: Kata (Ibn Hajar) dalam Bulugh Maram: Dan ia mempunyai syahid-syahid di sisi Abu Daud dan lain-lain, dan keseluruhannya menunjukkan ia hadis hasan.

Manakala penilaian beliau sendiri terhadap hadis itu adalah DHAIF sebagaimana jelas dalam kebanyakan kitab-kitab beliau.

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment