Dec 18, 2008

Terjemahan Ayat Quran Pada T-Shirt

Salam
Saya ingin bertanya. Bolehkah kita mencetak terjemahan ayat-ayat Al-Quran diatas T-Shirt di dalam bahasa melayu/english? Jazakillah..

Wassalam

Salam

Sepertimana kita tahu, hukum membaca al-Quran dan membaca terjemahnya adalah berlainan. Ia tidak boleh disamakan dan tidak mendapat ganjaran sepertimana didapati dgn membaca ayat al-Quran yg sebenarnya. Dalam kitab2 usul fiqh dibahaskan perkara ini dan dimasukkan dibawah subtopik 'kekhususan al-Quran'. Diterangkan di dalamnya mengenai ayat al-Quran yg tidak boleh sama sekali disamakan gn terjemahnya walaupun tepat terjemahannya. Atas alasan ini juga tidak boleh dibacakan terjemahan ayat al-Quran di dalam solat.

Oleh yg demikian, tidak sama hukumnya jika diletakkan ayat al-Quran yg asal dgn ayat terjemahan. Kita lihat dahulu hukum jika meletakkan ayat al-Quran. Fatwa al-Lajnah al-Daimah ketika ditanyakan mengenai hukum ayat al-Quran pada jam tangan menajawab bahawa perbuatan ini menyimpang dari kehendak sebenar iaitu mengambil manfaat dr al-Quran dan bukanlah hiasan semata2.

Jam tangan ini bolehlah diqiaskan kpd baju. Saya melihat tidaklah menjadi kesalahan jika meletakkan kalimah suci al-Quran pada pakaian krn Rasulullah saw juga memakai cincin yg terkandung nama Allah padanya.

Dalam sebuah riwayat yang bersumber dan Anas bin Malik r.a. dikemukakan: “Ukiran yang tertera di cincin Rasulullah saw. adalah ‘Muhammad ‘ satu baris, ‘Rasul ‘ satu baris, dan ‘Allah’ satu baris”.4).

Ttp hendaklah dijaga daripada ia dibawa ke tpt yg tidak sepatutnya seperti bilik air sptmana Rasulullah saw mencabut cincinnya.

Anas r.a. mengungkapkan: “Sesungguhnya apabila Nabi saw. masuk ke jamban, maka ia lepaskan cincinnya”

Adapun mengenai terjemahan ayat al-Quran, saya berpendapat tidak boleh diqiaskan hukum di atas dgn terjemahan krn ayat al-Quran itu sendiri tidak sama dgn terjemahan sptmana dijelaskan di atas. Oleh yg demikian, tidaklah mengapa utk mencetak terjemahan ayat al-Quran pada baju selagi tidak terkandung nama Allah padanya. Apa2pun saya meyarankan agar dielakkan berbuat demikian. WA.

Wassalam

Jawapan Ust G di luluskan dgn Tambahan

a. Apakah perbuatan mencetak terjemahan AQ pada T-Shirt ini ada contoh sebelumnya? Jawapanya tidak ada. Berdasarkan kaedah: 'asal setiap sesuatu adalah mubah kecuali ada nas yg mencegahnya. Dalam hal ini tidak ada nas yg mencegahnya.

b. Apakah ada manfa'at dari perbuatan ini?

c. Apakah kemungkinan ada mafsadat (keburukan) dari perbuatan mencetak T-shirt dgn terjemahan AQ?

d. Apakah ada kemungkinan memakai T-Shirt yg bertulis ini menyerupai penganut agama lain?

Buat masa ini kami tidak ada jawapan pada persoalan2 itu. Maka hukum yg rajih (konkrit) tidak ada buat masa ini. Tapi kenyataan akhir Ust Gayat adalah dipersetujui oleh kami. WA

0 comments:

Post a Comment