Jun 8, 2009

Taraf Hadis Bertayamum Selepas Jimak

Taraf Hadits Ini “"Apabila Baginda Telah Melakukan Jima’ Dengan Sebahagian Isterinya Lalu Malas Untuk Bangun,Maka Baginda Memukul Tangannya Ke Dinding Dan Bertayammum."[H.R. Tabrani Dalam Al-Awsath]. (admin - 2008-11-17 03:30:00)

Soalan :

Assalamualaikum

Apakah taraf hadist ini “"Apabila baginda telah melakukan jima’ dengan sebahagian isterinya lalu malas untuk bangun,
maka baginda memukul tangannya ke dinding dan bertayammum."[H.R. Tabrani dalam al-Awsath].

Saya mahasiswa Malaysia yang belajar di Bandung dan telah beristeri. Kalau saya berhadas besar,
bolehkah saya sekadar bertayammum dulu untuk solat Subuh,kerana air di sini sangat sejuk?

Dari : Muhammad Khalis bin Sahimi

*********************************
Jawapan dari www.darulkautsar.com

1) Taraf hadis ini:

حدثنا أحمد قال حدثنا عمار بن نصر أبو ياسر قال حدثنا بقية بن الوليد عن إسماعيل بن عياش عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت : كان رسول الله إذا واقع بعض أهله فكسل أن يقوم ضرب يده على الحائط فتيمم لم يرو هذا الحديث عن هشام إلا إسماعيل

(al-Mu’jam al-Awsat, jil. 1, hal. 202, no: 645)

Hadis ini menurut al-Suyuti adalah da’if, dalam kitabnya al-Jami` al-Saghir. Sebab daif ialah perawinya Baqiyyah bin al-Walid, seorang perawi mudallis, iaitu perawi menyembunyi punca hadis dan tidak menjelaskan daripada siapa beliau mengambil riwayat.

Ismail bin ‘Ayyasy, walaupun seorang yang thiqah tetapi riwayatnya dari penduduk Hijaz atau Madinah dihukumkan oleh ulama hadis sebagai daif. Rwytnya ini diambil drp Hisyam bin ‘Urwah, seorang penduduk Madinah.

2) Tidak harus bertayammum melainkan bila ada uzur syara’ sahaja. Selagi air boleh digunakan walaupun terpaksa memanaskannya anda wajib mandi sebelum solat subuh.

والله أعلم

1 comments:

anbz said...

asmkm, hisyam bin urwah bin az-zubair memang berasal dr madinah tapi beliau menetap/ muqim di العراق ، الكوفة ، المدينة , manakala ismail bin ayyasy bin salim menetap di الشام ، بغداد ، الكوفة ، حمص maka ada persaman tempat muqim iaitu di kufah dan jika baghdad dikira iraq maka itu yg kedua, jika tidak, tidak apa2, kufah sudah mencukupi. Bukankah penilaian terhadap ismail adalah صدوق في روايته عن أهل بلده وخلط في غيرهم iaitu shaduq dr perawi2 dalam negeri dan tidak yg lain. "Negerinya" tidak bermaksud negeri asal shaikh2 bagi ismail tapi bermaksud negeri asal dan muqim. Malah "muqim" lebih tepat kerana org yg tinggal di suatu muqim merujuk pada suatu selang waktu tertentu yg 'bermakna', sedang "negeri asal" boleh jadi tinggalnya di tempat asal hanya 1 minggu dari lahir sseorang. Tentang baqiyyah beliau dinilai صدوق كثير التدليس عن الضعفاء iaitu shaduq banyak tadlis dr "perawi2 dha'if", perhatikan dalam kes ini beliau ambil hadits dr ismail yg tsiqah. Seterusnya bukankah ambil wudhu' selepas bersama adalah sunnah? Dan bukankah sudah jelas jika ada air, maka untuk shalat ia wajib mandi? Maka wudhu' itu adalah sunnah tanpa membolehkan shalat, maka begitulah halnya tayammum selepas bersama, ia sebagai sunnah , sebagai ibadah , kerana Allah. Seterusnya hadits ini tidak bertentangan dengan hadits2 shahih lain. Memang tiada syahid atau mutaba'ah bagi hadits ini, tapi dalam hal thaharah hadits2 wudhu' selepas bersama, insyaAllah boleh menjadi syahid, bukan secara mutlak dr sisi musthalahul hadits tapi dr segi thaharah yg sunnah. InsyaAllah hadits ini shahih. wallahu a'lam

Post a Comment