Dec 18, 2008

Membaca Quran Tanpa Lagu

benarkah ada hadith yang menyatakan..barangsiapa yang membaca alquran tanpa lagu, maka dia bukan dari golongan Rasulullah s.a.w..?

Benar.

"bukan dari golongan kami yang membaca alQur'an tanpa lagu." (hadith muttafaq alaih).

Berlagu di sini bukannya style pertandingan musabaqah tetapi lebih kepada sebutan makhraj yang betul, tajwid yang betul dsb.

Salam
Komentar dgn Tambahan:

JKK Ust Zayed. Jawapan OK, tapi kita bagi kemasan sikit sebelum paparan umum.

a. "Dan bacalah alQur:an itu dgn tartil" (alMuzzamil: 4
Tafsir Ibn Katheer:
Dari Anas bin Malik ra: tartil ialah memanjangkan mad. Dari Ummu Salamah ra," bacaan tartil ialah membaca ayat demi ayat (Baca dan Waqaf). Dari alBarra' bin 'Aazib ra, "hiasilah alQur'an dgn suaramu." (Bukhari-Muslim) "Bukanlah dari kami yg tidak melagukan alQur:an" (Bukhari-Abu Daud-Ahmad-Darimi)
Maksud 'yataghanna' (berlagu) itu ialah bukan alghina' (seni suara dan nyanyian)
Kata Sufyan bin Uyainah sebagaimana yg dikhabarkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud, alQur:an tidak memerlukan rentak lagu dan nyanyian.
Kata pula alImam asySyafi'iy ra," maksud yataghanna ialah " meninggikan suara ketika membaca alQur;an" (dari Ibn Abi Dunya)
Kata Syaykhul Islam Ibn Hajar alHaithami (Kaff al Ri'a':18) " Fasiq hukumnya jika membaca berlagu dgn menambah huruf atau mengurangi huruf atau menghiasinya."
Kata Imam Ahmad ibn Hanbal ra," membaca alQur:an dgn rentak alghina' (rentak lagu dan nyanyian) adalah perkara baru (bid'ah), melainkan ia mengikut tabi'at (rentak) Abu Musa alAsy'ari) (Ibn Abi Dunya, Damm alMalahi)
Rumusan: Maksud lagu yg benar ialah membaca mengikut hukum tajweed yg betul dan suara yg baik. Bukan secara alghina' yakni secara qasidah dan lagu/rentak kedaerahan kerana ia merosak/menambah/mengurangkan huruf2 alQur:an. WA

0 comments:

Post a Comment