Dec 16, 2008

Bida'ah Dalam Amalan Membaca Al Quran

Salam

Amalan membaca al-Quran adalah salah satu tuntutan agama. Tetapi kalau kita melihat kaedah pembacaan pada masa kini, ia diiringi dgn perkara2 bid'ah. Sebagai contoh yang terkenal dan payah utk dibuang adalah mencium al-Quran itu setelah membacanye. Apatah lagi amalan ini diajar di sekolah2 agama. Sebagai org awam, ilmu yang cetek ini menjadikan org ramai tidak dapat membezakan yang manakah cara yang sebenar-benarnya dlm membaca al-Quran. Bermula dr mengambil kitab suci al-Quran hinggalah menyimpannya semula. Adalah sgt baik kiranya ahli panel dapat menjelaskan kepada kami yang kurang ilmu ini cara yg betul dan yang mana yg bid'ah agar amalan membaca kami diterima oleh Allah dan tidak dikurangkan pahala kerana kejahilan kami dlm mengamalkan sesuatu amalan yg dituntut di dlm Islam. WA. Wassalam

Wassalam
Nampaknya sdr Gayat dari UK begitu berminat dgn amalan2 bid'ah dalam masyarakat. Memang benar, isu bid'ah merupakan isu yg kronik hingga alImam almursyid Hasan Albanna (Usyul Asyrin/Dasar 20 perkara seputar Kefahaman sahih), memperuntukkan Usyul 11 dan 12 khusus membicarakan tajuk Bid'ah. Tujuan Imam alMursyid Albanna meletakkan dua Usyul/resolusi mengenai Bid'ah supaya kita yg berminat memperbaiki masyarakah dan mengislahkannnya, memahami benar2 konsep bid'ah dan cara yg menasabah untuk menghapuskannya. Ini kerana ada beberapa aliran baik di Timur Tengah dan Malaysia yg amat keras dgn bid'ah, semua bid'ah sesat dan masuk Neraka. Sebab itu kita kena masak betul dgn Resolusi/Usyul 11 dan 12 ini.
Berbalik kepada amalan bid'ah seputar alQur'an. Terdapat dua kitab yg khusus membicarakan Bid'ah Seputar alQur'an:
1. Bida'u anNas fil Qur'an (Inovasi Manusia seputar alQur'an) dari Lajnah Daimah lil Buhuth alIlmiyah, Kerajaan Arab Saudi. (ada 100 bid'ah lebihkurang)
2. Bid' alQuraa (Inovasi pembaca alQur'an) oleh alAdiib Bakr bin Abdullah Abu Zayd juga dari Arab Saudi
Kedua kitab ini menyenaraikan berpuluh2 bid'ah (kecil dan besar) seputar alQur'an dan pembacaannya (sekitar 77 bid'ah).
Mengenai kebid'ah mencium Musyhaf yg diamalkan oleh kebanyakan orang awam itu merupakan bid'ah sebagaimana Fatwa Lujnah Daimah, Fatwa no 8852. WA

1 comments:

Anonymous said...

Boleh tak huraikan lagi perkara bid'ah,cthnya senarai bid'ah yang sering masyarakat kita buat...

Post a Comment