Jan 21, 2009

Hadis Potong Kuku

Salam

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "barang siapa yg mengerat kukunya pada: hari sabtu nescaya keluar dari dlm tubuhnya ubta dan masuk kepadanya penyakit.hari ahad nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.....hari jumaat keluar doss-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk rahmat ALLAH.."

saya nak bertnya ttg status hadis ini??dan adakah sunnah yang sabit jika kita memotong kuku pada hari jumaat akan mendapat rahmat??

Wassalam

***********
kamin

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah,

Tidak ada hadith sahih yang menceritakan mengenai kelebihan dan kesialan memotong kuku pada malam-malan tertentu. Kenyataan diatas itu tidak boleh ditsabitkan dengan Nabi saw. Begitu juga terdapat hadith yang bertaraf Dhaif Jiddan yang mengarahkan agar kuku-kuku tersebut ditanam.

Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah, atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim. Anas meriwayatkan bahawa :

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim #258].

Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.

Secara khususnya, memang tidak ada hadith khas berkenaan dengan memotong kuku pada hari Jumaat. Secara umumnya, amalan memotong kuku ini termasuklah amalan membersihkan diri bagi persediaan solat Jumaat. Umat Islam dituntut agar membersihkan diri pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Sabda Nabi saw :-

من غسل يوم الجمعة واغتسل وبكَّر وابتكر ومشى ولم يركب ، ودنا من الإمام فاستمع ولم يَلْغُ ، كان له بكل خطوة عمل سنة أجر صيامها وقيامها
"Barangsispa yang membuat isterinya mandi dan dia pun mandi (kerana bersetubuh) pada hari Jumaat dan keluar rumah awal, berjalan kaki dan bukan menunggang, dan berada dekat dengan Imam dan mendengar (khutbah) tanpa gangguan, akan mendapat setiap langkah dia ambil menyerupai berpuasa dan bersolat malam bagi satu tahun" [hadith Riwayat Tirmudzi].

al-Hafiz Ibn Hajar rh menyatakan "bahawa apa yang kami paparkan semuanya menandakan bahawa dikifaratkan dosa dari satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang adalah tertaluk kepada kondisi2 seperti Mandi, membersih diri seseorang, memakai minyak wangi, memakai baju yang terbaik, berjalan secara tenang dan terhormat, tidak melangkah orang lain, tidak menolak diantara 2 orang, tidak menyakitkan hati orang lain, bersolat sunat, tekun mendengar (khutbah) dab mengelak dari cakap-cakap kosong"

Demikianlah kalau dilihat memotong kuku pada hari Jumaat didalam konteks pembersihan diri yang menjadi amalan orang Islam sebelum menghadirkan diri ke solat Jumaat. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment