Jan 21, 2009

Nabi Isa Perintah Bina Patung

Salam

Ada sepotong ayat suci AQ (Saba’ 13) dgn maksudnya:

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu Wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Terdapatkah nas lain yg menyebut mengapa baginda a.s menyuruh membina patung? Barangkali sekadar perhiasan & bukannya untuk sembahan. 'Ala kulli hal, apakah hukum jika kita muslim umat Muhammad saw membina/mengukir patung/statuette sebagai perhiasan pula??

************
kamin

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Firman Allah swt :-

يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُدَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. [Saba' : 34:13]

Berkata Ibn Kathir didalam mentafsir ayat ini mengatakan bahawa Mahaarib merujuk kepada binaan yang cantik dan mempunyai kemuliaan. Maksud Tamathil pula menurut Atiyah al-Awfi, al-Dahak dan al-Suddi adalah gambar/ukiran.

Didalam Tafsir Jalalain menjelaskan bahawa Mahaarib membawa maksud bangunan tinggi dan Tammathil yang merupakan jama' kepada timthaal yang merujuk kepada gambar/ukiran yang diperbuat dari copper dan mamar kaca dan bukanlah gambar/ukiran yang diharamkan oleh syariat.

Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily pula :-

أي يعمل الجن لسليمان ما يريد الرفيعة والقصور العالية والمساجد والصور المجسمة المصنوعة من النحاس أو الزجاج أو الرخام ونحوها، والصحاف أو القصاع الكبيرة التي تكفي لعدد كبير من الناس وتشبه حياض الإبل،

"Ia itu Jin telah membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia mahukan dari tempat dan istana yang tinggi, masjid-masjid, dan gambar/ukiran 3 dimension yang diperbuat dari copper, kaca atau marmar. dsb, pinggan atau mangkuk yang besar mencukupi untuk bilangan orang yang ramai yang berbentuk mangkuk (basin) Unta" [al-Tafsir al-Munir, 11/483].

Dr Wahbah al-Zuhaily menceritakan bahawa adalah jelas pada zaman Nabi Sulaiman, dibenarkan gambar 3 dimensi ini. Dalil ini menunjukkan bahawa ukiran imej dibenarkan dizamannya, dan hukum ini telah di mansuhkan pada zaman Nabi Muhammad saw. 'Illah (alasan) memansuhkannya adalah termasuk didalam kaedah saddu zaraa'i (atau langkah berjaga-jaga), kerana orang Arab pada masa dulu menggunakan Mahaarib sebagai tempat sembahan patung mereka. [al-Tafsir al-Munir, 11/485]

Binaan-binaan yang cantik pada zaman Nabi Sulaiman dilakukan sekadar perhiasan dan bukannya bertujuan menyembahnya.

Sebagaimana kita tahu, umat Nabi Muhammad saw dilarang membina binaan yang berbentuk objek yang bernyawa :


فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أصحاب هذه الصور يوم القيامة يعذبون فيقال لهم أحيوا ما خلقتم وقال : إن البيت الذي فيه الصور لا تدخله الملائكة .

"Maka Rasulullah saw bersabda : Pada hari Kiamat, pembuat imej akan di azab dan dikatakan kepada mereka : beri nyawa kepada mereka yang kamu telah ciptakan, dan baginda bersabda : sesungguhnya rumah yang didalamnya ada lukisan/ukiran/imej tidak akan dimasuki malaikat" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1999, Muslim #207].

Sabda baginda saw lagi, berkata Abu Talhah, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :


لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة تماثيل

"Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing atau patung" [Hadith Riwayat al-Bukhari #3053, Muslim #2106].

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment