Jan 13, 2009

Hafal Quran Bolehkah Memberi Syafaat

Benarkah org yg menghafal Quran boleh bagi syafaat kat sekian-sekian ahli keluarga dia?kalau betul apa nasnya dan brp org yg dia boleh beri syafaat tu?
-----

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah

Quote:
Memang terdapat beberapa hadith yang membicarakan persoalan orang yang hafiz Al-Quran akan diberi syafaat kepadanya dihari akhirat kelak. Menurut pensyarah Fiqh Muqaran (perbandingan) di Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Taha Rayyan :

فمن جمع القرآن فحفظه عن ظهر قلب، ثم داوم على تلاوته، والعمل به في حياته حتى لقي ربه، فإنه ينال هذه الدرجة الرفيعة، كما يكون سببًا لرفعة درجة والديه اللذين كانا سببًا في حفظه للقرآن، فقد روى سهل بن معاذ عن أبيه ـ رضي الله عنهما ـ أن رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ قال: "من قرأ القرآن وعمل به ألبس والداه تاجًا يوم القيامة، ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا، فما ظنكم بالذي عمل بهذا؟ رواه الحاكم وصححه ورواه أبو داود.

"maka barangsiapa yang mengumpul Al-Quran dan menghafalnya didalam hati, kemudian sentiasa membacanya, dan mengamalkan didalam penghidupannya sehingga ia bertemu dgn Allah swt, maka sesungguhnya ia akan mendapat darjat tertinggi, sebagaimana menjadikan sebab mendapatkan darjat tinggi kepada bapanya, yang menjadi sebab di menghafal Al-Quran, telah diriwayatkan oleh Sahl bin Mu'aaz dari bapanya ra. sesungguhnya Nabi saw bersabda :

'Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya, dengan iaitu bapanya akan memakai mahkota di hari Kiamat, cahayanya lebih baik dari cahaya matahari di rumah dunia, apakah keraguan kamu dengan amalan ini?' - [Hadith riwayat Al-hakim dan Shahih; dan riwayat Abu Daud]."

Dari kenyataan Dr Ahmad Taha diatas, barangsiapa yang hafal dan mengamalkan Al-Quran didalam penghidupannya, maka Allah akan meningkatkan martabatnya dan bapanya dihari akhirat kelak. Didalam Sahih Muslim, Nabi saw bersabda :

اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه.

"Kamu bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya apabila tiba hari kiamat ia akan memberi syafaat kepada sahabatnya"

Dan didalam hadith Nabi saw yg lain, baginda bersabda :

القرآن شافع مشفع وماحل مصدق، من جعله أمامه قاده إلى الجنة، ومن جعله خلفه ساقه إلى النار. أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف، وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير.

"Syafaat Al-Quran adalah orang tengah dan apa yg datang dari orang yang mempercayai, dan barangsiapa yang menjadikannya didepan, maka ia akan membawa kepada syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya dibelakang, maka ia akan membawa ke neraka" - [Hadith dikeluarkan oleh Abi Syaibah didalam Al-Musnad, dan disahihkan oleh Al-Albani didalam Al-Jaami' Al-Saghir].

Kini timbul persoalan, berapakah orang yang boleh seorang yang hafiz Al-Quran memanjangkan syafaat Al-Quran itu? Contoh pertanyaan seperti hadith yang mengatakan boleh memanjangkan syafaat Al-Quran kepada 70 orang ahli keluarga, tidaklah diketahui akan kewujudan hadith tersebut. Didalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Tirmudzi, Ibn Majah dan Ahmad mengenai seorang hafiz boleh memanjangkan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya, sanadnya daif.

Persoalan berapa jumlah, cara bagaimana syafaat itu, kesemua ini adalah perkara ghaibiyat. Ia hanya boleh dijelaskan dengan wahyu semata-mata. Dr Abdullah Al-Faqih didalam membicarakan mengenai hadith syafaat Al-Quran mengatakan bahawa :

.
فقد صحت الأحاديث الكثيرة في شفاعة القرآن يوم القيامة لأصحابه العاملين به ، كما صحت الأحاديث بشفاعة الصالحين ، وحافظ القرآن إن كان ممن يعمل به ويقف عند حدوده فلن يحرم ـ إن شاء الله ـ هذه الشفاعة، ولكن تخصيص عدد مخصوصٍ مشفوع له وكيفية هذه الشفاعة؟ كل ذلك يحتاج إلى نصوص ثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم، لأنه لا طريق للعلم بشيء من الغيب إلا بالوحي

"Terdapat banyak riwayat shahih mengenai syafaat Al-Quran di hari Kiamat kepada sahabat dan pengamalnya, sebagaimana sahnya hadith-hadith syafaat orang-orang saleh, dan hafiz Al-Quran jika ia mengamalkannya dan berhenti ketika hadnya, tidak sekali-kali di haramkan - dengan izin Allah - dari mendapat Syafaat ini. Akan tetapi mengkhususkan bilangan yang dikhususkan untuk mendapat syafaatnya, kesemua keinginan tersebut perlu ditsabitkan dari Nabi saw, kerana sesungguhnya tidak ada cara dari ilmu apa-apa sekalipun mengenai perkara ghaib melainkan wahyu."

Kesimpulan yg boleh kita buat ialah, wujud hadith-hadith shahih yang membicarakan mengenai syafaat Al-Quran kepada para-para hafiz yang mengamalkannya. Cuma hadith-hadith shahih ini tidak membicarakan berapa jumlah yang disyafaatkan dan cara bagaimana syafaat itu berlaku, kerana ini merupakan perkara ghaib yang manusia tidak tahu melainkan yang telah diwahyukan. wallahu'alam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Dr Ahmad Taha Rayyan. شفاعة القرآن لأهله يوم القيامة. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=75172

2. Dr Abdullah Al-Faqih. أنواع الشفاعة في الآخرة. url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=34463

0 comments:

Post a Comment