Dec 16, 2008

Hadis Palsu Fadhilat Bulan Rejab

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya ada forwardkan artikel berkaitan dengan hadith-hadith dha'if dan madhu' mengenai fadhilat Bulan Rejab pada seorang rakan dari negara seberang setelah beliau terlebih dahulu menghantar artikel mengenai fadhilat Bulan Rejab.

Setelah itu, beliau telah menghubungi ustaz di Jabatan Agama Islam negaranya. Beliau meminta penerangan mengenai hadith palsu Rejab. Ustaz tersebut mengatakan masih boleh mengamalkan puasa di bulan Rejab kerana ini cuma pendapat Ulamak. Ada ulamak mengatakan daif atau maudhu dan ada ulamak mengatakan tidak daif atau maudhu. Cuma Allah yang dapat menentukan. Tidak menjadi syirik jika kita melakukan amalan2 tambahan ini.

Oleh hal yang demikian, saya pohon pandangan tuan dalam statement yang dilakukan oleh ustaz tersebut dan apa yang patut saya lakukan.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum wbt

Jawab:

Hadis-hadis fadhilat Rejab ini memang disahkan dha'ef dan palsu tapi tidak salah jika nak berpuasa dalam mana-mana bulan termasuk Rejab, misalnya puasa Isnin-Khamis, puasa bulan putih atau Puasa Daud. Adapun keutamaan dan kelebihan puasa bulan Rejab itu tiada asalnya.

Barisan ulama' yg berpendapat demikian (antaranya):
1. alhafidz azZahabi
2. alHafidz Ibn Hajar
3.alhafidz Ibn Qayyim
4. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah
5. Imam syaraf anNawawi
6. Ibn Jawzi
7. asSyaqiri, Sunan wa mubtadi'at
8. Kajian tempatan lihat Ustaz Ghani Azmi Hj Idris, Amalan Bid'ah pada bulan Muharam, Rejab, dan Sya'ban dan Ramadhan) penerbitan alHidayah, KL 1995
Ulama' yg mengatakan tidak dha'ef itu adalah perlu disenaraikan siapakah mereka. Kemungkinan mereka berhujah menggunakan kitab Jawi sahaja. Kajian dalam kedha'ifan ini sudah muktamad dan di sahihkan oleh Lujnah Fatwa alAzhar yg dipengerusikan oleh Syaikh Atiyah Saqr (lihat Islam Online) dan diwartakan oleh Lujnah Fatwa Kerajaan Arab Saudi. WaLlahu a'alam

2 comments:

Redzuan said...

bagaimana pula dengan hadith yang ini??

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allaahumma baarik lanaa fii rajab wasy-sya’baan, wa ballighnaa ramadhaan

Artinya: "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

Saat dekatnya kita dengan bulan suci Ramadhan, kita sentiasa mendengar doa yang disebutkan di atas. Namun shahih-kah doa ini di sisi para ulama' hadith?

Admin said...

Admin tak layak menjawab soalan ini. Hadis dimajukan kepada Ustaz ahli hadis untuk dijawab. Kita tunggu jawapan Ustaz Alitantawi.. WA

Post a Comment