Jan 13, 2009

Beberapa Kepastian Hadis

Assalamualaikum,

Berikut adalah beberapa amalan Melayu yg diwarisi dr org tua2 yang dikaitkan dengan hukum/hadis/sunnah. Ana nk minta pencerahan disini.

1. Larangan tidur selepas subuh, dikatakan jauh rezeki
2. Larangan menyapu sampah keluar dari rumah pd waktu mlm, dikatakan jauh rezeki
3. Larangan memakan makanan laut dan darat pada satu masa
4. Menutup kepala ketika masuk tandas
5. Larangan masuk tandas ketika azan
6. Memakai celak
7. Berbekam

Wassalam...
_________________

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:

1. Larangan tidur selepas subuh, dikatakan jauh rezeki


-Tiada larangan syarak untuk tidur selepas subuh. Maka hukum asalnya ialah: harus. Tetapi sunnah Nabi SAW ialah berada di tempat solatnya sehingga terbit matahari, sebagaimana dalam hadis Jabir bin Samurah dalam sahih Muslim.

-Berkaitan dengan murah rezeki selepas Subuh, dalam hadis Sakhr r.a. Nabi SAW bersabda: "Ya ALlah, berkatilah umatku pada waktu paginya". Apabila baginda mengutuskan tentera, baginda kerahkan pada waktu pagi. Dan adalah Sakhr seorang peniaga. Beliau mengutuskan dagangannya pada awal pagi. Lalu beliau menjadi kaya dan banyak harta.
HR Abu Daud (no: 2608), Tirmizi (no: 1212), Ibn Majah (no: 2236).

Berdasarkan hadis ini, ada ulama mengatakan makruh tidur selepas subuh.

Quote:

2. Larangan menyapu sampah keluar dari rumah pd waktu mlm, dikatakan jauh rezeki


Wallahu A'lam, setakat pencarian yang terbatas, kami tidak pernah menemui larangan syarak menyapu pada waktu malam. Apatah lagi dikaitkan dengan jauh rezeki. Hukum asal ialah: digalakkan menjaga kebersihan pada bila-bila masa, dan boleh menyapu sampah waktu malam. Dan setiap Muslim hendaklah menjauhi kepercayaan2 sial yang tidak bersumber.

Quote:

3. Larangan memakan makanan laut dan darat pada satu masa


telah dijawab di sini: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33826

Quote:

4. Menutup kepala ketika masuk tandas


Tiada larangan masuk tandas tanpa menutup kepala, cuma ada sesetengah fuqaha mengatakan ia makruh.
Antara dalilnya ialah satu hadis Aisyah "Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tandas, baginda menutup kepala, dan apabila mendatangi isterinya baginda menutup kepala". Riwayat Baihaqi (no: 460). Dinilai Dhaif oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.

Tetapi sabit daripada Abu Bakar r.a. tentang tutup kepala ketika masuk tandas sebagaimana kata Imam Baihaqi. Lihat Sunan Kubro Baihaqi (no: 460).

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah: kata ABu Bakar: Wahai orang Islam, malulah kepada Allah. Demi Yang aku berada di tangan-Nya, ketika pergi ke tempat lapang untuk qadha hajat dalam keadaan menutup kepala, kerana malu kepada Tuhanku". (no: 1127).

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 2/93-94.
-Majmuk Fatawa Uthaimin (bab Istinja).
-Sunan Baihaqi
-Musannaf Ibn Abi Syaibah

Quote:

5. Larangan masuk tandas ketika azan


Tiada larangan masuk tandas ketika azan. Cuma, kalau keadaan tidak terdesak, maka seeloknya tunggu sehingga selesai azan supaya kita dapat ganjaran menjawab azan dan berselawat ke atas Nabi selepas itu.

Quote:

6. Memakai celak


ia adalah sunnah Nabi. Lihat jawapan lalu: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33722

Quote:

7. Berbekam


Ia adalah satu bentuk perubatan yang masyhur terutama nagara2 beriklim panas, seperti negara Arab. Dan ada hadis2 sahih Nabi SAW pernah berbekam, dan ada hadis Nabi menganjurkan supaya berbekam.

Persoalan adakah ia sunnah atau bukan, telah dibahaskan dalam forum: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33690

Wallahu A'lam

3 comments:

salehr5412 said...

Larangan memakan makanan laut dan darat pada satu masa... tolong ulang balik hadith nya .. tolong

salehr5412 said...

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33826 ... is dead

Kejora said...

Nice. Membantu sekali. Barokalloh.

From. Indonesia

Post a Comment