Jan 13, 2009

Tuntutan Perbetulkan Bacaan Al Quran

Salam

sejaoh mane tuntutan Islam yg menyuruh kite utk membetolkan bacaan al-Quran? kerana ade org mengajar sehingga menyusahkan org utk ikot..umpama nak jadikan sebutan kite sama seperti org arab.

dan apa pula pandangan Islam kepada mereka yg bace al-Quran tetapi sebutan huruf ha (cthnye ha dalam perkataan Al-Rahman) tidak dapat dibezakan dgn huruf ha (cthnye ha dlm perkataan Allah)? adakah perlu ditekankan kpd mereka supaya sebutan tersebut dpt dibezakan? (bukan setakat huruf ha shj..tetapi huruf2 lain yg hampir2 sama bunyinya)

terima kasih...
-----

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Memperbetulakan bacaan Al-Quran mengikut hukum tajwid dan kaedah sebutan yang betul adalah satu tuntutan dalam Islam.Ini berdasarkan dalil dari sebuah hadis :

إن الله يحب أن يقــرأ القرآن كما أنــزل

“Sesungguhnya Allah swt menyukai orang yang membaca Al-Quran sepertimana ia diturunkan”

(HR Imam Tirmizi : 2927 dan Tirmizi mensahihkannya)


Malah Allah swt juga berfirman dalam Al-Quran surah al-Muzammil ayat 4 :

وَرَتِّلِ الْقُرْآَنَ تَرْتِيلا

“Bacalah Al-Quran dengan tartil”

Saidina Ali bin Abi Thalib mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan tartil ialah : “Mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti”

As-Syaikh Dr. Mahmood Ahmad Sa’id al-Athrash menyebutkan dalam mensyarahkan hadis di atas bahawa : “Sesiapa yang mampu untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran dengan lafaz sebutan yang sahih , fasih seperti sebutan orang Arab , maka wajib ke atas dia untuk melakukannya.Tetapi sesiapa yang tidak mampu untuk sampai kepada itu , maka tidaklah Allah swt membebankan kepadanya , sebagaimana firman Allah swt :

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Apa yang perlu diberi perhatian ialah sebutan / bacaan itu janganlah sampai sehingga mengubah huruf dan harakatnya , kerana kesalahan ini yang disebutkan sebagai “Al-Lahnul Jali” (kesalahan nyata) adalah haram dan berdosa hukumnya jika melakukan kesalahan tersebut.Menjadi suatu perkara yang wajib untuk ditinggalkan oleh setiap pembaca Al-Quran.

Sesungguhnya membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah suatu kewajiban bagi setiap umat Islam yang ingin membaca Al-Quran.Imam Ibnu Al-Jazari menukilkan sepotong syair yang berbunyi :

والأخذ بالتجــويد فرض لازم من لم يــجود القرآن آثــم
لأنه به الإلــه أنــزلا وهكــذا منـه إلينا وصــلا

“Mentajwidkan Al-Quran adalah suatu kelaziman…Barangsiapa yang membaca Al-Quran tanpa tajwid berdosa hukumnya…Kerana Al-Quran itu diturunkan dengan tajwid….Demikianlah ia datang dari Allah untuk makhluknya”

WA

Ruj :

An-Nashr fi al-Qiraat al-‘Asyr , Muhammad bin Muhammad al-Jazari , Dar al-Kitab al-‘Arabi

Al-Ahkam al-Syar’iyyah li Qurra al-Quran al-Karim , As-Syaikh Dr. Mahmood Ahmad Sa’id al-Athrash , Dar al-Iman Iskandariah.

0 comments:

Post a Comment