Dec 20, 2008

Kelebihan Hadis Hari Asyura

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

# ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
# ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
# Diciptakan lautan pada 10 Muharram
# Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
# Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
# Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
# Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
# Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
# Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
# Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
# Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
# Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
# Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
# Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
# Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
# Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
# Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
# Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
# Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
# Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

sahihkah hadis ini??


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaalah.

Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya sebagaimana yang terdapat didalam beberapa hadith-hadith sahih. Adapun fadhilat-fadhilat lain seperti memakai celak, bersedekah dengan sebagainya datang dari hadith-hadith lemah dan palsu sebagaimana yang di sebut oleh Syeikh Ibn Taimiyah didalam al-Fatwa al-Kubra (Jilid 5):-

لَمْ يَرِدْ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا عَنْ أَصْحَابِهِ , وَلا اسْتَحَبَّ ذَلِكَ أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ , وَلا غَيْرِهِمْ . وَلا رَوَى أَهْلُ الْكُتُبِ الْمُعْتَمَدَةِ فِي ذَلِكَ شَيْئًا , لا عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا الصَّحَابَةِ , وَلا التَّابِعِينَ , لا صَحِيحًا وَلا ضَعِيفًا , لا فِي كُتُبِ الصَّحِيحِ , وَلا فِي السُّنَنِ , وَلا الْمَسَانِيدِ , وَلا يُعْرَفُ شَيْءٌ مِنْ هَذِهِ الأَحَادِيثِ عَلَى عَهْدِ الْقُرُونِ الْفَاضِلَةِ . وَلَكِنْ رَوَى بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ فِي ذَلِكَ أَحَادِيثَ مِثْلَ مَا رَوَوْا أَنَّ مَنْ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ مِنْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَمَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَمْرَضْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَأَمْثَالِ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ,

"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura,"

Begitu juga dengan seperti matan hadith diatas yang tidak diketahui asalnya. Ibn Taimiyah rh mengatakan :-

وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ , وَرَوَوْا أَنَّ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ تَوْبَةَ آدَمَ , وَاسْتِوَاءَ السَّفِينَةِ عَلَى الْجُودِيِّ , وَرَدَّ يُوسُفَ عَلَى يَعْقُوبَ , وَإِنْجَاءَ إبْرَاهِيمَ مِنْ النَّارِ , وَفِدَاءَ الذَّبِيحِ بِالْكَبْشِ وَنَحْوَ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فِي حَدِيثٍ مَوْضُوعٍ مَكْذُوبٍ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم : أَنَّهُ مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ السَّنَةِ

"dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Asyura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

Kesimpulannya :- Bagi orang Islam, amalan sahih yang digalakkan pada hari Asyura hanyalah berpuasa.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment