Jan 21, 2009

Hadis 40 Hari Sekali Makan Daging

salam kpd semua.

benarkah hadis ini.
iaitu nabi melarang umatnya makan daging dalam masa 40 hari. i mean dalam masa 40 hari,hanya sekali sahaja makan daging. maaf krn x dapat menyatakan matannya. yg bercakap ttg hadis ini pun seorg ustaz juga.
mohon pencerahan.

**************
thtl

salam kembali kpd anda,

Hadith 40 hari ni tak ada dalam penelitian saya, yg paling hampir ialah matannya spt di bawah:

و إياكم و لحومها ، فإن لحومها داء

terjemahnya: Dari Ibn Mas'ood ra, " ...jauhilah daging lembu kerana sesungguhnya ia mendatangkan penyakit." [dikeluarkan oleh al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami', # 4061, Mulla ali al-Qari alHind, Syarh Musnad Imam Abu Hanifah]

Fiqh alHadith (pengajaran hadith):

Maksud hadith itu ialah jangan kerap makan daging lembu (red meat), bukan tak bagi makan langsung. Ini kerana Nabi saw menganjurkan korban haiwan dan baginda menyebut haiwan lembu boleh dijadikan haiwan korban. Ini bermakna boleh menyembelih lembu dan makan dagingnya, tapi bukan sekerap makan ikan dan ayam.
Makan daging lembu tidak boleh kerap dan jumlah yg banyak kerana terbukti dari sains nutritional (pemakanan), bahawa daging lembu membawa mudharat kepada kesihatan manusia.

Tapi tidaklah terperinci baginda menjelaskan cara nak makan daging, misalnya 40 hari sekali. Nabi saw dgn mukjizat yg beliau miliki telah mengetahui bahaya daging lembu mendahului pakar-pakar sains pemakanan. SubhanaLLah. sekian

5 comments:

Anonymous said...

YA ALLAH! BAHAYAKA? SEMPENA KORBAN NI SAYA DAH MAKAN BANYAK SB INGAT BINATANG SYURGA YANG TELAH DIKORBANKAN SUDAH TENTU ADA KEBERKATAN PADA ISINYA. PENGALAMAN SAYA DAGING KORBAN JA BERANI MAKAN BANYAK TP HARI2 LAIN KURANG.SO FAR TAK MEMUDARATKAN DI BANDING DENGAN DAGING YANG SAYA BELI.SAYA ADA GOUT N DARAH TINGGI.KALU MAKAN DAGING BELI KDG2 DGN CEPAT PENYAKIT SAYA DATANG BUT DAGING KORBAN INSYAALLAH TAK LA PULAK

Anonymous said...

HEhe, Dah tahu makan banyak stop je la.. ape susah. Nanti bila2 dah rasa lama tak makan, barulah makan balik. Taklah sampai jatuh berdosa kalau makan banyak.

Anonymous said...

hurmm.. dalam surah Al-Maidah ayat 3
3. “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah), daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya), dan diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah), (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini) orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa) kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

maksudnya makan sembelih yg halal dgn nama Allah boleh dimakan. :)
ttg dlm 40 hari hanya sehari makan daging tu tk tahu la.

MarkRidge said...

benda ni petua dan amalan sesetengah wali

Unknown said...

Apa hukum tidak makan daging selama 44 hari?

Post a Comment