Jan 13, 2009

Quran Diturunkan Sekali Gus Atau Berperingkat

salam ustaz,

pada 17 ramadhan adalah hari nuzul quran. saya keliru seolah-olah quran diturunkan sekaligus pada mlm tu dahulu. bukankah al-quran itu diturunkan beransur-ansur? apakah pula maksud dalam surah al-qadr itu?

tq, wassalam
-----


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Dalam al-Quran, terdapat beberapa nas yang menunjukkan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, pada malam yang diberkati iaitu malam lailatul Qadr.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ

Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran. (Al-Baqarah: 185)

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati (Al-Dukhan: 2)

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْر

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya pada Malam Qadr. (Al-Qadr: 1)

Ketiga-tiga ayat ini adalah berkenaan penurunan al-Quran daripada Lauh Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Ia diturunkan sekali gus pada Malam Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan.

Kemudian, daripada langit dunia, al-Quran diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam secara beransur-ansur mengikut peringkat tasyrik. Dan ia diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s.

Sebagaimana disebut dalam Quran:

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنزلْنَاهُ تَنزيلا

Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur. (Al-Isra: 106).

Wallahu A'lam.

Rujukan:
- Al-Itqan 1/117
- Tafsir Tabari 3/446
- Tafsir Ibn Katsir 1/501

0 comments:

Post a Comment