Jan 21, 2009

Maksud Al-Bayan

Assalamualaikum wbt. Mengapakah di dalam ayat kelima surah Ar-Rahman diterjemahkan al-bayan sebagai berkata-kata/berbicara sedangkan jika dilihat di dalam kamus bermaksud penjelasan, penerangan? Mohon berkongsi ilmu.

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Ayat-ayat Quran mestilah difahami sebagaimana para salaf memahaminya, iaitu dgn merujuk kpd tafsiran mereka yg muktabar. Kaedah usul tafsir menyebut: 'tafsiran para salaf mestilah dihukum dengannya bukan dihukum ke atasnya'.

2- Berkaitan tafsiran 'al-Bayan', pendapat masyhur ialah sebagaimana yang anda sebutkan iaitu: pertuturan/percakapan. Ia bertepatan dengan makna al-Bayan dalam ilmu bahasa Arab.

-Al-Jauhari berkata: Al-Bayan: kefasihan
-Al-Jarjani berkata: Al-Bayan ialah: seseorang yang bertutur menyerlahkan kehendaknya kepada pendengar.

Oleh itu, tafsiran salaf bertepatan dengan bahasa Arab.

3- Ada juga tafsiran lain, antaranya: bayan ialah: halal dan haram. Jadi maksud 'Allamahul Bayan' ialah mengajarkannya halal dan haram. Tetapi yg ditarjihkan oleh Ibn Kathir ialah: pertuturan. Manakala Tabari pula mentarjihkan makna yg lebih umum, iaitu: Bayan ialah segala yg diperlukan oleh insan dalam kehidupan dunia dan agamanya, seperti halal dan haram, kehidupan, pertuturan dan lain-lain.

Rujukan:
-Tafsir Tabari 22/8
-Tafsir Ibn Kathir 7/489
-Al-Sihah oleh Jauhari 5/1682
-Al-Ta'rifaat m/s 38

**********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Tak perasan Ustaz Umair dah jawab soalan ini. Razz Saya tambah sikit sahaja. Merujuk kepada surah al-Rahman (terjemahan Bahasa Melayu, Kerajaan Arab Saudi) :-

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
"Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. " [Surah al-Rahman : 4]

Menurut Ibn Kathir rh, maksud ayat tersebut adalah : "Hasan berkata : Ia adalah sebaik-baik perkataan. Ia merujuk kepada Allah swt (al-Rahman) mengajar al-Quran, iaitu mengajar hamba-hambanya bagaimana membaca dan menjadikan mudah untuk mereka bertutur dan menyebut huruf-huruf dari pelbagai tempat dibahagian mulut, seperti dihalkum, lidah dan bibir." [Tafsir al-Quran al-Azhim, 4/327].

Maksud BAYAN menurut Ibn Kathir didalam konteks ayat ini secara umum adalah Allah swt mengajar manusia "kepandaian berbicara", yakni kepandaian membaca dan menyebut ayat-ayat al-Quran dengan cara yang betul. WA.

Sekian, wassalam

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum ustard..Saya nak Tanya apa hukumnya jika suami tidor kamar lain hampir 25tahun alasan xder nafsu gara2 sihir sedangkan isteri masih sihat..dia beristeri lain..jatuh ke talak..blh ke kalau isteri tu mohon cerai..Dan berdosa ke suami jika isteri Ada kekasih gelap.mohon pencerahan..t.kasih

Post a Comment