Jan 13, 2009

Berdosa Lupa Ayat Quran Yang Dah Dihafal

Assalamualaikum...

Ustaz..betul ke kalau kita lupa ayat alquran yg kita dah hafal dosa?
-----

Al-hamdulillah ,

Al-jawab :

Ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hukum berdosa atau tidak hafalan al-Quran yang dilupakan oleh penghafaznya.Ini kerana kebanyakan hujah dari hadis Rasulullah saw yang digunakan oleh sesetengah ulama untuk menghukumkan berdosa adalah terdiri dari riwayat yang dhoif , seperti hadis :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم "

Tida ada sesiapa pun yang membaca Al-Quran kemudian ia melupakannya melainkan ia akan bertemu Allah SWT (pada hari akhirat) dalam keadaan kerdil"

( HR Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan di dalamnya terdapat perawi yang bernama Yazid Bin Abi Ziyad,yang mana hadithnya tidak dijadikan hujjah; dan dinilai Dhoif oleh Albani ; no 1474, hm 176)

Begitu juga dengan hadis dibawah ini :

"عرضت عليّ ذنوب أمتي فلم أر ذنباً أعظم من سورة من القرآن - أو أية - أوتيها رجل ثمّ نسيها"

"Dibukakankan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku lihat dosa yang lebih besar dari dosa seorang lelaki yang diberikan satu surah atau satu ayat dari al-Quran kemudian dia melupakannya”

( HR At-Tirmidzi, no 2840 ; Dinilai gharib oleh At-Tirmidzi sendiri , Manakala al-Munziri pula mengatakannya Dhoif kerana terdapat perawi yang bernama Abd Majid Bin Abd Aziz ; rujuk Tuhfatul Ahwazi)

Walaupun begitu , terdapat juga ulama-ulama yang menghukumkan berdosa jika melupakan hafalan al-Quran seperti Ar-Ruyani, Al-Qurtubi dan lain-lainnya.

Apa yang jelas ialah , seharusnya menjadi peringatan dan kewajiban kepada umat Islam agar menjaga bacaan al-Quran yang telah dihafal agar ianya tetap terpelihara utuh disanubari setiap umat Islam. Sesungguhnya Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian kita yang tidak boleh diabaikan sampai bila-bila..

WA

Ruj :

Ahkam al-Syar'iyyah fi al-Qurra wa al-Huffaz , As-Syaikh Dr.Abd Haq Al-Qadhi.

0 comments:

Post a Comment