Jan 21, 2009

Keperluan Hafal Quran

Salam

i) Benarkah anggapan umum bhw hati seseorang itu MESTI bersih kalau hendak berusaha menghafal Qur'an cover-to-cover? Sebab jadi satu mcm alasan oleh mereka yg sengaja x nak hafal/baca lebih byk ayat2 AQ. Sedangkan para orientalis atau yahudi yg berhati 'kotor' tu pun ramai yg tahfiz AQ...

ii) Betulkah pelajar tahfiz kena jaga dietary regime diorg, dan juga tidak boleh/digalakkan tengok TV? Sbb sy pernah encounter bbrp org budak tahfiz di sebuah restoran selamba je diorang bedal apa2 makanan, siap tengok astro pulak tu..

jkk

Salam

*******************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

i- Dimaklumi daripada nas dan realiti bahawa antara faktor melemahkan hafalan ialah banyak melakukan maksiat.

-Firman Allah Taala:

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ لَعنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً

ertinya: Kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. (Al-Maidah: 18).

-Imam Malik apabila melihat kecerdikan dan hafalan luar biasa anak muridnya Imam Syafie, beliau berpesan: "Aku melihat Allah telah mencampakkan nur (cahaya) dalam hati kamu, maka janganlah memadamnya dengan maksiat".

-Imam Syafie pernah berkata (syair):
Aku mengadu kepada Waqie (gurunya) tentang buruk hafalanku,
Lalu beliau menyuruhku meninggalkan maksiat,
katanya, ilmu itu adalah cahaya,
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada org bermaksiat.

Oleh kerana al-Quran adalah ibu segala ilmu, dan cahaya kepada segala cahaya, maka untuk menghafalnya amatlah memerlukan sekeping hati yg tidak tercemar dengan kekotoran.

ii- Tidak ada masalah bagi seorang muslim, samada hafiz atau bukan hafiz untuk melakukan apa2 aktiviti atau makan apa2 makanan selagi ia adalah HALAL. Yang tidak bolehnya ialah yg haram.

-contoh: tengok tv tak kiralah astro atau tidak, bergnatung kepada rancangan, kalau rancangan halal, maka halal menonton, kalau rancangan haram, maka haram menonton. Pun begitu, jangan sampai melalaikan daripada kewajipan dan mengulangi al-Quran.

Syeikh Uthaimin menyebut antara faktor menyebabkan lupa ilmu ialah:

1) maksiat
2) tidak menjaga apa yg dihafal (kalau quran, tidak mengulang)
3) banyak kesibukan
4) tidak beramal dengan ilmunya

http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=112037

0 comments:

Post a Comment