Dec 18, 2008

Cara Rasulullah SAW Memakai Serban

Assalamualaikum,

Bagaimanakah cara Rasulullah SAW memakai serban? Saya perhatikan ada berbagai-bagai cara untuk melilit serban. Boleh tak ustaz-ustaz di al-ahkam nie terangkan cara yang disunahkan untuk melilit serban. Wasallam.

Assalamualaikum...

107. Dalam sebuah riwayat yang bersumber dan Jabir dikemukakan:

“Nabi saw. memasuki kota Mekah pada waktu pembebasan kota Mekah, beliau mengenakan serban hitam”.1)

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Baayan, dari ‘Abdurrahman bin Mahdi, dari Rammed bin Salamah. Hadits ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Hemmed bin Salamah, dari Abi Zubair, yang bersumber dari Jabir ra.)


108. ‘Amr bin Huraits berkata:

“Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah saw.”. 2)

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Umar, dari Sufyan, dad Musawir al-Waraq, dari Ja’far bin ‘Amr bin Huraits, yang bersumber dari bapaknya);


109. Masih dad Amr bin Huraits, ia berkata:

“Sesungguhnya Nabi saw. berpidato di hadapan umat,beliau memakai serban hitam”. 3)

(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari diriwayatkan pula oleh Yusuf bin ‘Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir aI-Waraq, dari Ja’fan bin ‘Amr bin Huraita, yang bersumber dari bapaknya).


110. Dalam sebuah riwayat yang bersumber don Ibnu ‘Umar r.a. dikemukakan:

“Apabila Nabi saw. memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya antara kedua bahunya “. 4) Kemudian Nafi’ berkata Ibnu ‘Umar juga berbuat seperti itu’.
‘Ubaidullah berkata ‘Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya melakukan hal seperti itu”.

(Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al-Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad, dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar, dan Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar r.a.).


111.Ibnu ‘Abbas r.a. mengemukakan:

“Sesungguhnya Nabi saw. berpidato di hadapan umat, waktu itu beliau memakai serban, dan serbannya terkena minyak rambut”. 5)

(Diriwayatkan oleh Yusuf bin ‘Isa, dari Waki’, dari Abu Sulaiman Abdurrahman bin Ghasail, dari ‘Ikrimah, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas r.a.).

Berkenanaan cara nak lilit serban terpulanglah..Ini berbeza mungkin disebabkan keadaan geografi atau adat. Mungkin ada yang menyukai cara ustaz2 pondok..mungkin cara masyarakat Afghan..mungkin cara ustaz2 di Mesir..terpulanglah

Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ya Ustaz

Kita semua tahu Rasulullah memakai serban, oleh itu ia adalah menjadi sunnah dan mendapat pahala jika kita mengikuti cara Rasulullah, terutama sekali ketika solat.

Tetapi malang sekali, kenapa tidak ramai dari kita yang tidak mahu melakukannya, bukan sahaja dari kalangan kita dari negeri sebelah timur ini, malah dari kalangan imam imam dan ulama ulama dari sini dan timur jauh, bahkan di tanah suci Mekah sekalipun, khusus nya di masjidil haram dan juga di masjidin nabawi.

Adakah bagi mereka ini dianggap remeh sahaja? atau mereka mengaggap ada perkara lebih besar yang perlu dilakukan?, atau pula mereka menganggap ini semua pakaian orang Arab dan kita tak perlu mengagungkannya? Mereka juga lebih sanggup/suka memakai tali leher dan kot yang sudah pasti Rasulullah tak pernah memakainya!

Bagi saya, kalau perkara kecil sebegini tak sanggup nak melakukan nya jangan lah berangan nak bercakap atau berfikir pasal Ummah yang kononnya lebih hebat!!!!

Dari Pencinta Allah dan Rasulnya
Abdul Hakim

malaysiaori said...

sya tak ada komen, tapi nak tanya..apakah ianya sunah, membentang kain syal/selendang (bagi lelaki) ketika hendak solat di masjid atau surau sedangkan tempat sujud telahpun ada karpet..

Post a Comment