Jan 13, 2009

Surah Al-Ma'arij Ayat 4

Bismillah
Assalamualaikum

Kenapa jauh sgt maksudnya... ?

Versi Indonesia Departemen Agama RI.
Malaikat-malaikat dan Jibril naik [menghadap] kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun [2]. (4)

Versi Bahasa Malaysia Pimpinan Ar-Rahman:
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). (4)

berlaku khilaf juga didalam ayat diatas dikalanga ulama?
-----

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Nas ayat (4) surah al-Maarij ialah:

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ


Kita mendapati Al-Quran menggunakan perkataan تعرج

Tafsiran-tafsiran muktabar jelas menjelaskan maksud ـعرج ialah تصعد yang bermaksud: Naik. (Lihat: Tafsir Tabari 23/601, Tafsir Ibn Katsir 8/221, Tafsir Baghawi 8/220, Tafsir Tsa'alibiy 4/338, dan lain-lain).

Di sisi ulama Ahli Sunnah, penggunaan perkataan تعرج yang bermaksud 'naik' menjadi hujah dari sudut Bahasa Arab bahawa Allah Taala berada di atas.

Antaranya, Imam Abul Hasan al-Asyaari dalam kitabnya 'Al-Ibanah' menggunakan ayat ini sebagai hujah bahawa Allah Taala bersemayam di atas arasyNya. (Al-Ibanah hlmn: 108).

Maka, berbalik kepada soalan, terjemahan perkataan ـعرج sebagai NAIK adalah lebih benar.

Adapun, perselisihan tentang apakah yang dimaksudkan dengan hari dalam ayat tersebut, ia memang ada perselisihan dari kalangan salaf.

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment