Dec 15, 2008

Salawat Menghilangkan Kesusahan Kesedihan

salam

adakah hadis ini sohih??

Nabi Muhammad SAW bersabda:
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

tima kasih atas jawapan
_________________
ibnuhazam

Bismillahirrahmanirrahim..

Matan yang di sebut di atas tidak saya di temui.

Cuma terdapat juga satu hadith yang hampir kepada makna di atas yang juga merupakan hadith yang dhoif ialah :

من صلى على فى يوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة :سبعينمنها لآخرته وثلاثين منها لدنياه

""sesiapa yang berselawat setiap hari 100 kali, Allah akan memakbulkan hajatnya : 70 di akhirat dan 30 lagi hajat di dunia"

Ini riwayat dari Ibn Najjar dari Jabir juga adalah hadith yang dhoif.

Cuma, secara asasnya kelebihan berselawat yang diriwayatkan di dalam Sahih Muslim melebihi maksud yang disebut di atas.

Antaranya, hadith riwayat Abu Hurairah bahawa sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali serta mendapat syafaat di akhirat kelak. terdapat di dalam bab menjawab azan di dalam Sahih Muslim. [Syarh Muslim 2/110]

Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment