Dec 18, 2008

Ayat-ayat Mansukh Dan Nasikh

Q3. Saya ada mendengar mengenai ayat-ayat al-quran yang dimansuhkan daripada dibaca. Boleh tolong huraikan mengenainya. Berapa banyakkah ayat-ayat sebegini.

Pelik skit soalan nih. Ayat al-quran dimansuhkan daripada dibaca? Sememangnya ada ayat yg mansukh tetapi tidak dilarang dibaca. Apabila menyebut mansukh, kita tidak akan dapat lari dari satu lagi istilah yakni nasikh. AL-NASIKH WA AL-MANSUKH berasal dari perkataan nasakha yakni membawa erti batal, diganti, dikeluarkan. Apabila ayat dibatalkan dgn ayat lain, ayat yg membatalkan itu dinamakan nasikh dan yg dibatalkan itu dinamakan mansukh.

Antara ayat yg menceritakan hal ini mansukh ini ialah:
"Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 106)

Contoh detail mengenai pengharaman arak.
(Surah An-Nisaa': ayat 43, Surah Al-Baqarah: ayat 219; Surah Al-Maidah: 93-4)

Permulaannya org yg beriman dilarang mengerjakan solat dlm keadaan mabuk, akhir diharamkan meminumnya dlm apa jua keadaan.

Al-qattan dlm kitabnya Mabahis Fi Ulumil Quran menyebut bahawa terdapat 4 jenis nasakh:
1. Qur'an dinasakhkan Qur'an.
2. Qur'an dinasakhkan sunnah.
3. Sunnah dinasakhkan dgn Quran
4. Sunnah dinasakhkan dgn sunnah

Imam As-Suyuti dlm Al-Itqan menyatakan bahawa 21 tempat di dlm al-quran yg diturunkan dimansuhkan dgn ayat lain.

Ibn Salama berkata dlm kitabnya Al-nasikh wa Al-mansukh, Cairo, 1966, p.5:
i. 43 surah tidak ada mansuh dan nasikhnya
ii. 6 surah ada nasikh tetapi tiada mansukh
iii. 40 surah ada mansukh tetapi tiada nasikh
iv. 25 surah ada nasikh dan mansukh

Shah Waliyyullah Ad-Dahlavi menyebut tentang ayat mansukh dan nasikh ini:
Mansukh (Surah 2:180) dinasikhkan dgn (surah 4: 11, 12)
Mansukh (Surah 2:240) dinasikhkan (surah 2: 234)
Mansukh (Surah 8:65) dinasikhkan dgn (surah 8: 62)
Mansukh (Surah 30:50) dinasikhkan dgn (surah 33: 52)
Mansukh (Surah 58:12) dinasikhkan (surah 58: 13)

Wallahua'lam.

3 comments:

Anonymous said...

lalu mengapa harus ada nasikh dan mansukh ..????
bukannya hal tersebut mengubah ketetapan Allah..
yang ada...

Unknown said...

Kata : Shah Waliyyullah Ad-Dahlavi menyebut tentang ayat mansukh dan nasikh ini:
Mansukh (Surah 2:180) dinasikhkan dgn (surah 4: 11, 12)
Mansukh (Surah 2:240) dinasikhkan (surah 2: 234)
Mansukh (Surah 8:65) dinasikhkan dgn (surah 8: 62)
Mansukh (Surah 30:50) dinasikhkan dgn (surah 33: 52)
Mansukh (Surah 58:12) dinasikhkan (surah 58: 13)
Menurut ana pendapat Ad Dahlavi di atas sangat batil dan menyesatkan. Begitu beranai dia mengatakan bahwa ayat ini dimansuhkan oleh ayat ini, ayat ini diamnsuhkan oleh ayat ini. Padahal Allah dan Rasul-Nya sendiri tidak menerangkan hal itu. Dan lagi bila kita tela'ah makna dari setiap pasangan ayar di atas tidak menunjukkan bahwa antara setiap pasangan ayat tersebut saling menggugurkan.

Anonymous said...

Kerana nasikh dan mansukh juga adalah ketetapan Allah

Post a Comment