Dec 18, 2008

Apa Hukum Sebenar Membaca Quran

Assalamualaikum…

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang menjadi suatu ibadah jika kita membacanya… Masalahnya: Apakah hukum sebenar membaca Al-Quran ni…? Wajibke, sunatke atau macam mana? Berdosakah seseorang yang seumur hidupnya tidak pernah menghabiskan Al-Quran? WA

Wassalam

Jawab:
Jawapan ringkas: alQur:an ni masuk rukun iman, bagaimana kita nak beriman pada Kitab/alQur:an kalau kita tak baca? Soalan yg sama waktu dgnnya: apakah wajib baca buku bila kita bersekolah? Kalau kita kata: beli buku teks tak wajib, baca buku tak wajib, atau cukup baca sekali aje setahun, maka alamat lingkuplah exam. Begitu juga alQur'an, kalau kita kata tak wajib baca dan amal, alamat lingkuplah di Akhirat.

Jawapan panjang:

a. membaca alQur:an adalah salah satu rangka pembinaan iman. Dalil: alBaqarah: 121 (Orang2 yg telah Kami berikan alKitab kepadanya, mereka membacanya dgn bacaan yg sebenarnya.."); anNamlu: 92 (dan supaya aku membaca alQur:an); Shad: 29 (Ini adalah sebuah kitab yg Kami turunkan kepadamu penuh dgn berkah supaya mereka memerhatikan ayat2nya dan supaya mendapat pelajaran orang2 yg mempunyai fikiran)

b. Wajib pula mendengar dan memerhatikan bacaannya
Dalil: alA'raf: 204 (dan apabila dibacakan alQur:an, maka dengarkanlah baik2 dan perhatikanlah dgn tenang agar kamu mendapat rahmat.)

c. Mempelajari dan mengajarinya juga wajib
Dalil: HR Termudzi," Bahawasanya seutama-utama kamu ialah orang yg mempelajari alQur:an dan mengajarnya"

d. Sunat mengkhatamkannya (amalan salaf) dalam masa 7 hari
(Prof Hasbi Siddiqiey, Pedoman Zikir dan Do'a, PT BUlan Bintang Jakarta) WA

1 comments:

tajudin said...

betul-betul, sekiranya kita ingatlah surah al-'alaq yg menyatakan iqra', tapi sayang... saya tak banyak tahu, tolonglah tengok tafsirnya buat uraian, ma'af kita masih awam, wassalam

Post a Comment