May 22, 2010

Isra' dan Mi'raj

Postby faiz0304 »

Assalamualaikum ustaz,

Saya pernah mendengar daripada pensyarah saya bahawa dekat sidratul-muntaha masa peristiwa isra' dan mi'raj, cahaya/nur Rasulallah s.a.w bersatu dengan cahaya/nur Allah s.w.t. Tapi, mengikut pensyarah saya, dia kata ini takwilan orang-orang tarikat. Mohon penjelasan ustaz:

1. apa maksud takwilan?

2. Siapakah orang2 tarikat ni?

3. Apakah pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perkara ni (i.e. cahaya Rasulallah bersatu dengan cahaya Allah)?

Wallahu'alam. Terima kasih ustaz.


*********************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Peristiwa yang berlaku ketika Isra’ dan mi’raj itu digambar didalam hadith berikut:-

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ يَزِيدَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ قَالَ نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ
“Dari Abu Bakr bin Abu Syaibah, dari Waqi’, dari Yazid bin Ibrahim, dari Qatadah, dari Abdullah bin Syaqiq, dari Abu Dzar telah berkata : Aku telah bertanya kepada Rasulullah :saw : Apakah anda telah melihat TUHAN kamu? Baginda menjawab : NUR, bagaimana Aku dapat melihatNya”

Hadith ini menjelaskan bahawa apa yang Nabi :saw lihat adalah CAHAYA. Hadith ini menjelaskan bahawa Nabi :saw tidak Melihat ALLAH semasa peristiwa tersebut. Didalam hadith lain, Nabi :saw diperlihatkan Syurga.

Takwilan bermaksud mentafsirkan atau menerangkan lebih lanjut erti sesuatu perkataan. Akan tetapi takwilan ini juga boleh bersifat melampau (ghuluw), sebagaimana yang anda paparkan diatas; Nabi :saw bersatu dengan NUR Allah! Ini satu tafsiran yang batil/sesat.

Hadith diatas ini cuma menceritakan mengenai Nabi :saw tidak dapat melihat Allah kerana dihalang oleh satu pancaran cahaya. Sebagaimana berkata Imam Nawawi rh dalam mentafsirkan hadith diatas : Nabi :saw bermaksudkan “Aku melihat cahaya, maka sebab itu aku tidak melihat selain darinya”. Menurut al-Nawawi lagi, Pencipta Nur (Allah) menghalang penglihatannya.

Adalah menjadi pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah bepegang kepada Nabi :saw tidak melihat Allah semasa didunia, dan hadith diatas ini tidak sekali-kali menyebut cahaya Allah bersatu dengan Nabi saw, dan ia hanya memperlihatkan cahaya tersebut telah menjadi penghalang penglihatan baginda dari melihat Allah swt.

Mengenai persoalan, siapakah Tarikat ini, kami pun tidak mempunyai maklumat mengenainya. Tidak kira samada seseorang itu pengikut Tarikat atau pun tidak, barangsiapa yang melakukan takwilan yang melulu ini, dengan bermaksud cahaya Allah bersatu dengan Nabi :saw, hendaklah dia pulang ke pangkal jalan dengan bertaubat. WA.

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

Hai, saya ade baca 1 statement "Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1432h/Isra Mi’raj [Rabu, 29 Julai 2011] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa" just nak mintak tlg u all kalau u all ade hadis yang boleh sahihkan statement tu. thanks :)

Post a Comment