Dec 18, 2008

Bacaan Saqollahul'azim

Salam

1. Ingin bertanyakan asal usul bacaan sodaqallah yg biasa diamalkan setelah selesai membaca al-Quran. Saya kira ada bbp pendapat tetapi adakah masing2 punya dalil dari al-Q dan Sunnah ?

2. Adakah terdapat bacaan tertentu yg boleh diamalkan ketika menguap ? Lazimnya ada yg beristighfar dan ada pula yg membaca A'uzubillah...

Maaf kalau ianya soalan ulangan. Saya search ttp tidak ketemu jawapan yg berkaitan. Jika telah pernah ditanya mohon dinyatakan rujukannya.

Jazakumullahu khairan.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Selamat berkunjung ke website al-ahkam. Insyallah kami akan cuba menjawabnya dengan seberapa yang mampu.

1. Pendapat yang membaca Sadaqa Allah selepas membaca Al-Quran berdasarkan ayat Al-Quran surat Aal Imraan ayat 95 :

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah"

Shiekh Utsaimin (bekas Mufti Saudi) berkata bahawa :

أن يقول ( صدق الله العظيم ) وهذا ليس بمشروع لأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يفعله ولم يكن من عادة الصحابة رضي الله عنهم أن يفعلوه ، ولا كان ذلك في عهد التابعين
"Membaca Sadaqa Allah Al-Azim, ini tidak ada asalnya didalam Islam kerana Nabi saw tidak melakukannya, dan tidak juga dari adat para Sahabat, dan ia juga tidak diketahui dikalangan Tabien."[1]

Mengenai ayat Al-Quran surah Aal Imran ayat 95, beliau berkata :

وأما قوله تعالى: ( قل صدق الله ) فليس المراد أن يقولوها إذا انتهى من قراءته ولو كان هذا هو المراد لقال الله : فإذا انتهيت من قراءتك فقل صدق الله كما قال : ( فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم ) .
"Bagi firman Allah "Katakan : Allah bercakap benar" bukanlah bermakna bahawa perkataan ini harus diucapkan apabila selesainya [Al-Quran]. Jika benar terdapat kes seperti ini, sudah tentu Allah berfirman, "Apabila tamat membaca, hendaklah kamu berkata Sodaqa Allah Al-Azim, sebagaimana berkata : 'Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam (al-Nahl:98)' "

Menurut Shiekh Abdul Aziz bin Baaz [2]:

المقصود أن زيادة كلمة : ( صدق الله العظيم ) عند نهاية القراءة ليس لها أصل في الشرع . فالمشروع تركها تأسياً بالنبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه رضي الله عنهم ، أما إذا فعلها الإنسان بعض الأحيان من غير قصد فلا يضر ، فإن الله صادق في كل شيء سبحانه وتعالى . لكن اعتياد ذلك بعد كل قراءة كما يفعله كثير من الناس اليوم ليس له أصل كما تقدم .

"Maksud penambahan kalimah "Sadaqa Allah Al-Azim" - apabila selesai membaca Al-Quran bukanlah asalnya didalam syara'. Adalah elok ditinggalkannya bagi menturuti Nabi saw dan para sahabat. Akan tetapi jika seseorang itu melakukan kadang-kadang (Ahyaanan) tanpa sebarang niat, ia tidaklah memudharatkan. Sesungguhnya Allah bercakap benar bagi setiap perkara, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Tetapi jika menjadikan ia sebagai habit/adab/kelakuan setiap kali seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa kini, tidak lah ada asas untuknya sebagaimana yang dikatakan sebelum ini"

Kiranya amat jelas kedua-dua fatwa dari dua bekas Mufti Saudi dan ulama' terkenal ini agar tidak digalakkan membaca "Sadaqa Allah Al-Azim" selepas habis membaca Al-Quran kerana ia bukan dari Nabi saw dan tidak juga dari para sahabatnya.

2. Tidak ada bacaan tertentu yang disunatkan membacanya semasa menguap. Apa yang sunat dilakukan ialah menutup mulut semasa menguap kerana Syaitan akan masuk kedalam manusia ketika menguap. Sabda Nabi saw :

{{إذا تثاءب أحدكم فليمسك بيده على فمه ‏,‏ فإن الشيطان يدخل }}

"Jika salah seorang dari kamu menguap maka tahanlah mulutnya dengan tangan, sesungguhnya syaitan akan masuk"

Sdri boleh merujuk kepada Soal-jawab SJ-2478 : Adab Menguap bagi melihat perbincangan mengenai menguap.

Apa yang perlu diberi perhatian disini menurut Dr Abdullah Al-Faqeh[3] dari Majlis Fatwa Qatar bahawa ulama' berpendapat bahawa menguap adalah perbuatan yang tidak disukai.

wallahu 'alam

wassalam
-----------
Rujukan :

1] Sheikh Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar. Riyad : Muaasasah Al-Risalah, 2000. ms 79-80).

2] Kitab Majmu' Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342.

0 comments:

Post a Comment