Jun 7, 2010

Pahala Baca Quran Kepada Mayyit

Postby al-baihaqi »

salam..

dalam RiyadusSalihiin bab161:berdoa untuk mayyit sesudah dikuburkan dan duduk di sisi kuburnya sebentar untuk mendoakan serta memohonkan pengampunan untuknya dan membaca al-Quran, no.944; dihujung hadith ada tulisan yang berbunyi:
Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata: "disunnahkan kalau di sisi mayit yang sudah dikuburkan itu dibacakan sesuatu dari ayat-ayat al-Quran dan jikalau dapat dikhatamkan al-Quran itu seluruhnya, maka hal itu adalah lebih baik."

dalam "13 masalah yang tidak pernah selesai diperdebatkan" karangan Abu Yusuf Abdurrahman, Penerbit:Ramadi li an-nasyr, Damam-Arab Saudi.pustaka al-kautsar; dalam bab10: hukum menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada mayit, m/s137,pendapat empat mazhab berbunyi:

Madzhab Syafi'i:
Imam Syafi'i Rahimahullah berpendapat bahwa pahala membaca al-Quran tidak sampai kepada mayit dengan beralasan kepada ayat: "Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."(AnNajm:39)

Dalam hadith Rasullullah SAW disebutkan , "Jika anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal; anak shaleh yang mendoakannya, atau shadaqah jariyah sesudahnya, atau ilmu yang bermanfaat."

Ketika menjelaskan hadith ini An-Nawawi Rahimahullah berkata, "Adapun bacaan al-Quran yang pahalanya dihadiahkan kepada mayit, mewakili shalatnya dan sebagainya menurut pendapat madzhab Imam Syafi'i dan jumhur pahalanya tidak sampai kepada mayit."

Dia mengulang-ulang perkataan itu dalam beberapa tempat dari kitab Syarh Muslim seperti yang dijelaskan sebelumnya.

Dalam kitab Syarh Al-Minhaj karya Ibnu An-Nawi dia berkata, " Menurut kami pahala bacaan al-Quran itu tidak sampai kepada mayit."

soalan: dari dua buah buku ini, kami dapati kesimpulan penulis yang amat berbeza tentang pendapat ulama'.adakah penjelasan disebalik ini?
apakah sebenarnya pendapat dari segi mazhad syafi'i?
dan bolehkah pihak al-ahkam mencerahkan kepada kami tentang perkara berkaitan hal ini?

mohon pencerahan.

wallahu'alam.


*******************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan ringkas dan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Hukum samada pahala bacaan al-Quran sampai atau tidak kepada mayat menurut Mazhab Syafie terbahagi kepada dua pandangan.

- Mazhab Syafie yang dahulu (Mutaqaddimin) mengatakan ibadat mahdah (seperti solat, puasa, bacaan al-Quran) tidak sampai pahalanya kepada orang lain selain dari yang membacanya. Pandangan ini mashyur dikalangan ulama' Mazhab Syafie kata Syiekh al-Islam Zakaria al-Anshari al-Syafie.

- Mazhab Syafie Mutakhir berpendapat bahawa sampai pahala bacaan al-Quran kepada orang yang mati, seperti bacaan al-Fatihah. Ini juga merupakan pendapat ulama' Hanafi dan Hanbali.

Pandangan ini kita dapat lihat didalam Kitab al-Majmu' Syarh Muhazzab, Imam al-Nawawi rh berkata digalakkan membaca al-Quran di kubur, yang membaca akan mendapat pahala, mayat akan mendapat rahmat dan berkat. Begitu juga Imam al-Nawawi rh menjelaskan didalam Kitab al-Azkar, sesungguhnya sampai pahalam bacaan al-Quran kepada mayat sebagaimana Mazhab Ibn Hanbal, dan Jemaah ulama'.

Syeikh Jadul Haq [Buhuth wa fatawa, 2/38] didalam fatwanya berkata pandangan Mazhab Syafie yang masyhur, dan Mazhab Maliki yang asal, tidak sampai ibadat badaniyah, seperti membaca al-Quran. Akan tetapi, pandangan mutakhir dikalangan Mazhab Syafie dan Maliki yang dipilih adalah : sampai pahala kepada mayat dengan syarat-syaratnya. WA.

p/s Sila lihat video al-Fadhil Ustaz Dr Abdul Basit, rakaman Tanyalah Ustaz TV9 berkenaan Sampai Atau Tidak Bacaan al-Fatihah kepada Arwah?.

Sekian,wassalam

7 comments:

Anonymous said...

saudara aizuddin..boleh ke saya gunakan mana-mana artikel dalam blog ini untuk dimuatkan dalam blog saya?.untuk dikongsi bersama.sebagai rujukan boleh pergi ke laman blog saya; http://nazinfotech.blogspot.com/

Admin said...

salam,

silakan sdr, menjadi tanggungjawab kita bersama menyebarkan ilmu asal tidak menyimpang dari tuntutan alQuran dan as Sunnah...

ada banyak ilmuan yang menulis sila ikut laman-laman yang dituliskan di bahagian bawah.

nazinfotech said...

terima kasih. semoga kita memperoleh keberkatan daripada perkongsian ilmu ini..

omaQ said...

Date : 4-5 Disember 2010
Time : Sepanjang Hari
Place : Dataran 360 (Dataran Stadium Dato Sheikh Ahmad ) & Dewan Warisan kangar Perlis
Info :

4 Disember 2010

Forum Perdana (Malam )
Dr Juanda ( Mufti Perlis )
Dr Asri Zainal Abidin ( Matan Mufti Perlis )
Ustaz Abdullah Yassin ( Penceramah bebas Arab Saudi )
Ust Rasyid Idris ( Pengerusi )

5 Disember 2010

Anugerah Tokoh Sunnah Malaysia
Anugerah Tokoh Sunnah Perlis
Ceramah Khas
Pembentangan Ngo Islam dari Luar Negara
Perjumpaan Pemipin-pemimpin Sunnah Islam Di malaysia

P/s :- omaQ jadi utusetia Konvensyen tersebut.. sekirangan ada sebarang pertanyaan boleh call omaQ 0122959037

PEnyertaan dari Singapore + Indonesia + Thailand + Kemboja telah kami terima pengesahan… so ANDA dari Malaysia.. jom kita kesana.. memeriahkan lagi aktiviti aktiviti yang membolehkan kita Jalan Menuju ke SYURGa!!!!

website : http://www.omaq.org/v3/2010/12/02/konvesyen-pemikir-pemikir-islam/

Tolong sebar-sebarkan.. syukran

Unknown said...

semakin seru aja nih, semakin banyak pendapat semakin baik untuk di kaji, semoga manfaat

Unknown said...

Saudaraku sesama muslim...... Suatu ayat al qur'an dari pertama di turunkan sampai akhir zaman akan tetap sama tidak akan berubah ¡¡¡ ..... Jadi bagaimana bisa ada pendapat DAHULU dan ada Pendapat MUTAKHIR! ???!!!!

Anonymous said...

Ibadah yang sudah jelas baik dan bermanfaat suaaangat banyak kok cari-cari ibadah yang masih abu-abu antara benar dan salahnya.
GITU SAJA KOK REPOT

Post a Comment