Dec 18, 2008

Benarkah Rasulullah SAW Tahu Tentang Masa Depan

Saya mendengar ceramah agama oleh seorang penceramah yang agak terkenal. Menurut beliau, "Rasulullah (saw) memberitahu kepada Muawiyah bahawa cucu baginda al-Husayn akan dibunuh oleh anak Muawiyah suatu hari nanti. Kemudian Muawiyah membuat keputusan untuk tidak mahu berkahwin supaya beliau tidak mempunyai anak. Tetapi Muawiyah akhirnya terpaksa berkahwin juga dengan seorang tua kerana untuk mengubati satu penyakit di organ kelamin dan beliau mendapat anak (Yazid)". Penceramah terbabit, bagaimanapun, tidak memberitahu dari mana sumber kisah tersebut. Bukankah di sini nampak semacam wujud pertembungan (berlawanan) di antara ajaran al-Qur'an dan sumber Islam lain seperti hadith dan seerah mengenai subjek ini; iaitu pengetahuan Rasulullah terhadap perkara-perkara ghaib. Al-Qur'an banyak menumpu dan menekankan yang Rasulullah (saw) hanyalah seorang rasul, manusia biasa dan tidak mengetahui hal-hal ghaib. Sumber yang lain pula lebih menumpu dan menitikberat kepada kebolehan Rasulullah mengetahui perkara-perkara ghaib.

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ – 2291 : BENARKAH RASULULLAH S.A.W TAHU MASA DEPAN / FUTURE / GHAIB ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang peka dengan permasalahan-permasalahan agama .

Nampaknya di dalam persoalan yang saudara kemukakan itu sebenarnya mempunyai 3 persoalan , iaitu :

[color=red] 1 – Benarkah Baginda Rasulullah s.a.w mengetahui mengenai masa depan ( future ) ataupun hal yang ghaib ? .

2 – Benarkah di antara perkara ghaib yang diketahui oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah cucunya ( Saidina Hussein r.a ) akan dibunuh oleh Khalifah Yazid Bin Saidina Mu’awiyah r.a ? .

3 – Adakah memang benar Saidina Hussein r.a itu dibunuh oleh Khalifah Yazid rh ? . [/color]

Soalan 1 itu akan kami jawab secara berasingan , manakalan jawapan ke-2 dan ke-3 akan kami gabungkan kedua-duanya memandangkan ianya mempunyai kaitan yang rapat di antara kedua-duanya itu .

Berikut adalah jawapannya dengan izin dan taufiq serta hidayah daripada Allah Ta’ala.

Pertama : BENARKAH BAGINDA RASULULLAH S.A.W TAHU HAL GHAIB / MASA DEPAN ? .

Persoalan ini sebenarnya boleh dijawab dengan dua jawapan ringkas iaitu YA ataupun TIDAK .

Ya , benar ! , memang benar Baginda Rasulullah s.a.w tahu mengenai hal-hal yang ghaib dan apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan izin dan wahyu serta pengkhabaran daripada Allah Ta’ala itu sendiri .

Lantaran itulah , Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Surah al-Jin , ayat 26 & 27 :

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا
إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا

[color=blue] Ertinya : “(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu . Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya “ . [/color]

Inilah di antara bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w iaitu beliau mempunyai mukjizat yang dengannya , Baginda s.a.w dapat memberitahu apakah perkara-perkara yang ghaib dan apakah pula yang akan berlaku pada masa akan datang .

[color=red] Contohnya : [/color]

[color=blue] Peristiwa-Persitiwa yang berbentuk berita yg berlaku selepas kewafatan baginda s.a.w [/color]~ ex : Umat Islam yang bertelagah akan diselesaikan oleh cucu Baginda s.a.w iaitu Saidina Hassan Bin Saidina Ali r.a, Tentera Islam pimpinan Sahabat-sahabat r.a akan berjaya meluaskan empayar Islam seperti Cyprus, Konstantinopal (Turki sekarang) dan tentera Islam akan menaiki kapal laut untuk tujuan itu.

[color=blue] Peristiwa-Peristiwa yg berlaku di zaman sekarang : [/color] ~ ex : Sukarnya bagi kita menjaga agama kita, Islam dipandang pelik, lahirnya gerakan Anti-Hadis (Inkarus Sunnah), lahirnya fahaman Materialisme (Maddiyah), muslimin lebih suka akan perkara-perkara duniawi berbanding jihad di jalan Allah Ta’ala, Riba berleluasa, harta berlambak-lambak dan sebagainya.

[color=blue] Peristiwa-Peristiwa yg akan berlaku selepas zaman kita sekarang : [/color] ~ ex : Umat Islam akan merebut kembali bumi Palestin dan membunuh Yahudi Israel, Emas akan muncul di Sungai Furat (Euphrates), Gempa bumi semakin banyak, banyaknya bala dan akhirnya : Berlakunya Kiamat.

[color=blue] Baginda Rasulullah s.a.w juga menceritakan kisah Para Anbiya’ a.s sebelumnya s.a.w dan juga kisah-kisah orang-orang yang soleh dan zalim sebelum zaman Baginda s.a.w . Baginda s.a.w juga pernah menceritakan kepada kita mengenai hal-ehwal alam kubur dan alam akhirat , yang mana semuanya itu termasuk di dalam ALAM GHAIB . [/color]

Dan kalau dijawab soalan di atas dengan perkataan TIDAK , iaitu Baginda Rasulullah s.a.w TIDAK TAHU mengenai sesuatu hal ghaib ataupun masa depan kecuali dengan izin dan petunjuk daripada Allah Ta’ala , ATAUPUN Baginda Rasulullah s.a.w MEMANG TIDAK TAHU akan hal-hal ghaib dan masa depan dengan tepat lagi terperinci sebagai mana yang diketahui oleh Allah Ta’ala – Maka jawapan seperti ini pun tidak ada salahnya , sebab Allah Ta’ala sahajalah Yang Maha Mengetahui secara terperinci dan terang akan apa yang ghaib dan apa yang akan berlaku . Firman Allah Ta’ala yang mensifatkan diri Baginda Rasulullah s.a.w :


قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

[color=blue] Ertinya : “Katakanlah Wahai Muhammad ! : "Aku tidak berkuasa menarik kemanfa'atan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman ". [/color] ~ Ayat 188 , Surah Al-A’araf .

Firman Allah Ta’ala lagi :

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

[color=blue] Ertinya : “ Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz) " [/color] ~ Ayat 59 , Surah Al-An’am .

[color=red] Pendek kata , kedua-dua perkataan YA dan TIDAK boleh digunakan untuk menjawab soalan pertama di atas dan sudah tentulah Yang Maha Mengetahui mengenai hal-ehwal alam ghaib secara mutlak dan secara terperinci hanyalah Allah Ta’ala , Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui segala-galanya . [/color]

Adapun pengetahuan mengenai hal-ehwal ghaib yang diketahui oleh Para Nabi a.s dan manusia-manusia yang berilmu itu amatlah sedikit berbanding pengetahuan Allah Ta’ala mengenainya . Lantaran itulah Allah Ta’ala berfirman :

وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

[color=blue] Ertinya : “ ……..dan tidaklah kamu diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja “[/color] ~ Ayat 85 , Surah Al-Isra’ .

Silalah saudara V HoutenJr dan saudara-saudari sekalian melanjutkan lagi pengetahuan mengenai permasalahan ini dengan mengikuti perbincangan-perbincangan ilmiah melalui url berikut :

[color=red] MUKJIZAT RASULULLAH S.A.W [/color]
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=3958

[color=red] SJ – 2203 : PERSOALAN ROH & HANTU-SETAN DARI KUBUR [/color]


http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10107

[color=red] SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM ILMU GHAIB DAN RAMALAN YANG DILARANG ? [/color]
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9859

Persoalan Kedua & Ketiga : SIAPAKAH PEMBUNUH SAIDINA HUSSEIN R.A YANG SEBENARNYA ? :

Topik ini merupakan diantara topik – topik utama yang diperdalami oleh para ulama’ kita rh , khasnya tatkala mereka menghadapi “ serangan – serangan “ daripada pihak Orientalis dan Syiah yang saling berkerja-sama di antara satu sama lain untuk menghancurkan aqidah umat Islam .

Di al-Ahkam online juga tidak ketinggalan pernah dibincangkan isu ini sehingga menjadi “ panas “ apatah lagi di saat tatkala web al-Ahkam online “ diserang “ bertubi-tubi oleh golongan yang pro kepada Fahaman Syiah ataupun yang telah pun menjadi Syiah tulin . Perbahaasan mengenai topik ini boleh saudara-saudari dapatkan di url berikut :

[color=red] SANGGAHAN LAGI KEPADA SAUDARA NURM : SYIAH SIBER !!! [/color]
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB11&Number=6417


Secara ringkasnya : Kita umat Islam daripada kelompok Ahlus Sunnah Wal Jama’ah tidaklah meletakkan sejarah itu sebagai neraca tertinggi di dalam perundangan kita , bahkan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah yang sahihlah yang kita letakkan di sumber terutama di dalam Perundangan Islam . Oleh itu mana-mana sahaja kenyataan , hatta kenyataan yang konon-kononnya digelar sebagai “ Kenyataan Sejarah “ yang bertentangan dengan kedua-dua sumber tertinggi itu , wajiblah ditolak ! .

Kaum Syiah sengaja mereka-cerita kisah pembunuhan Saidina Hussein r.a dengan anak kepada Saidina Mu’awiyah r.a yang bernama Khalifah Yazid rh . Tujuannya ialah untuk merosakkan aqidah umat Islam sehingga tidak lagi mempercayai Al-Quranul Karim .

Mereka ( Syiah ) cuba mengaitkan pembunuhan cucu kesayangan Baginda s.a.w itu dengan Khalifah Yazid rh . Lalu mereka pula pura-pura bertanya ( perangkap ) : “ Siapakah Khalifah Yazid itu ? “ . Tentulah akan dijawab : “ Beliau adalah anak kepada Saidina Mu’awiyah r.a “ .

“ Siapa pula Saidina Mu’awiyah r.a itu ? “ . Tentulah kita akan menjawab : “ Beliau adalah salah-seorang para sahabat r.a yang ditugaskan untuk menulis mushaf Al-Quranul Karim “ .

Syiah akan bertanya lagi : “ Bagaimanakah kita boleh percaya kepada Al-Quran yang ditulis oleh seorang sahabat yang mempunyai anak yang tergamak membunuh cucu kesayangan Baginda Rasulullah s.a.w ??? “ .

[color=red] Nah ! , di sinilah sebenarnya motif mereka , iaitu untuk meragu-ragukan kepercayaan umat Islam terhadap Al-Quranul Karim dan Para Sahabat r.a dan motif ini sudah tentu akan dicapai oleh mereka dengan berusaha setapak demi setapak ( step by step ) dan sedikit demi sedikit menanamkan “ persoalan-persoalan yang meragu-ragukan “ ke dalam benak pemikiran umat Islam .

Sebenarnya , Syiah Kufahlah yang telah membunuh cucu kesayangan Baginda Rasulullah s.a.w itu akan tetapi mereka menuduh pula Khalifah Yazid Bin Saidina Mu’awiyah r.a sebagai pembunuhnya . Kaedah yang mereka gunakan ialah : “ Baling batu , sembunyi tangan ! “ . [/color]

Lihatlah sahaja kepada upacara yang diadakan oleh Kaum Syiah pada setiap 10 Muharram ( Hari Asyura’ ) , khasnya di Kota Karachi, Pakistan , di Lubnan dan hatta di Jerman , puak-puak Syiah pada hari itu akan menyambut perayaan dengan mengadakan upacara “ menyiksa tubuh-badan “ dengan pisau-pisau yang tajam seperti kelakuan orang-orang Hindu di dalam Perayaan Thaipusam .

Untuk apakah itu semua ? . Itulah tanda penyesalan mereka kerana telah membunuh cucu Baginda Rasulullah s.a.w di Karbala’ . Iraq satu masa dahulu dan tanpa segan-silu mereka sendiri mendakwa bahawa itulah caranya untuk mereka bertaubat daripada jenayah besar mereka itu sampaikan orang-orang yang bodoh yang melakukan upacara sial itu dengan nama “ AT – TAWWABUN “ ( Orang-orang yang suka bertaubat ) .

Sila lanjutkan pengetahuan saudara-saudari sekalian mengenai bab ini dengan mengikuti perbahasan di dalam url berikut :

[color=red] SYIAH PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN DI KARBALA
Artikel ditulis oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asri Yusoff Al-Hafiz [/color]
http://ibn-qaiyim.al-ahkam.com.my/cgi-bin/newscenter/viewnews.cgi?category=6&id=1026880644

ataupun dengan mendapatkan semula :

[color=red] MAJALAH AL-MUSTAQIM
(Edisi ke- 8 : Sept 95 , Edisi ke-9 : Okt 95, Edisi ke-11 : Dis 95 & Edisi ke- 12 : Jan 96 ) [/color]

Ustaz yang berceramah – sbg mana saudara nyatakan itu – jika secara sedar dan tahu , maka tidak syak lagi dia adalah di antara agen-agen Syiah yang cuba merosakkan aqidah umat Islam secara halus .

Jika ustaz tersebut tidak sedar dan tidak tahu bahawa kata-katanya itu berasal daripada musuh-musuh Islam iaitu kaum kafir Orientalis Barat dan kaum munafiq Syiah , maka mudah-mudahan ustaz itu bertaubat dan mahu membuat kenyataan terbuka kepada umat Islam bahawa apa yang dinyatakan itu adalah tersilap dan tersalah .

Temuilah kembali ustaz itu wahai saudara dan nasihatilah dia dengan baik dan berhikmah , mudah-mudahan dia mahu menginsafi ketelanjurannya ketika menyampaikan ceramahnya itu . Ajaklah seorang teman ataupun guru saudara yang ‘arif di dalam permasalahan ini ketika berhadapan dengan ustaz tersebut .


Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

[color=red]
1- FATWA AL-‘ALLAMAH SYEIKH ‘ATIYAH SAQR H.A ( WEB ISLAM.ONLINE ) [/color]
http://islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=11068

[color=red] 2 – LAIN-LAIN SUMBER [/color]

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
20 / Dzulhijjah / 1423 H
21/ Febuari / 2003 M

0 comments:

Post a Comment