Dec 25, 2008

Nabi Kena Sihir?

Salam,
ada seorang penulis telah menulis berkenaan hadis Bukhari yang mana Rasulullah telah disihir oleh orang kafir.

dengan pernyataan ini penulis berkenaan menyanggah hadis pasal nabi kena sihir berdasarkan kisah nabi musa.

penulis membuat perbandingan, takkan Nabi Muhammad penghulu segala Nabi tidak mampu melawan sihir sedangkan Nabi Musa yang bukan penghulu pun mampu lawan malah mengalahkan sihir sendiri.

soalannya

1) Bolehkah kita membuat perbandingan seperti penulis berkenaan?
2) Adakah status hadis itu di pertikaikan oleh ulama?
3)Jika tohmahan itu tidak benar, apakah jalan yg kita boleh ambil untuk membalas balik hujjah berkenaan.?

link hadis berkenaan
http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/073.sbt.html#008.073.089

_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith berkenaan Nabi saw disihir adalah sahih. Ia tidak boleh ditolak semata-mata dengan perbandingan logik dengan kisah Nabi Musa dan tukang sihir, Menurut Syiekh Ibn Jibrin bahawa :

a. Nabi saw tidak terkesan sihir itu secara fizikal, spiritual dan mental.

b. Tidak ada sesiapapun yang meriwayatkan bahawa terdapatnya perubahan didalam penghidupan beliau, samada apabila berurusan dengan baginda, samada didalam solat dan zikirnya atau pun pengajaran baginda.

c. Kesannya hanyalah beliau merasakan sudah melakukan hubungan intim dengan isterinya, akan tetapi sebenarnya beliau tidak melakukan, sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh A'isyah ra.didalam hadith tersebut.

d. Peristiwa ini merupakan Qada' dan Qadar Allah, dimana Allah menguji hambanya yang disayangi. [Al-Lu'lu al-Makin min Fataawa al-Syeikh ibn Jibrin, ms 65].

Mengenai persoalan Nabi sebagai penghulu Anbiya, mengapa ia tidak dilindungi? Syeikh Ibn Baaz rh. mengatakan bahawa sebenarnya Allah swt melindungi Nabi saw dari kaum kafir, dimana mereka tidak berjaya membunuhnya atau menghalang dari beliau menyampai mesej Islam. Disamping itu juga Nabi saw juga menjadi contoh ikutan yang terbaik, maka disana terdapat peristiwa Nabi saw cedera di Perang Uhud dsb. Peristiwa-peristiwa ini juga terjadi pada Nabi-Nabi terdahulu.[Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Ibn Baaz, rh, 8/149.]

Peristiwa Nabi saw kena sihir juga dilaporkan oleh ibn Kathir rh didalam Tafsirnya apabila membicarakan surah al-Falaq. Nabi saw telah diracun oleh lelaki Yahudi Labeeb ibn al-A'sam yang datang kepada baginda dan melakukan sihir keatasnya, menggunakan sikat, rambut yang tersangkut padanya dan kulit debunga pokok kurma jantan, Malaikat Jibril telah memberitahu Rasulullah saw apa yang berlaku kepada baginda. Jibril telah menyampaikan dua surah (al-Falaq dan al-Nas) agar baginda baca untuk perlindungan dari sihir, yang dinama surah al-Mi'wadhatain.

Kesimpulannya, peristiwa Nabi saw disihir itu benar, akan tetapi peristiwa tersebut tidak memberi kesan apa-apa keatas syariat. WA.

Sekian, wassalam

2 comments:

yu said...

sesungguhnya peristiwa itu sbg contoh kpd umat islam... Allah maha bijaksana. setiap berlaku atas izin Allah. Ditutusnya Al-quran,Nabi n Rasul utk paduan manusia
sesuatu ilmu kita dpt dr hadis nie.. Alahamdulilah

Saiful said...

Mukjizat yang diberikan Allah.kepada nabi nabi tidaklah sama.nabi musa diberi mukjizat melawan tukang2 sihir firaun dan nabi muhammad saw diberi mukjizat lain.
Namun.sihir sihir.itupun.tidaklah sampai mencacatkan atau menyebabkan tercelanya rasulullah dek sihir para kafir itu.

Post a Comment