Jan 13, 2010

Status Hadis Bertanya Soalan Melampau

Abu_Bukhari »

Assalamualaikum,

Mintak panel hadith berikan tahqiq pada hadith ini.

عن معاوية أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الغلوطات

Dari Muawiyah r.a,

'Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari bertanya soalan-soalan yang melampau'(Abu Daud, Ahmad dan lain2)

Setakat pencarian saya, Syeikh Albani mendai'fkan hadith ini dalam Sahih wa Da'if Sunan Abi Daud(no.3656) dan Mishkat(no.243)

Syeikh Syu'aib al-Arnauth juga mendaifkan isnadnya dengan sebab majhulnya 'Abdullah bin Sa'ad' (tahqiq musnad Ahmad, no.23687)

Syeikh Torifi pulak tidak mengomentar apa2 dalam Zawaid Abu Daud(no.3656)-saya beranggapan dia menganggap hadith ini sahih

Maka apa kata putus panel hadith?


***********************************
alitantawi »

Sekadar pencarian..

Pertama, syeikh Torifi tidak memberi apa2 komentar tidak semestinya menandakan dia menilainya sebagai sahih. Melainkan kalau ada dia beritahu itulah manhajnya dalam buku Zawaaid beliau.

Kedua, hadith ini mempunyai banyak penyokong dgn makna yg sama dalam buku-buku utama hadith sama ada riwayat marfu' atau mauquf.

Ketiga, sekadar mampu, saya dapati hadith ni dinilai dhaif dengan jelas antaranya oleh Ibn Muflih dalam al-Aadab al-Syar'iyyah.

0 comments:

Post a Comment