Dec 15, 2008

Sahihkah hadis kelebihan selawat ini?

Saidatina Aisya r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap, dapatkah Sayidatina Aisyah mengambil jarum yang terjatuh?

Dapat, iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi s.a.w. melangkah masuk. Cahaya dari tubuh Nabi menerangi ruang yang gelap itu. Sayidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah s.w.t. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada Nabi.

"Subhanallah! Adakah dikalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini, wahai Rasulullah ?" tanya Sayidatina aisyah r.ha.

" Ada, " jawab Nabi s.a.w. " Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."

Kata-kata Nabi itu membenarkan apa yang pernah diberitahu oleh Malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi.

Kata Malaikat Jibrail, " Celakalah orang yang apabila namamu ( Nabi ) disebut, dia tidak berselawat ke atasmu. "

**************************
alitantawi

sekadar pencarian yang mampu..

- tidak ditemui hadith yang mempunyai maksud seperti ini secara keseluruhannya.

- namun begitu terdapat hadith yang menyatakan bahawa amat rugi bagi seseorang itu apabila nama Rasulullah SAW disebut tetapi dia tidak berselawat. Hadith ini diriwayatkan antaranya oleh al-Tirmidzi dan beliau sendiri menilai hadith ini sebagai 'hasan gharib' yang kebiasaannya membawa maksud ia adalah dhaif, wallahu a'lam.

- terdapat satu lagi hadith yang berkaitan iaitu 'orang yang bakhil ialah orang yang apabila namaku disebut, dia tidak berselawat ke atasku'. hadith ini juga diriwayatkan oleh al-tirmidzi dan beliau menilai ia sebagai 'hasan sahih'.

- Imam al-Tirmidzi ada menyebutkan bahawa terdapat pandangan daripada ulama di zaman awal Islam bahawa jika kita mendengar seseorang menyebut nama Rasulullah SAW dalam satu majlis, cukuplah dia berselawat sekali sahaja untuk sepanjang majlis itu.

wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment