Dec 16, 2008

Hand Phone Ada Grafik Ayat Quran

ASSALAMU'ALAIKUM.,

Berkenaan dgn handphone lagi,ingin saya minta pendapat Ustaz lagi.Jika pengguna handphone tersebut adalah seorang perempuan dan handphone tersebut diaktifkan profil grafik,logo operator dan juga ikon bergambar dgn paparan berbentuk Islam.Kita semua mengetahui yg perempuan akan datang bulan dan dlm tempoh itu syarak tidak membenarkan perempuan melakukan ibadah termasuklah menyentuh ayat-ayat suci(Al-Quran atau lembaran-lembaran yg mengandungi ayat suci Al-Quran).Bagaimana jika perempuan yg dalam haid itu menyentuh handphone yg tertera paparan ayat suci Al-Quran ataupun puji-pujian ataupun kalimah-kalimah yg bercorakkan Islam?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته


{ بسم الله الرحمن الرحيم }


(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara Mutakalim itu sekali lagi, semoga saudara diberkati oleh Allah Ta’ala di atas keperihatinan saudara dan semoga permasalahan itu juga ada kebaikannya untuk semua umat islam , insya-Allah.

Sebagaimana yang telah kami jelaskan di dalam SJ - 1893 : HANDPHONE YG MEMPUNYAI AYAT-AYAT SUCI , maka jawapan yang berkaitan di antara permasalahan itu dan permasalahan ini adalah sebagaimana berikut :

1 - Handphone sebagaimana telah dijelaskan adalah di antara salah-satu keperluan manusia di zaman moden ini , khasnya bagi mereka yang banyak berurusan dengan berbagai pihak . Dan Islam sebagai agama yang sentiasa meminta umatnya agar boleh menyesuaikan diri dengan peredaran masa ) selagi tiada apa-apa yang menyalahi syarak ) , maka tidaklah menjadi apa-apa dosa untuk mengikuti peredaran masa itu. Oleh sebab itu , handphone yang salah-satu kepentingan dan keperluan hidup di zaman ini adalah satu perkara yang tidak dapat dimungkiri lagi oleh sesiapa .

2 - Adapun mengenai permasalahan seseorang wanita yang sudah tentu didatangi waktu-waktu yang TIDAK SUCI seperti waktu haidh , nifas dan seumpamanya , lalu di saat itu mereka masih lagi memegang handphone yang tertera (display) di skrinnya ayat-ayat suci , MAKA PERKARA SEPERTI ITU ADALAH SATU PERKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN DAN DIBIARKAN BEGITU SAHAJA.

Walaupun handphone merupakan satu keperluan semasa , akan tetapi MEMAPARKAN ICON @ GRAFIK AYAT-AYAT SUCI ( Seperti Basmallah , Takbir ...dsbgnya ) BUKANLAH SATU KEPERLUAN .

BUKAN SATU KEPERLUAN ertinya ialah , kalau tidak dipenuhi hasrat itu , tidaklah menimbulkan sebarang permasalahan kepada seseorang itu dan tidak pula hasrat sedemikian dituntut oleh agama , mahupun kehidupan !!!.

Lantaran itu , bagi seseorang yang didatangi " waktu pantang " @ " waktu tidak suci " , maka HENDAKLAH MEREKA TIDAK MEMEGANG HANDPHONE YANG MEMAPARKAN AYAT-AYAT SUCI DI SKRINNYA , dan kalau hendak juga memegangnya , maka hendaklah mereka terlebih dahulu menukar icon @ grafik tersebut kepada icon @ grafik yang tidak memaparkan ayat-ayat suci yang menjadi syiar-syiar kebesaran dan kemulian Islam.

Sebagaimana seseorang wanita itu tidak dibenarkan memegang mushaf ( lemaran ) Al-Quran Al-Karim di waktu ketika itu , maka begitulah juga , mereka tidaklah patut memegang handphone yang memaparkan ayat-ayat suci .

Apakah sangat berat untuk tidak memilih icon @ grafik seperti itu , agar tidak berlaku kecuaian dan kelalaian seperti memasuki tandas dengan membawanya , ataupun memegangnya di kala " datangnya bulan " !?


Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

9 / Sya’aban / 1423 H
16 / September / 2002 M

0 comments:

Post a Comment