Jan 21, 2009

Hadis Kekuatan 40 Orang Lelaki

Salam,
Saya mendengar dari seorang sahabat yang menceritakan(yang dia mendapat dari seorang pakar motivasi) berkenaan hadis dari rasullullah saw (keseluruhan makna hadis saya tak ingat) tapi secara kesimpulannya hadis itu menceritakan berkenaan dengan jika kita mengamalkan beberapa jenis makanan seperti biji gandum, mentega & daging kambing akan mendapat kekuatan/tenaganya seperti kekuatan 40 orang lelaki...?
Tolong jelaskan keshahihan/kepalsuan berkenaan kisah ini & mungkin ustaz pernah mendengar akan hadis ini?Mohon maaf sebab tak mampu nak sertakan makna asal hadis tu...

*****************
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

hadis berkenaan dengan makan makanan tersebut, dan diberikan kekuatan 40 orang lelaki adalah BATIL dan PALSU. antaranya ialah:

PERTAMA:
Hadis yg kononnya Nabi bersabda: Jibril datang kepadaku dengan membawa sebiji periuk (berisi makanan), lalu aku memakan makanan itu, lantas aku dikurniakan kekuatan jimak seperti 40 orang lelaki.

Dihukum oleh ulama sebagai BATIL atau PALSU. antaranya:
kata al-Khatib: Hadis ini batil.
Kata al-Ghumary: palsu.
Kata al-Albani: batil, kerana ia mursal, dan mu'dhal.

KEDUA:
Hadis Ibn Abbas, kononnya Nabi bersabda; Datang jibril kepadaku dengan membawa harisah (daging dan gandum yg dimasak bersama) daripada syurga, lalu aku memakannya. lantas aku dikurniakan kekuatan jimak seperti 40 orang lelaki.

juga dihukum PALSU oleh para muhaddithin. seperti:
Ibn Adiy berkata: palsu.
Ibn Jauzi: palsu.
haithami: palsu.
suyuti berkata: hadis ini palsu, direka cipta oleh Muhammad bin al-Hajjaj al-Lakhmiy, iaitu seorang penjual harisah (daging dan gandum yg dimasak bersama).
al-Albani: palsu.

rujukan:
al-Laali al-Masnuah oleh Suyuti 2/199
al-Maudhuaat oleh Ibn Jauzi 3/17
Kasyful Khafa oleh al-Ajluni 1/175
Faidhul Qadir oleh al-Munawi 1/130
al-Silsilah al-Dhaifah wal Maudhuah oleh al-Albani 4/179


Wallahu Taala A'lam.

0 comments:

Post a Comment