Jan 13, 2009

Pengajaran Ayat 123 Surah Al-Baqarah

Salam

ana yang jahil ni , ingin mengetahui dan mengambil pengajarannya dari ayat ayat yang tersebut itu.

ALLAH MAHA MENGETAHUINYA!
-----

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ayat 123 surah al-Baqarah ini merupakan lanjutan dari ayat 122 yang ditujukan kepada Bani Israil agar mereka ingat akan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada mereka.

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

"Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)".[al-Baqarah : 122]

وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

"Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara)". [al-Baqarah : 123]

Ibn Kathir didalam mentafsirkan kedua-dua ayat ini berkata "bahawa ayat ini menekankan betapa pentingnya mengikut (ittiba') Rasulullah saw, yang telah dijelaskan sifat-sifatnya, namanya, berita baik mengenainya dan gambaran umatnya didalam kitab-kitab mereka.

Allah memberi amaran kepada mereka agar jangan menyembunyikan maklumat ini, dimana salah satunya adalah nikmat dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka. Allah juga memerintahkan agar mereka mengingati kehidupan harian mereka (duniawi) dan agama mereka (dinniyah), dan bagaimana Allah merahmati mereka, Mereka dilarang dari mendengki sepupu mereka, orang-orang Arab, atas apa yang Allah telah reskikan kepada mereka. Rasul terahir Allah adalah dari kalangan orang Arab, Janganlah dijadikan hasad dengki, menafikan kenabian atau menahan diri dari mengikutinya, moga2 Allah sentiasa merahmatinya sehingga hari Kiamat." [Tafsir al-Quran al-Azhim, 1/232].

Diringkas disini pengajaran yang nyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaily didalam Tafsir Munir (1/325-326) :-

a. Ayat ini menegaskan bahawa kaum Bani Israel diseru agar taat kepada Nabi terakhir sebagaimana sifat-sifatnya telah dijelaskan didalam kitab Taurat. Mereka diingatkan dengan nikmat dunia dan agama yang telah dikurniakan kepada mereka. Mereka dilarang melakukan hasad dengki kepada orang Arab, terutamanya kepada Nabi terakhir.

b. Ayat ini memberi amaran mengenai realiti azab yang amat pedih pada hari Akhirat, dimana tidak ada sesiapa yang boleh memberi pertolongan, tiada kuasa yang boleh menafikan azab Allah, dimana setiap insan akan bertanggung-jawab keatas diri mereka sendiri. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment