Jan 21, 2009

Hadis Berkaitan Bangsa Parsi

Ada penceramah membaca Hadis dibawah di kuliah di surau kg saya.

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1476

Quote:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4618

Apa keistimewaan Bangsa Parsi ni selain dahulu melahirkan ramai ulama?
Disebut sendiri oleh Rasulullah?

*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :-

لو كان الدين عند الثريا لذهب به رجل من فارس أو قال من أبناء فارس حتى يتناوله
"Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya" [Hadith Riwayat Muslim]

Hadith ini sebenarnya merujuk kepada kelebihan yang ada pada sahabat Nabi saw; Salman al-Farisi ra. Beliau merupakan anak orang kaya yang mempunyai latar belakang Majusi dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Melalui agama Kristian beliau telah mengambara ke Syria, Mosul, Nasibin dan 'Ammuriyah mendalami agama dari tokoh-tokoh Kristian

Daripada tokoh-tokoh Kristian ini, Salman mengenali ciri-ciri Nabi akhir zaman, Muhammad saw. Dari Syria beliau telah pergi ke Wadi al-Qura untuk bertemu Nabi saw, akan tetapi didalam perjalanan tersebut beliau telah ditipu oleh Badwi Kalbi, yang akhirnya beliau dijual kepada Yahudi. Kemudian beliau telah memeluk agama Islam dan dibebaskan oleh Nabi saw daripada penghambaan.

Hadith ini dikelasifikan oleh Imam Muslim didalam katetgori kelebihan para sahabat. Ulama' mengatakan ia menggambarkan seorang pemuda yang begitu tekun mengembara mencari ilmu dan kebenaran. Kegigihan ini juga telah digambarkan didalam sebuah hadith lain yang laporkan oleh Ibn 'Abbas, riwayat Ahmad didalam al-Musnad (5/441) dimana ulama' mengatakan sanadnya sahih.
----------

Walaubagaimanapun. ada puak yang cuba mengambil hadith ini didalam menjustifikasikan apa yang berlaku di Iran, dengan merujuk kepada pemuda Parsi. Hadith diatas ini ditujukan kepada manusia mulia yang bergelar sahabat Nabi saw, dan bukan manusia biasa masa kini. Hadith ini mengabadikan kelebihan sahabat Nabi saw yang bernama Salman, yang berbangsa Parsi.

Agak ironik sekali puak-puak yang mencaci Abu Hurairah ra., tiba-tiba bila bertemu hadith ini, terus menggunakannya bagi kepentingan puak-puak mereka. WA.

Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment