Jan 13, 2009

Mad Jaiz Baca Dua Harakat

Assalamualaikum kepada ahli panel AAN,

Di sini ana ingin bertanya mengenai hukum membaca Al-Quran dengan mad jaiz 2 harakat. Adakah orang awam dibenarkan membaca sedemikian ataupun tidak bolah sama sekali? Seorang yang masih menuntut di Tanta, Mesir ada berkata kepada ana bahawa tidak boleh seseorang itu membaca mad jaiz dengan 2 harakat kecuali setelah dia selesai bertalaqqi 30 juzuk Al-Quran dengan mana-mana syeikh yang mahir Al-Quran dengan membaca mad jaiz 2 harakat di hadapannya. Mohon penjelasan lanjut.

Segala komitmen dan usaha yang dikerahkan untuk membalas persoalan yang dikemukakan disudahi dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira. Barakallahu lakum.

Wassalam 'alaikum.
_________________


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mad Jaiz dinamakan sedemikian daripada perkataan 'Jawaz' yang bermaksud 'harus'. Kerana para qurra' mengharuskan dibaca dengan pendek (2 harakat) ataupun dibaca panjang (3,4,5, atau 6 harakat).

Maka tidak benar dakwaan mewajibkan bertalaqqi dengan seorang qari yang mahir sehingga selesai 30 juz barulah boleh membacanya dengan 2 harakat.

rujukan:
- Hidayatul Qari
- Syarah Muqaddimah Jazariyyah

0 comments:

Post a Comment