Dec 18, 2008

Celak Mata Baginda Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum...

Ana nak minta hadis2 sebagai rujukan perihal tentang pemakaian celak.

JazaKAllahukhayr:)

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ – 2220 : CELAK MATA BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Ibnu Ahmad dari Petaling Jaya di atas soalan yang dikemukakan itu .

[color=blue] Bercelak adalah salah-satu sunnah Baginda Rasulullah s.a.w yang termaktub di dalam koleksi hadist-hadist dan sirah Baginda s.a.w , yang mana contoh tersebut merupakan satu perkara yang tidak dapat dimungkiri lagi oleh sesiapa. [/color]

Walaupun sunnah tersebut tidaklah sampai ke tahap wajib , yang memestikan setiap orang-orang Islam melakukannya , akan tetapi bagi umat Baginda s.a.w yang benar-benar mencintai Baginda s.a.w akan tetap cuba sedaya-usaha untuk mencontohi Baginda s.a.w .

Seperti seorang yang begitu suka dengan Michael Jackson , bukan sahaja lagu-lagunya yang akan didengarinya , bahkan segala tingkah-lakunya akan ditirunya , seperti cara beliau berpakaian sekalipun nampak pelik dengan memakai stokin putih dan berkasut hitam , orang itu akan tetap menggayakannya . Hanya dengan beralasan dia adalah seorang pencinta ( fanatik ) kepada Michael Jackson .

Kalau seseorang itu boleh fanatik kepada Michael Jackson , sedangkan beliau dipuji dan dikeji , betapa pula kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w yang merupakan makhluk yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala dan merupakan seorang yang tidak berdosa ( maksum ) !? .

[color=blue] Di antara kelebihan yang dipunyai oleh umat Nabi Muhammad s.a.w ialah adanya semua catatan dan rekod mengenai Baginda Rasulullah s.a.w . Sama ada rekod dan catatan tersebut mengenai ucapan-ucapannya , ataupun perbuatan-perbuatannya , ataupun pengakuan-pengakuannya , budi-pekertinya , rupa bentuk fizikalnya dan sebagainya . Semuanya itu terhimpun di dalam ilmu yang dikenal sebagai “ Hadist “ , “ Sunnah “ dan “ Sirah “ . [/color]

Dan sudah tentu perkara ini menunjukkan betapa sayangnya dan peka umat Baginda Rasulullah s.a.w terhadap Baginda s.a.w dan ianya sudah tentu lebih menunjukkan bahawa baginda s.a.w adalah benar-benar seorang utusan Allah Ta’ala .

Di antara catatan dan rekod yang terkemuka yang membahaskan mengenai bentu fizikal , akhlak dan tingkah-laku Baginda s.a.w ialah kitab yang bernama [color=blue] “ ASY-SYAMAIL MUHAMMADIAH “ ( الشمائل المحمدية ) [/color] yang dihasilkan oleh seorang cendekiawan hadist yang terkemuka iaitu : Al-Imam al-Muhaddist al-Kabir Muhammad Bin ‘Isa At-Tirmidzie rh { 210 – 279 H } .

[color=blue] Kitab tersebut telah kami usahakan sebagai bahan sajian kepada seluruh umat Islam , khasnya para pengunjung Web al-Ahkam Online ini . Dan Saudara Gayat daripada U.K telah diberikan amanah untuk mengendalikan ruang tersebut di dalam web ini . [/color] Sila lihat : http://al-ahkam.com.my/forum/postlist.php?Cat=&Board=syamail&page=0&view=collapsed&sb=2&o=

Daripada situ saudara dapatlah mengetahui mengenai bagaimanakah caranya Baginda Rasulullah s.a.w bercelak .Sebagai contohnya ialah hadist berikut:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ وَزَعَمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لَهُ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ بِهَا كُلَّ لَيْلَةٍ ثَلَاثَةً فِي هَذِهِ وَثَلَاثَةً فِي هَذِهِ

[color=blue] 49 - Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas ra. Dikemukakan: “Sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Bercelaklah kalian dengan Itsmid(1), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.” Sesungguhnya, Nabi saw mempunyai tempat celak yang digunakannya untuk bercelak pada setiap malam. Tiga Olesan di sini dan olesan di sini.(2)(3) [/color] ~ (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid an-Razi4), dan Abu Daud at-Thayalisi, dan Abbad bin Manshur, dan Ikrimah, yang bersumber dan Ibnu ‘Abbas r.a.) – Status Hadist : Hasan Gharib .

[color=red] ### Nota Kaki ### [/color]

1). Itsmid adalah batu celak, biasanya berbentuk serbuk. Warnanya hitam atau biru. Serbuk Itsmid tersebut dioleskan pada bulu mata atau disapukan di sekeliling mata.
2). Tiga olesan di mata kanan dan tiga di mata kiri.
3). Dalam Sunan Ibnu Majah pun terdapat hadits yang semakna dengan ini, iaitu dalam bab ‘at-Thib’, hadits no. 3497-3499. Demikian pula dalam Sunan Nasai, iaitu pada bab ‘perhiasan.’
4). Muhammad bin Humaid ar-Razi dikenal dengan sebutan Abu Abdullah. Ahli hadits berselisih mengenai dirinya. Ibnu Ma’in menganggapnya sebagai rawi yang baik. Tapi yang lainnya menilai ia seorang hafiz yang dhaif. Ia wafat pada tahun 248H

Sebelum kami menutup jawapan ini , sukalah kami tegaskan bahawa betapa pun dakwaan orang-orang Yahudi dan Kristian yang mengakui mereka adalah para pengikut Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s , akan tetapi di manakah catatan dan rekod yang sahih lagi muktamad mengenai semua sunnah nabi – nabi a.s tersebut di sisi mereka ? .

Nabi Isa a.s sendiri tidak berkahwin ,bolehkah orang-orang Kristian mengikuti “ sunnah “tersebut ? :happydevi

****************************************

[color=blue] RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN : [/color]

[color=red] ASY-SYAMAIL MUHAMMADIAH [/color]
Oleh : Al-Imam al-Muhaddis al-Mudaqqiq Muhammad Bin ‘Isa At-Tirmidizi ( rh )
Komentar Ringkas Oleh : Syeikh Hasan Ahmad Asbar ( ha )
Hadist ke-48
Terbitan : Dar Ibn Hazm ( rh ) - Beirut

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
30 / Dzulqa’edah / 1423 H
1 / Febuari / 2003 M

5 comments:

Anonymous said...

Salam.Sy ingin bertanye tentang penggunaan eyeliner didalam solat.Adakah sah wudhu'& solat jika eyeliner/celak yg dipakai kekal pd mata& tidak tanggal sewaktu mengambil wudhu'? -ct-

Admin said...

W'salam

bergantung kepada eyeliner diperbuat daripada bahan yang halal serta yang paling penting ianya telus air...

tidak sah wuduk jika tidak telus air... WA

Mumtaz said...

saya nak bertanya.adakah pemakaian eyeliner ala-ala firaun itu berdosa sedangkan kita tidak pernah berniat ingin menyerupai firaun?

Anonymous said...

salam..saya ingin bertanya adakah sah wudhu' sekiranya memakai eyeliner yg telus air tetapi tidak tanggal pada sewaktu mengambil wudhu'??

Unknown said...

Good

Post a Comment