Mar 20, 2010

Hadith Thabarany: Penzina Ditimpa 4 Kecelakaan

Postby Pang5_Hitam »

salam ustaz,

Pada banyak laman web byk dinyatakan hadith berkenaan di atas seperti terjemahan di bawah yang dikatakan ia riwayat al-Thobarany drp Ibn Abbs seperti brkt:-

“Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaanAllah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Antara laman tersebut ialah http://www.tranungkite.net/v10/modules. ... =0&thold=0

Mohon jasa baik ustaz yang berkelapangan untuk menjelaskan kemusykilan saya. Terima kasih.


**********************************
Postby alitantawi »

Sekadar pencarian...

1- Hadith ini dengan lafaz yang disoal adalah di antara hadith-hadith yang telah sekian lama dinilai sebagai tidak sahih bahkan ada yang mengatakan palsu. Terdapat juga hadith-hadith yang seakan sama lafaznya iaitu menyebut '6 akibat zina'.

2- Terdapat ramai ulama yang menilai hadith ini sebagai tidak sahih malah palsu sejak dahulu lagi. Di antara mereka ialah Ibn Hibban (354H) dalam al-Majruhin, Ibn Adiy (365H) dalam al-Kamil, Abu Nu'aim (430H) dalam Hilyat al-Auliyaa', al-Baihaqi (458H)dalam Syu'ab al-Iman, Ibn al-Jauziy (597H) dalam al-Maudhu'aat, al-Zahabi (748H) dalam Mizan al-I'tidal dan lain-lain lagi.

3- Namun begitu umum sudah amat tahu bahawa zina adalah di antara dosa besar yang dilarang di dalam Al-Quran dan hadith-hadith sahih.

wallahu a'lam.

1 comments:

Quran said...

Hey,salam malikum,
your post is relay very interesting, But mohon jasa baik ustaz yang berkelapangan untuk menjelaskan kemusykilan saya. Terima kasih.

THANKS

Post a Comment