Jan 13, 2009

Apa Itu Tabut?

Salam

Apa itu Tabut??...mungkn bleh bagi info...

T.kasih...
_________________

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Dari segi istilah tabut (تَابُوت ) bermaksud sunduq; kotak, peti, keranda etc. Ada juga kamus Mesir yang mendefinasikan Tabut sebagai "Kayu penanda kubur". Istilah Tabut terdapat didalam surah al-Baqarah ayat 248 :-

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

"Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman."

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili ha. menjelaskan bahawa Tabut adalah sunduq atau kotak yang terpelihara didalamnya Kitab Taurat, dan diriwayatkan bahawa kotak tersebut diperbuat dari kayu yang bersalut emas. al-'Amalqa telah mengambilnya, dan kemudian dikembalikan kepada Bani Israel. Kemudian orang Palestin telah mengambilnya dan akhirnya disampaikan kepada Talut [Tafsir al-Munir, 1/800].

Didalam kitab tafsir fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa malaikat telah membawa kotak berisi Kitab Taurat kepada Talut. Peti tersebut adalah peninggalan dari keluarga Nabi Musa as. dan Nabi Harun as.dimana pihak musuh telah mengambil peti tersebut setelah Nabi Musa as. wafat. [Sayed Qutb, ms 268].

Ada juga kisah Israiliyyat didalam kitab-kitab tafsir yang mengkisahkan bahawa Tabut itu mengandungi Nama dan Gambar Nabi-Nabi semenjak Nabi Adam as. ke Nabi Musa as.

Kesimpulannya, Tabut didalam surah al-Baqarah:248 membawa maksud peti yang didalamnya terkandung kitab Taurat. WA.

Sekian, wassalam

3 comments:

Anonymous said...

Benarkah Tabut Musa berada tersembunyi
di Nusantara di Pulau Jawa Indonesia..??

Unknown said...

http://reretaipan88.blogspot.com/2018/06/asiataipan-taipanqq-taipanbiru-15.html

Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
BandarQ
AduQ
Capsasusun
Domino99
Poker
BandarPoker
Sakong
Bandar66

Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61

Daftar taipanqq

Taipanqq

taipanqq.com

Agen BandarQ

Kartu Online

Taipan1945

Judi Online

AgenSakong

Panji Alam Nusantara said...

Tidak

Post a Comment