Dec 25, 2008

Hadis 9/10 Rezeki Dari Perniagaan

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20070605001522/Article/

adakah hadis ni sahih?
sbb pernah terdgr dari muhaddisin malizia kata itu bukan hadis.
benarkah?

syukran.

-------------
al-Jawab:

Matannya berbunyi, "Berniagalah kamu kerana
sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."

Hadith ini mursal sebagaimana disebut oleh Al Iraaqi dalam takhrij
Ihyaa' 2/79

Maka Al Albani juga melabelkan hadith ini sebagai dha'eef dalam
silsilah no 3402 dan dha'eef al jaami' no. 2434. sekian

2 comments:

Bintun S@lleh said...

maksudnya?? kita x blh percaya hadis ni ke??

Anonymous said...

Kita x boleh menjadikannya sebagai hujah sbb dia bkn hadis sahih. Perawinya tabii,sempat bertemu sahabat tapi x sempat bertemu rasulullah. Boleh nak amalkan sikap berniaga bersandarkan perbuatan trsebut sunnah nabi,tp bkn atas sebab dalil Ni. Itu pendapat sayalah

Post a Comment