Dec 18, 2008

Hukum Jual Ayat-ayat Suci

ADA AJK SURAU BUAT SATU PROGRAM UTK MENGUTIP DERMA PEMBINAAN SURAU.DIA BUAT LAMINATE AYAT AL QURAN DAN TERJEMAHANNYA SEKALI DLM BENTUK A4.KEMUDIAN DIA GUNA AYAT ALQURAN INI DGN HARGA NYA UTK DAPATKAN DUIT TERSEBUT.
PERTANYAAN SAYA ADAKAH INI BOLEH DILAKSANAKAN,ADAKAH INI TAK DINAMAKN MENJUAL AYAT ALQURAN.

APA PANDANGAN USTAZ TENTANG INI.

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ - 2193 : HUKUM MENJUAL AYAT-AYAT SUCI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Tindakan AJK Surau tersebut SAMA-SEKALI tidak boleh dipandang sebagai HARAM ataupun BERDOSA , apatah lagi jika dituduh pula mereka itu hina kerana “ memperniagakan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim “ .

Guru-guru yang mengajar Al-Quranul Karim pun boleh mengambil upah di atas kerjanya itu , maka begitulah juga dengan menjual dan membeli ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Kalau tindakan AJK Surau itu dikatakan HARAM sebab memperniagakan Al-Quran , maka bagaimana pula dengan mereka yang menjual dan membeli Al-Quranul Karim !? . Kalau mushaf-mushaf Al-Quranul Karim dan kitab-kitab hadist pun boleh dijadikan bahan perniagaan , maka begitulah juga dengan apa yang dilakukan oleh AJK Surau itu .

Kalau dikatakan HARAM , bagaimana pula dengan mereka yang menjual ayat-ayat suci dengan khat benang emas yang begitu cantik daripada negara Mesir dan Syiria , haramkah juga perniagaan ini ? .

Kalau dikatakan berdosa , bagaimanakah pula dengan Supermarket Mydeen dan kedai-kedai yang begitu banyak di Jalan Masjid India ( sebagai contoh ) yang banyak menjual perhiasan-perhiasan yang berukir dengan ayat-ayat suci . Adakah haram perniagaan mereka !? .

Kita masih belum menemukan sebarang fatwa daripada mana-mana ulama’ yang mengharamkan perniagaan yang seperti ini .

Sebenarnya , Tindakan yang dilakukan oleh AJK Surau tersebut merupakan tindakan yang bijak , kerana :

1 – Dengan cara menjual ayat-ayat Al-Quranul Karim yang telah di”laminating” itu lebih menarik minat para jemaah untuk membeli sambil bersedekah .

2 – Kalau derma diminta begitu sahaja tanpa cara itu , mungkin lebih susah untuk dikumpulkannya disebabkan kebanyakan manusia memang mahukan adanya imbalan .

3 – Ayat-ayat suci yang dijual itu sendiri boleh dijadikan tazkirah ( peringatan ) kepada manusia di saat mereka lalai , sebagai mana orang yang menggantungkan tali yang mempunyai ayat-ayat suci ataupun ditampal sticker ayat-ayat suci di dalam kereta-kereta mereka. Bukankah manusia itu sendiri mudah lupa dan senang lalai ?

[color=blue] So , bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan “ HARAM MENJUAL AYAT-AYAT ALLAH “ ??? :

Jawapan kita : [/color] Di dalam Al-Quranul Karim sendiri memang terdapat larangan menjual ayat-ayat Alllah Ta’ala , sebagai mana tersebut di dalam Surah al-Baqarah , ayat 41 :

وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

Ertinya : “Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu MENJUAL ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa “

Pengertian dan arahan yang sama juga terdapat di dalam Ayat 44 , Surah al-Maidah dan ayat 95 , Surah an-Nahl . Dan ketiga-tiga ayat tersebut TIDAKLAH SAMA SEKALI MENGHARAMKAN KITA BERJUAL-BELI AYAT-AYAT AL-QURANUL KARIM .

Perkataan “ MENJUAL “ di dalam ketiga-tiga ayat tersebut sebenarnya adalah merujuk kepada “ MENUKAR-NUKAR “ . Maka boleh difahami ayat itu sebagai mana berikut dengan melihat kepada kaitan di antara ayat tersebut dengan ayat sebelumnya : [color=red] “ Wahai Yahudi ! berimanlah kamu kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Al-Quranul Karim yang dibawa olehnya kerana sifat-sifat kerasulannya sendiri sudah kamu temui dengan jelas lagi terang di dalam kitab Taurat kamu ! . Wahai pendita-pendita Yahudi ! Janganlah pula kamu menjadi orang-orang yang pertama sekali menentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w walhal kamu sendiri tahu melalui kitab kamu bahawa dia itu benar-benar adalah utusan Allah ! . Wahai orang-orang Yahudi ! , janganlah pula kamu menukarkan peringatan-peringatan Allah di dalam Al-Quranul Karim itu demi kepentingan duniawi yang sangat rendah lagi murah nilainya itu berbanding ayat-ayat Al-Quranul Karim dan hendaklah kamu semua takut sungguh-sungguh dengan Allah Ta’ala ! “ .

Kalau ditanya : “ DI DALAM FIRMAN ALLAH DI ATAS , DINYATAKAN BAHAWA TIDAK BOLEH DIPERNIAGAKAN AYAT-AYAT ALLAH TA’ALA DENGAN HARGA YANG RENDAH , ADAKAH INI BERMAKNA KITA MESTI MEMPERNIAGAKANNYA DENGAN HARGA YANG MAHAL !? “ .

Pemahaman berdasarkan kiasan seperti ini ( Mafhum Mukhalafah ) tidak boleh digunakan di dalam memahami kehendak ketiga-ketika ayat tersebut . Contohnya : Apabila disebut “ TIDAK DIBENARKAN KERETA MEMASUKI KAWASAN INI “ , adakah ini bermakna traktor , buldozer , tanker dan selain kereta boleh memasuki kawasan tersebut !? .

Contoh lain . Apabila dikatakan : “ TIDAK BOLEH MEMBUNUH PARA ANBIYA’ ( A.S ) SECARA SALAH “ , adakah ini bermakna terdapatnya pula kenyataan yang membenarkan Para Anbiya’ ( a.s ) dibunuh secara betul !? .

Dan apabila dikatakan : “ OH ! DI MALAYSIA SEKARANG DAH SENJA YA ? “ , tidaklah bermakna di England masih Subuh sedangkan realitinya di England berada pada waktu 10.00 pagi .

Begitulah , bukan disemua ayat ( termasuklah ayat-ayat Al-Quranul Karim ) boleh kita fahami secara “ Mafhum Mukhalafah “ ini ! .

Makna yang sebenar [color=blue] “ DENGAN HARGA YANG MAHAL “[/color] ialah dengan dunia ( kepentingan duniawi ) yang mana ianya sangatlah murah berbanding dengan kepentingan akhirat untuk meraih syurga Allah Ta’ala yang terlalu mahal harganya .

Semoga kita dijauhkan oleh Allah Ta’ala daripada pemahaman secara sasar lagi totok tergadap agama Islam ini . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Mudah-mudahan ada manfaatnya jawapan ini .

****************************************
RUJUKAN

MAUSU’AH AL-QURANUL KARIM[/color]
( al-Jalalain , at-Tobari, al-Qurtubi & Ibnu Katsir )
Syarikat ECS , Cairo .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
17 / Dzulqa’edah / 1423 H
19 / Januari / 2003 M

1 comments:

Unknown said...

alhamdulillah..syukran jazilaa..

Post a Comment