Jan 13, 2009

Maksud Surah Luqman Ayat 6

salam..
saya ade satu persoalan..
dalam Surah Luqman, ayat ke 6 ade menggunakan perkataan LAHWAL HADIS.. apakah yang dimaksudkan dengan perkataan itu?
harap diberi pencerahan..
-----

Al-hamdulillah ,

Kalau ikut tafsiran As-Syaikh Al-‘Allamah Muhammad Ali As-Sobuni dalam kitab “Sofwatut Tafasir” yang boleh dianggap sebagai tafsiran yang sederhana , perkataan LAHWAL HADIS adalah sebarang benda atau perkara yang boleh melalaikan manusia daripada mengingati Allah swt yang tidak ada sebarang faedah dan manfaatnya.Berkata Al-Zamakhsyari : Al-lahw adalah apa sahaja perkara yang boleh menyekat jalan kebaikan dan mengingati Allah seperti bercerita atau berbual perkara-perkara dusta , bohong atau dongeng atau cerita-cerita khurafat dan sebagainya.Termasuk juga nyanyi-nyanyian yang melalaikan dan sebagainya..

WA

Tafsir sowatut tafasir ,As-Syaikh Muhamad Ali al-Sobuni….Cetakan 2 (2000) Dar Ehya al-Turath al-‘arabi.

0 comments:

Post a Comment