Dec 18, 2008

Berapakah Jumlah Hadis Kesemuanya?

Salam

Berapakah jumlah kesemuanya ?

Jumlah hadith

Musnad Imam Ahmad, menurut kajian ulamak kandungannya dianggarkan antara 30,000 hingga 40,000.

Bilangan hadith dlm sahih bukhari adalah sebanyak 9,082 hadith tetapi bila ditolak hadith yg berulang, maka jumlahnya ialah 2,602 hadith. Jumlah ini (2,602) tidak termasuk hadith2 mauquf dan perkataan2 tabiin. Walaupun begitu, terdapat juga hadith yg tidak dibuku oleh Imam Bukhari dlm sahih beliau kerana beliau berpendapat tidak mahu sahihnya terlalu panjang dan banyak pengulangan. Mungkin hadith yg ditinggalkan beliau, diambil oleh para imam hadith pada kmdn hari. Salah satu sebab lagi, Imam Bukhari mempunyai standard yg tinggi dlm mengklasifikasikan hadith berbanding dgn Imam lain, ini diikuti oleh Imam Muslim. Fuqaha meletakkan Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sebagai yg tidak perlu dipertikaikan kesahihannya selepas Al-Quran.

Bilangan hadith dlm sahih muslim terdapat 3,033 hadith. Namun kalau dikaji dari segi isnadnya, mungkin jumlahnya 2 kali ganda dari jumlah asal.

Imam Abu Dawud di dlm mengarang sunannya, beliau memilih 4,800 hadith shj daripada jumlah 500,000 hadith.

Imam At-Tirmidzi dlm sunannya mengandungi 3,956 hadith.

Sunan Ibn Majah mengandungi 4,341 hadith (jumlah ini termasuk sahih, hasan, isnad yg lemah, munkar dan makzub).

Terdapat banyak lagi yg saya tidak sebut di sini seperti Ibn Khuzaimah, Imam Malik dlm Al-Muwattha, Ibnu Hibban dsb.

Pada pandangan saya yg dhaif, amat sukar utk kita mengetahui jumlah hadith yg sebenar walaupun soalan saudara penanya agak vague, kurang jelas, adakah saudara bertanya akan jumlah hadith sahih ataupun jumlah keseluruhan hadith termasuk hadith dhaif. Hadith maudhu’ tidak terkira banyaknya kerana pemalsuan hadith oleh kaum syiah rafidhah terlalu banyak.

10 comments:

arter023 said...

terima kasih atas informasi bermanfaat ini.

Anonymous said...

Salam,

Ustaz Badlishah Alauddin berkata syarat untuk mengkaji ayat-ayat Qurn mesti menghafal sekurang-kurang 600,000 (enam ratus ribu) hadith. Kalaulah hadith sohih hanyalah kira2 5,000 sahaja, dan katakan yang hasan dan dhaif ada 20,000, maka hadith apa lagi yg hendak dihafal?

Saya memang menghafal lebih dari sejuta hadith, tetapi hampir kesemuanya adalah hadith palsu????

Unknown said...

Benar,Habib Umar Bin Al Hafiz juga mengahafal lebih daripad 600,000 hadith. Mohon penjelasan.

Andak Li said...

berbeza dengan alquran yang sudah jelas jumlah ayatnya maka alquran tidak mungking ditokok tambah. Sedangkan hadis boleh saya ditambah oleh golongan yg tidah bertanggungjawab atau golongan musuh islam.

Mohon pencerahan isu ini..

Anonymous said...

ini bohong

Anonymous said...

Klau kita tau jumlahnya adakah sahabat nabi tau bnyak itu.tentu tidak.jd merka jg xguna hadis sepenuhnya.nmpakbya kita lebih2 guna hadis yg shabat xtau dan xguna.betultak.

Anonymous said...

Sahabat tu pernah jumpa nabi😂kita ni cicit nabi pun payah nak jumpa...jadi guna lah hadis,hadis tu kan sabdanya nabi

Anonymous said...

Pernahkah Muhamad membenarkan hadis² tersebut? 🤭

Anonymous said...

*Bikin apa Muhammad MENGHORMATI, MENCIUM DAN MENANGISI BERHALA kaum Musyrik Mekah dengan lama sekali sekiranya beliau bukan seorang Penyembah Berhala??* Dalilnya 👇

*BERHALA BATU HITAM: MUHAMMAD MENCIUM DAN MENANGISI BERHALA*

Begitu cintanya kepada BERHALA Batu Hitam sampai-sampai berkata: Dari Ibnu Umar: *"Muhammad menghadap berhala Batu Hitam dan meletakkan mulutnya mencium batu seraya menangis lama sekali"*
 (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 2936). 

https://ilmuislam.id/hadits/21212/hadits-ibnu-majah-nomor-2936

Anonymous said...

Ikut logik lah takkan lah Nabi Muhammad SAW nak membenarkan perkara yang dia sendiri lakukan cuba kau buat sesuatu perkara baik mcm tolong orang buta lintas jalan adakah perka ra sebegitu perlu dibenarkan oleh pelaku untuk orang lain ikuti?

Post a Comment