Dec 18, 2008

Melagukan Quran Dengan Lagu Doraemon

assalamualaikum w.b.t
saya ingin bertanya apakah hukumnya membaca al-quran dengan melagukannya mengikut rentak lagu kartun seperti doraemon tetapi tajwidnya betul

Membaca al-quran dlm bentuk irama muzik doraemon adalah satu bid’ah. As-Suyuti dlm Al-Itqan dan Ar-Rafi’ie did lm I’jazul Quran menyebut:
Para ulama menyelar perbuatan org yg membaca al-quran seperti nyanyian yg diiringi muzik sebagai perbuatan bid’ah. Di antara perbuatan bid’ah dlm qiraat dan ada’ adalah talhin (melagukan bacaan yg hingga sekarang ini masih ada dan disebarluas olh org yg hatinya terpikat dan terpegun dgnnya). Mereka membaca al-quran sdmkn rupa layaknya sebuah irama atau nyanyian. Di antara bentuk talhin:
i. Tar’id ~ membaca dgn menggeletar suara seolah2 suara yg menggeletar kerana kesakitan atau kedinginan
ii. Tarqis ~ dengan sengaja berhenti pada huruf mati namun kmdn dihentakkan secara tiba2 disertai dgn gerakan tubuh, seakan2 sedang melompat atau berjalan
iii. Tatrib ~ mendendangkan dan melagukan al-quran sehingga membaca panjang (mad) bukan pada tempatnya atau menambahnya bila kebetulan tepat pada tempatnya
iv. Tahzin ~ membaca dgn nada sugul seperti org bersedih sampai hampir menangis
v. Tardad ~ apabila sekelompok qari meniru bacaan salah satu gaya di atas.

Bacaan alquran itu bersifat tahqiq yakni memberikan kpd setiap huruf akan haknya sesuai dgn ketentuan yg telah ditetapkan para ulama dan disertai tartil (baca dgn perlahan2 dgn tenang serta suara lembut), bersifat hadar (membaca cepat dgn tetap memperhatikan syarat2 pengucapan yg benar dan ada pula yg bersifat tadwir yakni pertengahan antara tartil dan hadar.

3 comments:

Unknown said...

hmm.. pada hemat ana, lagu yang di boleh kan hanyalah lagu yang berlahjah arab sahaja..

Anonymous said...

Assalamualaikum.. saya nak tanya bagaimana pula Hukum jikalau seseorang tu meniru melagukan seperti orang membaca al quran tetapi sebaliknya dia melafazkan atau mengucapkan ayat lain seperti meminta rokok? ( file bacaan tersebut ada tersebar di Whatsapp dan sebagainya sehingga sekarang)

Mr. Blind said...

Tadak masalah kot rokok tu

Post a Comment