Dec 16, 2008

Hadis Menjaga Penghujung Hidup Kita

Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Bahawasanya Dia-lah Tuhan, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya, salah seorang diantaramu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya satu hasta sahaja. Tiba2 kitabnya telah mendahului, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia akan masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya, salah seorang diantara kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antara dia dengan neraka itu hanya sehasta sahaja. Tiba2, kitabnya telah mendahuluinya, lalu dia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia akan masuk syurga. Jazakallah

Jawab:

Maksud hadis ini ialah kita kena menjaga penyudah hidup kita. Penyudah ini sangat penting sebagaimana Firman Allah dlm surah ali Imran: 102 (janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam) dan HR Muslim dll dari Abu Sa'eed alKhudry ra, "ajarlah orang2 yg hampir meninggal membaca la ilaha illaLlah" HR Abu Daud dari Mu'ad ra, "sesiapa yg ucapan terakhirnya berbunyi La ilaha illaLlah, masuk syurga." (disahkan oleh alHakim).

Hadis ini memberi ingatan kepada mukmin dan banyak amal soleh, jangan over-confident, finishing (penyudah) hidup ini amat penting. Bagi yg lalai dan banyak dosa pula tidak boleh putus harapan, penyudah hidup ini (mati dalam syahadah) masih boleh menyelamatkan diri.

Hadis ini banyak disalah amalkan oleh orang jahil, lalu dia enjoy dan membuat maksiat kerana beranggapan, dia ingin bertaubat dipenghujung hidupnya. (Dr Qardhawi, Takdir)

0 comments:

Post a Comment