Feb 6, 2009

"Manzil" Maulana Muhammad Zakaria Kha

Di dalam risalah kecil berjudul "Manzil" yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria Khandalawi terkandung beberapa ayat Al-Quran yang dikatakan telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada Sahabat RA. Ianya sebagai shifa dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta pelindung dari sihir. Amalan ini dikatakan bersandarkan Hadith sahih riwayat Ubai bin Kaab RA dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ayat-ayat Al-Quran yang dimaksudkan itu ialah: Surah Al-Fatihah; Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286; Surah Ali Imran ayat 18, 26-27; Surah Al-A'raaf ayat 54-56; Surah Al-Isra Ayat 110-111, Surah Al-Mu'minun ayat 115-118; Surah As-Shaffat ayat 1-11; Surah Ar-Rahman ayat 33-40; Surah Al-Hasyr ayat 21-24; Surah Al-Jin ayat 1-4; Surah Al-Kafirun; Surah Al-Ikhlas; Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Persoalannya ialah: Adakah benar Hadith yang dinyatakan itu sahih dan dengan itu seorang Muslim dibenarkan mengamalkannya?

***********************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Secara ringkasnya , memang terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang sesuatu fadhilat atau kelebihan surah dan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran seperti :

1. Kelebihan Surah Al-Fatihah : Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Ibn Hibban 772 , Al-Hakim 1/558 , Ibn Khuzaimah 500 dan Tirmizi 2875. Tirmizi mengatakan ianya Hasan Sahih dan juga dinilai Sahih dalam Al-Targhib wa al-Tarhib no : 2150.

2. Keseluruhan surah Al-Baqarah dan Ali ‘Imran : Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam Muslim 804.

3. Ayat 255 surah al-Baqarah (ayat al-Kursi) : Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Muslim 810 , Abu Daud 1460 dan Ahmad 5/142.

4. Penutup Surah Al-Baqarah (ayat 285 dan 286) : Hadis Ibn Abbas riwayat Muslim 806 , An-Nasaie 2/138 dan Al-Hakim 1/558.

5.10 ayat terakhir surah Ali-‘Imran (190 – 200) : Hadis Saidatina ‘Aisyah r.ha riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya 619.

6. Surah Al-Ikhlas : Hadis Muaz bin Jabal r.a riwayat Imam Ahmad 3/437 dan dinilai Sahih oleh Albani dalam Sahih al-Jami’ As-Saghir no : 6472. Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam Bukhari 5013 , Imam Muslim 812 dan Tirmizi 2900.

7. Surah Al-Falaq dan An-Nas : Hadis ‘Uqbah r.a riwayat Muslim 813 , Tirmizi 2902 , An-Nasaie 2/158 dan Abu Daud 1462.Hadis Jabir ra rimayat Ibn Hibban dalam Sahihnya 793 dan Al-Hakim 2/540.Disahkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi.

Adapun mengenai ayat-ayat lain dalam surah-surah tertentu seperti :

Surah Al-A'raaf ayat 54-56; Surah Al-Isra Ayat 110-111, Surah Al-Mu'minun ayat 115-118; Surah As-Shaffat ayat 1-11; Surah Ar-Rahman ayat 33-40; Surah Al-Hasyr ayat 21-24; Surah Al-Jin ayat 1-4 ,

tidak lah kami temui akan hadis atau dalil yang menyebut akan kelebihan dan fadhilatnya dalam perkara-perkara tertentu apatah lagi jika dikatakan ianya sebagai ayat penyembuh.

Walaubagaimana pun secara umumnya keseluruhan Al-Quran itu sebenarnya adalah penyembuh sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra , ayat 82 :

وَنُنَزِّلُ نَ الْقُرْآمِنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Maka , secara kesimpulannya , adalah lebih baik sekiranya kita mengamalkan dengan membaca dan menghayati keseluruhan isi kandung Al-Quran itu…

WA

3 comments:

Anonymous said...

Quote:
'Maka , secara kesimpulannya , adalah lebih baik sekiranya kita mengamalkan dengan membaca dan menghayati keseluruhan isi kandung Al-Quran itu…"

soalan kembali:" ada hadis sahih yg matanya menceritakan Rasulullah mengajar isterinya membaca 3 qul dan tiup pada tapak tangan seterusnya keseluruhan badan sebelum tidur".

soalnya mengapa nabi tak suruh baca keseluruhan al-qur'an sebelum tidur? bagi saya jwp akhir itu hanyalah gimik , bukan semua ayat al-qur'an itu boleh dihayati melainkan hanya kata2 penyedap jawapan shj. Bayangkan ayat 'alih lam mim ' bolehkah dihayati dan diamalkan? tentu tiada logika!.

Jadi beramallah semampu mungkin dan tak perlu lah kita menafikan keberkatan sesuatu ayat lebih dari yg lain, kerana hakikatnya memang begitu.

Tukang buat rumah pun ada semua alat pertukangan ttp kalau nak pasang pintu tak perlukan ambil simen, mungkin yg perlu hanya tukul dan skew driver. kerana itu seeloknya kita bersikap lapang dada bukan, dan tak skeptikal dengan pandangan ulama.

Anonymous said...

salam kepada anda yang mengkritik.
mind ur words if u love ur tongue.
dont u realise ur spelling of 'alif lam mim'above? b4 u insult other people, please check ur small fault 1st. shame on u..jazakumullah

Anonymous said...

Salam semua
dont feel offended, no one insulting anybody hre...

manzil lebih kurang sama dengan ayat2 ruqyah (berbeza sedikit), lebih digunakan untuk mengatasi sihir dan gangguan jin...

ruqyah yang diamalkan oleh perawat Islam ada sandaran yang sabit dari Rasulullah saw, yang tidak ada sandarannya itu kita tinggalkan sahaja.

Post a Comment